Hikmah di Balik Gerhana, Menurut
Pandangan Islam
selatanonline
Blog Sebuah
KehidupanGerhana matahari dan gerhana bulan merupakan fenomena alam yang diciptakan oleh Allah swt untuk memperlihatkan tanda–tanda kebesaranNya. Berlakunya gerhana matahari disebabkan posisi bulan yang berada di antara matahari dan bumi sehingga menghalang cahaya matahari sampai ke bumi. Manakala gerhana bulan terjadi apabila keadaan bumi berada di antara matahari dan bulan yang menyebabkan bulan tidak memantulkan cahaya matahari ke bumi.
Pada zaman Nabi saw
telah terjadi satu kali kejadian gerhana matahari. Menurut ulama, gerhana ini
terjadi pada 29 Rabi’ul Awal tahun 10 Hijriah, iaitu pada akhir bulan Hijriah
sedangkan gerhana bulan pula berlaku pada pertengahan bulan Hijriah, bertepatan
dengan meninggalnya putera beliau yang tercinta iaitu Ibrahim.
Gerhana
Bulan
Kejadian gerhana
bukan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran
Rasulullah SAW terhadap para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang
kejadian gerhana matahari yang berlaku berkebetulan dengan hari kewafatan
anakandanya Ibrahim
Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Dari Abu Mas’ud radhiyallahu anhu berkata: Nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah, di mana
Allah menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang
manusia, akan tetapi keduanya merupakan dua tanda kebesaran Allah, apabila kamu
menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada Allah sehingga
dikembalikan kembali oleh Allah”
(HR Bukhari
dan Muslim, nas ini lafaz Muslim 4/463 hadits nomor 1516)
Apabila berlaku
kejadian gerhana, baginda akan berdoa sehingga mengalirkan air mata kerana
bimbang Allah SWT akan mengazab umatnya di sebabkan dosa dan maksiat yang mereka
lakukan.
Ini menunjukkan
betapa perlunya kita sebagai umat yang dikasihinya agar memohon keampunan
daripada Allah SWT, bertaubat dari segala kesalahan yang telah kita lakukan.
Bertaubat dalam
Islam bukan hanya menyebutnya di lidah tanpa pembuktian melalui amal dan
perbuatan. Taubat hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas tanpa paksaan dari
mana-mana pihak. Segala kesalahan yang dilakukan hendaklah dikesali dengan
sepenuh-penuh kesal dan berazam tidak mahu mengulanginya semula. Jika seseorang
itu ada melakukan kesalahan dengan manusia maka hendaklah memohon maaf kepada
orang yang dilakukan kesalahan itu bersungguh-sungguh.
Di samping
bertaubat, dianjurkan juga supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara
kebajikan iaitu berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir dan bersedekah di
jalan Allah SWT.
Sabda Rasulullah
SAW,
“Maka
jikalau kamu melihatnya berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah
serta bersembahyanglah”.
(Hadis
riwayat Bukhari)
Namun ramai yang
menilai gerhana menggunakan mata bukannya hati, di mana manusia menilai kejadian
yang berlaku hanya dengan kaca mata semata-mata tanpa menoleh ke sisi syar’i.
Mereka melihatnya dengan pandangan sekadar fenomena alam, tanpa melihat siapa
yang menakdirkannya dan apa tujuannya.
Hati yang bersih
dapat melihat jauh lebih dari pandangan mata
Ada juga yang
percaya dengan cerita-cerita tahyul seperti serigala kejadian, hantu dan
bermacam-macam lagi apabila gerhana berlaku. Dan lebih malang lagi anak kecil
pun di ajar begitu.
Oleh itu umat Islam
hendaklah menjauhi sebarang kepercayaan tahyul dan khurafat dari sebarang
fenomena alam ciptaan Allah SWT. Mempercayai kepercayaan karut dan khurafat
boleh membawa ke lembah syirik kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment