Thursday, November 17, 2011

KISAHKU PAGI INI....




Semalam kereta rosak lagi......dan pagi ini alhamdulillah...sampai juga saya ke pejabat seperti biasa, iaitu sebelum 7.20 pagi dihantar oleh kakak saya. Dalam benak saya, sejak semalam, saya berfikir....pasti anak saya akan memberikan kata-kata sinis lagi...seperti biasa, bila kereta rosak dan kebetulan kereta itu rosak setiap kali semasa dia pergi menjalani latihan di Kota Kinabalu. Sesekali saya cuba pujukkan hati....benda dah nak jadi.....nak buat macam mana kan? Kita hanya merancang, Allah yang menentukan semuanya. Slow dan berhati-hati macam mana pun saya pandu, kalau dah ditakdirkan kereta tu nak rosak pada hari tu.....saya tak dapat nak menghalangnya. Errmmm....tapi sebenarnya kereta tu rosak bukan masa saya yang pandu.....

Pagi ni sampai saja kat pejabat saya terus buka komputer, cari blog Mat Gebu (http://www.tiffinbiru.com) Dapur Tanpa Sepadan untuk tengok apa resepi dia pagi ini. Ternampak Puding Buah Naga....macam sedap. Saya salute kat chef seorang ni.....mesti ada saja resepi yang dia buat walaupun masa tu kat blog dia tulis yang dia tak berapa sihat, dia tak ada mood atau bekalan eletrik terputus. Banyak juga resepi Mat Gebu yang saya copy paste dan print untuk simpanan...senang bila time nak buat.

Kemudian saya pergi ke Next Blog dan terjumpa resepi Puding Pelangi Senja. Sedap nampaknya dan warna pun cantik...berselang-seli macam pelangi. Belum dapat dicopy paste kan ke blog saya sebab belum dapat kebenaran dari pemiliknya.

No comments:

Post a Comment