Thursday, November 17, 2011

PERKARA YANG MENGERATKAN PERSAHABATAN



   

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu 
memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya 
dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
(Riwayat Al-Tabrani)

Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap 
pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang 
dipimpin. Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan 
memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat 
sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada 
yang lain.

Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain 
sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan 
keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu 
terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.


No comments:

Post a Comment