Dialah
Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang
ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(22). Dialah Allah, yang
tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan
yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (23). Dialah
Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada
kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang
dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan
semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di
bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (24). (Surah Al-Hasyr (ayat 22-24)
.
AMMAR bin Yasar berkata dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Sesiapa yang membaca ‘auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim’ tiga kali diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”.
.
Alangkah bertuah apabila seseorang itu beramal dengan doa berkenaan pagi dan petang, jika dia mati pada hari itu, Allah kurniakan mati syahid pula.
Justeru, adalah lebih baik jika bangun saja daripada tidur terus berdoa atau selepas menunaikan solat Subuh ketika masih bersih daripada sebarang kekotoran dan hadas.
Selepas berdoa akan diikuti pula dengan bacaan tiga ayat terakhir dari surah al-Hasyr.
Lebih afdal jika dilakukan ketika bangun mendirikan solat tahajud dan witir pada akhir malam.
Berkata Yazid bin Raqas dari Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang membaca akhir surah al-Hasyr hingga akhirnya, apabila mati pada malam itu maka dia mati syahid”.
Jika badan terlalu letih dan amat mengantuk, bacalah doa yang ringkas seperti doa:
“Ya Allah, dengan nama-Mu, aku letakkan tubuhku di tempat pembaringan dan dengan nama-Mu akan aku angkat kembali tubuhku apabila aku bangun esok.”
No comments:
Post a Comment