Saya petik:
[SM Mohamed Idris] Persatuan Pengguna Pulau
Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam
dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai
bahayanya kepada kesihatan.
Calcium carbide mempunyai
ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh
menyebabkan bunyi
berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal.
Jika wanita hamil memakan buah yang telah diperam bersama carbide, ada
kemungkinan bayi yang akan lahir berkeadaan
cacat.
Adalah tidak wajar
Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa buah-buahan yang diperam dengan
menggunakan carbide selamat untuk dimakan sebelum menjalankan siasatan.
Sekadar menyebut bahawa amalan yang sama dilakukan di negara-negara lain
bukan bermakna ianya selamat.
Di India, kerajaan telah mengharamkan
penggunaannya di bawah Akta Pencegahan Pencemaran Makanan, dan terdapat beberapa
laporan media bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide
telah dirampas dan dimusnahkan.
Dalam keadaan biasa, buah-buahan akan masak
hasil tindak balas hormon ethylene yang dihasilkan secara semula jadi dalam
buah. Tetapi penggunaan calcium carbide mengeluarkan gas acetylene yang mudah
meruap dan meletup walaupun pada kepekatan yang rendah berbanding
ethylene.
Kementerian Kesihatan perlu menyedari
bahawa khasiat makanan dalam buah-buahan akan berkurang
apabila ia masak ranum secara tiruan.
Buah-buahan yang menjadi ranum dengan
menggunakan gas carbide akan mengalami tindak balas kimia yang berbeza
berbanding buah-buahan yang ranum secara semula jadi. Ketika buah ranum secara
semula jadi, perubahan biokimia akan berlaku misalnya penyusutan klorofil,
biosintesis karotenoid (antioksidan, penambah sistem imun, bahan pencegah
kanser), antosianin (antioksidan yang kuat), essential oils, dan komponen perisa
serta aroma. Tetapi kesemua perubahan kimia yang menyihatkan dan menambah mutu
buah-buahan ini tidak berlaku jika buah ranum secara tiruan.
Dengan mengatakan penggunaan gas carbide untuk
meranum buah-buahan sebagai amalan yang selamat, Kementerian Kesihatan
seolah-olah menggalakkan penggunaan lebih banyak bahan kimia dalam makanan yang
sebaliknya boleh memudaratkan kesihatan pengguna.
* Penulis ialah Presiden CAP.
No comments:
Post a Comment