Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib 
Masjid Rahman di Banyu Urib, ! Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke 
Mekah untuk menuntut ilmu dengan ditemani abangnya, Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 
tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya pada 1997 dan 
mengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya. Lantaran ingin 
berkongsi pengalaman menanrik ketika menetapa di Mekah, Ustaz Zainul 
diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan wartawan 
Mastika, Norimanah Seman.
Perkuburan Ma’ala di Mekah yang terletak 
berhampiran makam Siti Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam nada 
cemas dan menjerit jerit menyebabkan tumpuan saya yang ketika itu sedang solat, 
terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami solat Asar juga tenggelam 
timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak dapat bersolat dengan khusyuk. 
Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam, 
saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat penjaga 
kubur berdiri tercegat di tepi lubang, orang ramai yang mengiringi jenazah 
bertempiaran lari. Ada yg tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun 
ada.
“Tolongggggggg, 
anak saya!” jerit seorang wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir dengan 
liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar kanak kanak itu dan 
diserahkan kembali kepada emaknya.
“Apahal ribut 
ribut(kalut-kalut) tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri di belakang 
saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan kuburan itu 
yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga 
tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya 
lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.
Saya berjalan 
menghampiri penjaga kubur, Ahmed berbangsa Afrika. Hanya dia seorang saja yg 
berani berdiri di situ sedangkann orang ramai yang mengiringi jenazah sudah lari 
bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi pagar. Muka Ahmed kelihat cemas, 
matanya tajam memandang ke dalam liang.
“Apa 
masalahnya, ni?” tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanya menuding jarinya 
keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ular besar dengan mulut 
ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yang panjang kelihatan tersembul 
di pintu lubang kubur. Badannya sahaja sebesar pemeluk orang dewasa! Saya dan 
abang segera mengundur. Ahmed mengelak beberapa tapak apabila ular itu 
menjulurkan kepalanya seperti hendak menerkam jenazah yang dipikul oleh kawan 
kawannya. Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk 
warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam lubang. Namun apabila kawan 
kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan menerkam semula dengan mulut 
terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya mengucap panjang apabila mata 
ular itu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah jenazah yang diletakkan di 
atas pengusung.
“Ya Allah, 
janganlah mayat tu ditelan,” doa saya. Hati bertambah bimbang apabila melihat 
mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan sebuah motosikal. Serentak mereka 
mengundur untuk menyelamatkan diri. “Kalau kecil boleh juga saya kais dengan 
kayu. Tapi iiiiii ni besar, mulutnya saja sama besar dengan lubang kubur. Kalau 
saya masukkan juga jenazah itu bukan kebumi namanya tetapi campak ke rahang 
ular,” kata Ahmed, tercunggap cunggap.Orang ramai lari bertempiaran. Ada yang terjerit jerit 
akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutup semula lubang 
kubur itu. Ahmed berjalan ke sebuah lagi kubur , lima meter saja jaraknya dari kubur tadi. 
Perlahan lahan dia menarik penutup nya yang diperbuat daripada 
batu.
Di Mekah kedaan 
kuburnya yang berlainan dengan di Malaysia . Disana lubang kubur sudah 
siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai. Dan disimin dindingnya 
kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia ditutup semula. Pintunya 
diperbuat dari besi atau batu. Setahun kemudian kubur itu akan dibuka semula 
untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu liang boleh digunakan untuk enam 
jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan hingga seratus. Jenazah baru hanya akan 
ditanam di dalam lubang itu jika jenazah yang ditanam setahunlalu sudah tiada 
ataupun hanya tinggal tulang. Tulang tulang itu akan dikuis ke tepi untuk 
memberi ruang pada jenazah baru.
Ahmad membuka 
lubang tersebut dengan berhati hati. Apabila terbuka sepenuhnya, segera dia 
melenting. Ular yg sama terpacul lagi ditengah tengah lubang kubur! Ahmed 
melompat ke belakang, kawan kawan nya lari lintang pukang. “Lain macam je ular 
ni, bang. Ular sawa bukan, tedung pun bukan, anaconda tidak mungkin. Ular apa ni 
bang” bisik saya pada abang. “Inilah agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg 
pernah nabi sebut sebut dalam sabdanya, yang akan menyiksa sesiapa yang 
meninggalkan solat dan melakukan maksiat,” kata abang. Aneh sekali, bagaimana ia 
boleh berada di dalam lubang kubur itu.
“Tutup balik,” 
Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu. Ahmed beralih pula ke 
kubur lain. Dia mengagak lubang itu sudah dua tahun tidak digali semula. Orang 
lain yg pada mulanya ramai tidak berani mendekati. Mereka hanya berdiri di tepi 
pagar tembok. Tinggallah kami berenam, Ahmed dan kawan kawannya, abang serta 
saya.
SYYYYYYYYYYY!! 
Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yang terbuka sedikit. Ahmed dan 
rakan rakannya segera berhenti mengangkat penutup lubang kubur tersebut. Masing 
masing terdiam dan memasang telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada 
lagi bunyi yang kedengaran. “Ahhhh!! Bunyi pasir runtuh agaknya,” beritahu Ahmed 
sambil tersenyum cuba menyedapkan hati. Ahmed lantas 
mengajak kawan kawannya menyambung kerja. Perlahan lahan mereka membuka penutup 
lubang kubur hingga terbuka luas. “Alhamdulillah …” Ahmed bersyukur, tidak ada 
lagi ular besar yang menganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya 
tinggal tengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam 
kubur untuk mengumpul tulang tulang itu dan diletakkan di sudut, kemudian naik 
semula untuk mengangkat jenazah wanita itu.
Perlahan lahan 
Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanita tersebut ke tepi lubang. 
Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukan kerja. “Berhenti!!!!” tiba tiba 
Ahmed menjerit. Dua orang kawannya yg memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris 
jenazah tercampak. Segera jenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir. 
Mereka hanya tercegat memerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak percaya 
dengan apa yang berlaku. Orang ramai bercempera sekali 
lagi.
“Subhanallah 
….. ular lagi,” terpacul dari mulut saya. “Kamu pasti ular itu tidak ada disitu, 
tadi?” tanya abang. Ahmed termenung memerhatikan rahang ular yang terbuka luas. 
Di wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah hilang punca untuk menjawab 
peryanyaan saya tadi. “Subhanallah,” hanya itu sahaja yang terkeluar dari 
mulutnya sambil menoleh ke arah saya. Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa 
yang perlu dibuat. Menurutnya, tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh 
dilalui oleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang 
tadi.
“Mungkin tanah 
haram tak mahu terima jasadnya,” kata abang. Ahmed mengangguk dan bersetuju 
dengan kata kata abang. “Kalau begitu mengapa tak dikebumikan saja di Jeddah?” 
saran saya kepada Ahmed. “Seharusnya begitu, mungkin ada yang tak kena,” kata 
abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja tanah halal yang paling hampir. Ahmed, 
saya dan abang menaiki satu kereta untuk bersama sama mengiringi jenazah ke 
Jeddah. Dalam samar sama hari yang sudah merangkak senja jenazah itu 
dikebumikan. Alhamdulillah! Semuanya dapat disempurnakan dengan 
selamat.
Dalam 
perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami bualkan kecuali kejadian itu. 
Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan Allah. “Salah satu keistimewaan 
umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa mereka akan ditangguhkan sehingga 
akhirat. Namun tidak mustahil ALLAH akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak 
lain sebagai ingatan pada yang masih hidup,” tegas abang. Kata kata itu membuat 
saya berfikir kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami alami. Kepada 
kenalan rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya. Menurut mereka 
wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai jururawat di Hospital Aziziah. 
Ia memang seorang yang rajin, taat, cantik dan lunak suaranya apabila melayan 
pesakit. Namun apabila malam menjelma, pakaian seragam jururawat ditanggalkan. 
Maka terserlah lah kecantikannya yang meruntun hati setiap lelaki yang 
memandang.
Bibirnya, mata, 
rambut ikal mayang, berkenig lebat dan berhidung mancung menjadi bonus untuk 
memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia sering menggunakan nya untuk 
mendapatkan pendapatan yang lumayan. Daripada cerita kawan kawannya yang saya 
temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu menjadi ‘perawat jiwa’ kelas atasan. 
Setiap malam dia menerima jemputan daripada saudagar kaya yang menawarkan 
bayaran tinggi. Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada siapa yang 
mengetahui.
Namun hari 
tidak selalu! panas, kadang kadang hujan ditengah hari. Di tengah kemashuran 
namanya meniti di bibir para hartawan, wanita itu diserang penyakit misteri. 
Tidak ada ubat moden yang mampu menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad 
tempatnya berkerja. Yang menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang 
menziarahi, dia kan bercerita segala kegiatannya selama ini. 
Peristiwa itu sesungguhnya menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan 
dipermainkan, sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: 
ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur beginda 
bersabda:
“Ingatlah, 
sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan dosa 
besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi 
kerana tidak membersihkan dirinya daripada air 
kencing.”
Itu baru dosa 
kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat seksa kubur yang cukup azab. Inikan 
pula dosa yang besar seperti berzina, melacur, tentunya lebih azab 
lagi.
Petikan dari: 
Mastika

 
No comments:
Post a Comment