Kelebihan Berselawat
Sufyan As Sauri menceritakan :
Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia
membaca selawat kepada Rasulullah saw. Saya mendekatinya lalu bertanya:
"Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya
membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri anda? Siapakah
anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan
aku ceritakan." Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.
Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian.
Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar
menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih
sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli
ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi
seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata
sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya
bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah
melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.
Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada
disisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia,"
aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata.
"Jangan menangis semua manusia mesti mati." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya
hitam legam. Tolonglah aku" aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan
sesautu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup
wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib
sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku
kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa
penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.
Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu.
Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia dating tadi.
Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku
segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong
ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari
senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya.
"Muhammad siapa"? aku meminta penerangan lagi.
"Muhhamad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya. Aku terduduk
dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia
Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata
apa-apapun.
"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu
dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk
ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk
membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan
salam kepadaku" jelasnya.
Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat
apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang
menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi
tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih
dari mulanya.
BERKAT SELAWAT
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN
ALLAH SWT.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Dalam satu cerita yang lain mengenai perkara selawat juga, bahawa seorang
wanita telah bermimpikan anaknya yang baru mati. Dilihatnya anaknya sedang
disiksa dengan amat berat sekali.
maka wanita itu sangat sedih ketika meningatkan mimpi yang dilihatnya,
dan dia terus menangis dan menangis memohon ALLAH agar diampunkan dosa
anaknya itu.
Sekali peristiwa sedang dia berada di kuburan anaknya itu, tiba-tiba
datang seorang lelaki yang compang-camping keadaannya. Dia berdiri dihadapan
kubur-kubur itu, lalu berselawat keatas Nabi saw, sebanyak-banyaknya
kemudian dia menghadiahkan pahalanya kepada sekalian ahli kubur di situ, dan
dia pun pergi.
Pada malamnya, wanita itu bermimpi lagi akan anaknya, dan kali ini
mimpinya agak berlainan sedikit. Iaitu dilihatnya anaknya sedang dalam
cahaya dan bahagia mengecap segala kenikmatan ALLAH. Maka wanita itu
bertanya kepada anaknya tentang perubahan nasib yang diterimanya sekarang,
apa sebabnya?
Lalu anak itu memberitahu bahawa semua itu ialah kerana berkat selawat
orang salih yang baru datang ke kuburan itu, yang telah berselawat ke atas
Nabi saw, lalu dihadiahkan pahala selawatnya itu kepada sekalian ahli kubur,
dan nasibnya dari pahala itulah telah mendapat segala kebahagian yang di
kecapi sekarang ini.
Moral: Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah agar mendapat
syafaatnya di dunia dan di akhirat, Insyaallah.
SYAFAAT UTK MALAIKAT
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN
ALLAH SWT.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Pada saat Rasulullah saw dimikrajkan, beliau melihat berbagai macam
keanihan. Di antaranya baginda melihat satu malaikat yang dibakar oleh ALLAH
swt.
Nabi bertanya kepada Jibril as,
"Mengapa ia dibakar?"
Dijawab oleh Jibril as,
"ALLAH mengutus dia ke sebuah negeri untuk menghancurkan penduduknya.
Tetapi ia tidak jadi melakukannya kerana merasa hiba dan sedih terhadap
seorang bayi yang masih menyusui di negeri itu. ALLAH lalu menghukumnya."
"Tahukah kau wahai Jibril, apakah dia boleh bertaubat," tanya Rasul lagi.
"Bukankah ALLAH menurunkanayat kepadamu, bahawa Dia maha pengampun bagi
sesiapa saja yang bertaubat," demikian jawab Jibril as.
Selesai mendengar jawapan Jibril as, Nabi lantas memohon taubat kepada
ALLAH untuk malaikat itu.
Dan ALLAH menjawab bahawa malaikat itu harus membawa selawat 10 kali
kepada Rasulullah, barulah ia dilepas dari hukuman.
Di langit, para malaikat gempar mempercakapkan bahawa ALLAH swt telah
merahmati malaikat Karubiyyun berkat selawat kepada Rasul-Nya Muhammad saw.
KELEBIHAN SELAWAT
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Kelahiran Rabiatul Adawiah
Pada malam Rabiah dilahirkan, ayahnya tidak mempunyai setitik minyak pun
untuk menerangi rumah. Ia juga tidak mempunyai kain selimut untuk menyelimut
Rabiah. Ayah Rabiah mempunyai 3 orang puteri dan Rabiah merupakan puterinya
yang keempat. Dalam keadaan dingin di waktu malam, ayanya telah bermimpi
melihat Nabi saw. Nabi saw berkata,
"Janganlah engkau bersedih hati kerana bayi perempuan yang baru
dilahirkan itu adalah ratu kaum wanita dan akan menjadi penegah bagi 70 ribu
orang diantara kaumku. Esok pergilah engkau mengadap Isa Az Zadan gabenor
Basrah. Di atas sehelai kertas, tuliskan kata-kata berikut ini; setiap malam
engkau mengirimkan selawat seratus kali kepadaku dan setiap malam jumaat
empat ratus kali. Kelmarin adalah malam jumaat tetapi engkau lupa
melakukannya. Sebagai penebus kelalaian mu itu berikanlah kepada org ini 400
dinar yang telah engkau perolehi secara halal."
Ketika terjaga dari tidur, ayah Rabiah menangis. Ia pun bangkit dan
menulis seperti yang telah dipesankan Nabi saw kepadanya dan mengirimkannya
kepada gabenor melalui pengurus rumahtangga istana.
"Berikanlah dua ribu dinar kepada orang-orang miskin, kata gabenor
tersebut setelah selesai membaca surat itu. "Dan berikan 400 dinar kepada
orang ini, katakan padanya bahawa aku harap engkau datang kepadaku supaya
aku dapat melihat wajahmu. Namun demikian, tidak wajarlah engkau mengadapku
sepatutnya akulah yang datang berjumpa denganmu."
Dipetik dari buku berjudul "Wasiat Orang Soleh"
|
No comments:
Post a Comment