Monday, October 31, 2011

BEST DAN MUDAH......





CUCUR NASI IKAN BILIS

Bahan-Bahan
 
2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya

Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.



ROTI DAGING BERSALUT TELUR



Bahan-bahan ( 1 hidangan (seorang) )
  • 2 keping roti sandwich
  • 1 sudu bsr daging cincang
  • 1/2 ulas bwg besar (dicincang)
  • 1 ulas bwg putih (dicincang)
  • 1/2 camca kecil lada sulah
  • 1 sudu bsr mayonis
  • 1 sudu bsr marjerin
  • 1/2 biji cili merah (dipotong dadu kecil)
  • 1 biji telur
  • sedikit keju parut
  • 50 ml susu segar (kalau xde, guna tepung susu tepung 1 camb dan dibancuh dgn sedikit air)
  • secubit garam
  • sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
Cara-cara:-
  1. Cairkan marjerin dan tumis bwg2 sampai terbit bau. Kemudian masukkan daging cincang dan kacau rata2 selama 1 minit.
  2. Masukkan cili, lada sulah, keju, mayonis dan garam. Kacau perlahan (1 minit). Tutup api dan gaulkan dgn daun sup dan daun bawang.
  3. Sapukan sedikit mayonis pd roti, kemudian bubuh inti td di atasnya dan tutup kemas dgn roti yg satu lg.
  4. Pukul telur bersama susu segar. Kemudian celupkan roti dlm bancuhan td dan goreng dgn sedikit marjerin di dlm kuali leper.
  5. Hidangkan bersama segelas susu atau jus oren jika suka. 
     
     
     JEJARI KETAM
     
     

     BAHAN-BAHANNYA :-)
    12 batang crabstick @ jejari ketam
    1 biji telur*
    Sedikit serbuk lada hitam*(*disatukan dan pukul rata)
    Tepung gandum secukupnya
    Serbuk roti secukupnya (may guna kaler kuning - oren)
    Sos kegemaran untuk dicicah
    Minyak masa untuk menggoreng terendam'

    CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Jejari ketam tadi dilap kering, gaul dengan tepung, kemudian celup dalam bancuhan telur, golek atas serbuk roti, kalau nak tebal lakukan proses sekali lagi, dengan mencelup dalam telur dan golekkan sekali lagi atas serbuk roti. Buat hingga siap.
  2. Panaskan minyak dan goreng jejari ketam bersalut tadi hingga kuning keemasan, tapi jangan goreng terlalu lama. Angkat dan toskan, letak atas papertowel. Hidangkan panas bersama sos kegemaran anda..

KUIH-KUIH TRADISIONAL

KUIH BAKAR JAGUNG BIJAN





RESEPI:

Bahan:-
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan(*akak guna santan kotak jek)
  • 1 cawan susu sejat
  • 3/4 cawan gula(*akak kurangkan lg 2 sudu besar)
  • 2 biji telur
  • 1 tin jagung manis ala krim
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu besar mentega (*ni akak tambah)
  • sedikit bijan jika suka

Cara-Cara:-

  1. "Blend" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan.
  2. Masukkan jagung dan "blend" sebentar.
  3. Tuangkan dalam loyang ukuran 8 x 8 inci seeloknya (*akak guna loyang 8 1/2 x 8 1/2 in.) dan taburkan bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam (*akak tambah masa bakar 10 minit lg untuk lebih garing di atasnya).

KUIH BAKAR BIJAN 



RESEPI:

Bahan:-
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan/ air + pandan essence
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan (1 tin santan = 450 ml)
  • 2 sudu makan mentega
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (*ummi set oven 165C selama 1 jam 15 minit)

KUIH BAKAR KENTANG


RESEPI:

Bahan:-
  • 2 biji ubi kentang sederhana besar - rebus dan kisar
  • 1 biji telur
  • 2/3 cawan gula pasir
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • sedikit pewarna kuning/hijau
  • 1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
Cara-Cara:-

  1. Dalam bekas, kacau telur dan gula hingga gula larut.
  2. Masukkan tepung dan santan. kacau rata, lepas tu tapis.
  3. Masukkan dalam ubi kentang tadi dan kacau rata.
  4. Masukkan minyak sapi cair dan kacau sebati.
  5. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar, tuang adunan.
  6. Masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
    * Boleh juga guna acuan kecil-kecil seperti gambar diatas


KUEH TALAM UBI


RESEPI:

BAHAN BAWAH :-)
600 gram parutan ubi kayu
160 ml santan cair
200 gram gula pasir
50 gram gula melaka
Sedikit pewarna coklat
1 helai daun pandan

BAHAN ATAS :-)
600 ml santan
40 gram tepung gandum
70 gram tepung beras
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:
  1. UNTUK BAHAGIAN BAWAH :- Satukan santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Sediakan tin bulat berukuran 9 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Mat tutup permukaan tin dengan aluminium foil.
  2. UNTUK LAPISAN ATAS :- Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, kasi rasa lemak saja). Tapis bancuhan tadi. Kemudian masak atas api ksederhana hingga bancuhan suam, kacau tanpa henti. Tuang perlahan2 atas ubi tadi. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan aluminium tadi. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.

Thursday, October 27, 2011

KERANA TERLALU BANYAK WANG.....






















Ya, anda membaca dengan betul, seluruh pulau ini luar biasa yang dibina betul-betul di kapal layar yang indah.Dicipta oleh UK Reka Bentuk reka bentuk kapal layar berasaskan Pulau companyYacht, membawa seluruh pulau ini ke atas kapal layar.

Reka bentuk seperti yang anda lihat adalah diilhamkan oleh pulau-pulau tropika, dengan pondok, kolam renang dan Selain itu, satu gunung berapi yang tidak pasti untuk meletup. Sejak ini adalah kapal layar, ia datang penuh dengan bilik-bilik khas VIP, arked, gimnasium, lounge, spa dan walaupun Helipad. Iklan gunung berapi banyak kecantikan untuk melihat keseluruhan kapal layar itu, ia juga berlaku kepada air mengalir keluar ke kolam renang mewujudkan sungai yang menakjubkan ini melengkapkan rupa tropika seluruh.

Belakang kapal layar yang mempunyai dek pantai ditarik balik di mana struktur terapung di laut yang membuat laut yang boleh diakses untuk berenang di dalam dan tentu saja memberikan akses kepada pelbagai aktiviti air seperti menaiki bangun dan jet-ski. Konsep ini adalah genius tulen dan hasilnya kelihatan lebih baik.



Rebutlah Keistimewaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

 
 
 
 Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.

Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga”  (HR al-Bukhari & Muslim)
Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
Apakah amalan-amalan itu?

1.  Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya:  “Walaupun berjihad di jalan Allah?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)
2.  Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab: 
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”  (HR Muslim)
3.  Solat `Eidul-Adha
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha”  -  Hadith riwayat Abu Daud:  1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.”  -  Hadith riwayat Abu Daud:  1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.
4.  Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya.  Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi.  Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.”  -  Ibn Majah:  3117 dan at-Tirmizi:  1412
Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.

Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.

ALLAHU A`LAM.

Tuesday, October 25, 2011

DARI DAPUR TANPA SEPADAN - MAT GEBU


DARI DAPUR MAT GEBU - (http://www.tiffinbiru.com)  
ROTI LAPIS DAGING BERKEJU





BAHAN INTI :-)
2 keping daging burger ayam jenama "Ramly", dihancurkan
6 kuntum cendawan butang segar @ dalam tin
1 camca besar rata rempah kari, bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar, didadu kecil
2 ulas bawang putih, dicincang
1/2 inci halia, dicincang
1/2 biji red capsicum, didadu kecil

BAHAN LAIN :-)
5 keping roti sadwich (mat guna roti gardenia)
5 biji telur
4 camca besar whipping cream @ susu sejat
Serbuk lada hitam secukupnya
1 cawan parutan keji cheddar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 4 inci x 4 inci x 9 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil dan lenser juga aluminium foil tadi, pastikan aluminium foil berbaki pada bahagian kanan dan kiri tin, ini memudahkan anda mengeluarkan roti tadi bila masak. Ketepikan.
  2. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum, masukkan bancuhan rempah kari dan tumis sekejap. Masukkan daging buger dan masak hingga berubah warna. Tambah hirisan cendawan dan capsicum, kacau rata. Jika perlu tambah sedikit air dan secubit garam. Masak hingga kering dan sejukkan.
  3. UNTUK ROTI LAPIS DAGING BERKEJU :- Panaskan oven pada suhu 190C. Telur disatukan dengan whipping cream @ susu cair, tambah sedikit serbuk lada hitam dan kacau rata. Susun 2 keping roti pada dasar tin, kerat 1/2 bahagian roti lagi dan isikan dalam ruang kosong. Tuang 1/2 bancuhan telur + susu + serbuk lada hitam tadi, biar sekejap dan tabur 1/2 bahagian inti, rata dan juga 1/2 bahagian parutan keju. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi. Kemudian bakar selama 45 minit atau hingga masak dan permukaannya kelihatan kuning keemasan. Sejuk dan hidangkan bersama sos kegemaran anda...

SAVORY PUMPKIN PANCAKE







BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram labu manis, rebus empuk dan lecek halus
1 keping daging burger ayam jenama "Ramly", dilecek
1 biji saiz sederhana bawang holland, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1 pokok daun bawang hiris halus
1 camca besar mentega, dicairkan
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
3/4 cawan tepung gandum
1 camca besar baking powder
1/2 cawan susu segar @ santan @ air
Secubit garam, jika perlu
Sos kegemaran

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali sos, kacau rata dan rehatkan 10 minit. Panaskan kuali non-stick, lenser dengan sedikit minyak, dan letak 1 senduk, kurang lebih 1/2 cawan dan masak dengan api perlahan, bila permukaan kelihatan kering, berhati2 terbalikkan, masak hingga kuning keemasan.
  2. Angkat dan buat hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemaran anda...Selamat mencuba

    Sunday, October 23, 2011

    HUJUNG MINGGU INI......

    Hujung minggu ni Kak Mas tak berniaga di Pasar Minggu Takada jadi bolehlah saya mula projek nak mencuba buat makanan Itali....LASAGNA......saya guna makroni sebab kepingan lasagna saya tak temui di pasar raya di tempat saya. Inilah rupanya lasagna yang sedia untuk dibakar,



    Saya buat dalam 3 adunan dan sementara menunggu untuk dibakar saya tutup dulu dengan alluminium
    foil sebab lebih bersih dan selamat.  Bila nak dibakar, buka alluminium foil tersebut.


                               Inilah lasagna yang telah siap dibakar. Sejukkan dulu kemudian potong.


                       
                              Lasagna ini dibakar dengan suhu 170 - 180 darjah selama lebih kurang 20 -30 minit



                                                           Sejukkan dan sedia untuk dipotong.


                                                                            Nyam! Naym! Nyam!



    Sedap!

    Resepi Lasagna ini saya ambil dari blog Umie (http://dapurtemurun.blogspot.com/2009/08/resepi-lasagna-makaroni.html) tetapi saya ubah sedikit dengan menambahkan serbuk cheese mushroom soup jenama VONO.








                                                                     carrot yang telah diparut


                                                             
                                                                Cheese yang telah diparut




    LASAGNA MAKRONI

    Bahan A: Sos Merah

    Ayam kisar atau 5 - 6 keping daging burger ayam
    1 tin sos tomato puree
    1 bawang besar dipotong dadu
    2-3 biji bawang putih
    1 tin cendawan butang (dihiris)
    1 kiub ayam (biasa pakai maggie)
    garam, gula
    Carrot yang telah di parut

    Cara buat sos merah:
    Tumis bawang besar dan putih sehingga naik baunya
    Masukkan daging/ayam cincang, biarkan seketika
    Masukkan tomato puree
    Masukkan mushroom dan carrot yang telah diparut.
    Masukkan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa

    Bahan B: Sos Putih

    2 sudu planta/butter
    2-3 sudu tepung
    2 cawan susu segar
    2 bungkus cheese mushroom soup
    1 cawan parutan cheese - banyak ikut suka

    Cara buat sos putih:
    Perlahankan api, masukkan planta/butter, susu, tepung dan serbuk mushroom cheese dan kacau rata
    Agak-agak mendidih, masukkan garam sedikit secukup rasa.
    Agak pekat sedikit, masukkan cheese, terus tutup api, then kacau sampai cheese cair

    Bahan C:

    Makaroni - rebus dulu sampai lembut
     1 cawan cheese yang telah diparut
    bekas pembakar

    Cara-caranya:

    1. sapukan bekas pembakar dengan planta/butter
    2. Lapiskan makaroni ke dalam bekas pembakar
    3. Lapiskan sos merah
    4. Lapiskan sos putih
    5. Taburkan parutan cheese di atas sos lapisan sos putih

    ulang langkah 2-5 sampai habis bahan. lapisan mesti di akhiri dengan sos putih dan ditabur cheese byk2.

    Bakar dalam oven dalam suhu 170-180 darjah dalam masa 20-30 minit. Cucuk dengan lidi nak check samada makaroni dah masak atau tidak..sekiranya belum..teruskan bakar sampai masak.







    Saturday, October 22, 2011

    SARDIN ROLL

    BAHAN -BAHAN:


    1 tin kecil tin sardin (boleh guna apa sahaja jenama yang disukai)
    1 labu bawang besar (dipotong)
    2 sudu makan sos cili
    Beberapa keping roti sandwich
    sedikit perasa dan garam
    sedikit minyak untuk menumis dan mengoreng

    3 Biji telur


    CARANYA:


    INTI SARDIN ROLL


    1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dipotong sehingga naik bau.



    2. Masukkan sardin, cili sos, garam dan serbuk perasa. 
    3. Tumis hingga naik bau dan sardin masak.



    CARA BUAT KULIT ROTI SARDIN ROLL


    Canai roti sandwich hingga nipis

    Potong tepinya

    Gulungkan inti sardin dan sapu hujung roti dengan
    telur yang telah dipukul untuk supaya roti melekat dengan kemas


     Potong menjadi dua


     Pukul telur dan campurkan sedikit garam dan serbuk perasa
    dan celup roti yang telah dipotong dua tadi


    Gaulkan ke dalam serbuk roti dan pastikan gulungan sardin tadi 
    berbalut sepenuhnya


     Bila semuanya sudah dibalut dengan serbuk roti bolehlah digoreng atau 
    boleh disimpan di dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam peti ais
    selama 3 hari sebelum digoreng.


    sardin roll yang telah siap digoreng


    Sunday, October 16, 2011

    LASAGNA (MAKRONI)



    Dari Resepi Turun-Temurun - Blog Umie (http://dapurtemurun.blogspot.com/2009/08/resepi-lasagna-makaroni.html)

    Bahan A: Sos Merah

    Daging/ayam kisar
    1 tin sos tomato puri
    1 bawang besar dipotong dadu
    2-3 biji bawang putih
    1 tin cendawan butang
    1 kiub daging/ayam
    garam, gula

    Kalau nak tambah sayur pun boleh - mix vegy atau carrot

    Tumis bawang besar dan putih sehingga naik baunya
    Masukkan daging/ayam cincang, biarkan seketika
    Masukkan tomato puree
    Masukkan mushroom dan kalau ada sayur pun boleh
    Masukkan kiub daging/ayam, garam dan gula secukup rasa

    Bahan B: Sos Putih

    2 sudu planta/butter
    2-3 sudu tepung
    2 cawan susu segar
    1 cawan parutan cheese (cheese ni ni suka hati nak guna byk atau sikit)

    Perlahankan api, masukkan planta/butter, susu, tepung..kacau rata
    Agak-agak mendidih, masukkan garam sedikit secukup rasa.
    Agak pekat sedikit, masukkan cheese, terus tutup api, then kacau sampai cheese cair

    Bahan C:

    Makaron - rebus dulu sampai lembut

    1 cawan parutan cheese
    bekas pembakar

    Cara-caranya:

    1. sapukan bekas pembakar dengan planta/butter
    2. Lapiskan makaroni ke dalam bekas pembakar
    3. Lapiskan sos merah
    4  Taburkan parutan cheese di atas lapisan sos merah
    5. Lapiskan sos putih




    ulang langkah 2-5 sampai habis bahan. lapisan mesti di akhiri dengan sos putih dan ditabur cheese byk2.

    Bakar dalam oven dalam suhu 170-175 c dalam masa 20-30 minit. Cucuk dengan lidi nak check samada makaroni dah masak atau tidak..sekiranya belum..teruskan bakar sampai masak.

    Monday, October 10, 2011

    KUCING BERGADUH DENGAN TUANNYA TANPA BERHENTI



    BELANJAWAN 2012:KENAIKAN GAJI UNTUK KAKITANGAN AWAM


     


    Kira-kira 1.2 juta penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan apabila perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini.
    Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju meningkatkan kadar kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 sehingga RM320 setahun mengikut gred ekoran ia tidak pernah disemak sejak 1991.
    Bagi pesara pula, beliau berkata, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen melibatkan peruntukan RM600 juta dan mulai tahun 2013 kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.
    Di dalam bajet kali ini, Najib turut mengumumkan had umur baru bagi persaraan wajib iaitu daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.
    “Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru,” ujar Perdana Menteri.
    Selain itu, Najib juga mengumumkan bayaran bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kakitangan awam yang akan dibayar pada bulan Disember ini selain bayaran khas RM500 kepada semua pesara kerajaan.
    Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, penyelarasan gaji serta kenaikan kadar kenaikan gaji tahunan itu merupakan salah satu daripada empat elemen Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mula diperkenalkan dalam bajet tahun ini.
    “SBPA merupakan satu sistem saraan baru yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan ia digubal dengan bermatlamat mentransformasi Perkhidmatan Awam Malaysia supaya ia menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi,” ujarnya.
    Menghuraikan lebih lanjut tiga elemen lagi di dalam SBPA, Perdana Menteri berkata, kenaikan gred berdasarkan time-based (tempoh perkhidmatan) bagi guru akan dikurangkan daripada tahun ke-10 kepada tahun kelapan perkhidmatan.
    Beliau berkata, ini bermakna seorang guru akan berada pada gred 44 pada tahun kelapan dan gred 48 pada tahun ke-16.
    “Jika mengikut time-based sekarang ia memakan masa 10 tahun tetapi di bawah SBPA ia hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja,” katanya lagi.
    Satu lagi elemen yang terdapat di dalam SBPA, beliau berkata, gaji maksimum dalam gred ditingkatkan lebih 30 peratus.
    “Sebagai contoh di dalam SSM bagi seorang guru gred DG48 gaji maksimumnya adalah RM6,325.39 tetapi di dalam SPBA gaji maksimum akan meningkat 37.7 peratus. Dengan pertambahan itu jumlah gaji maksimum yang baru ialah RM8,710,” ujarnya.
    Ujar Najib elemen terakhir di dalam SBPA ialah wujudnya dasar pemisah atau ‘exit policy’ bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan bagi mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.

    Friday, October 7, 2011

    SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W


      

    Kelebihan Berselawat

    Sufyan As Sauri menceritakan :
    Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah saw. Saya mendekatinya lalu bertanya: "Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan." Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.
    Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.
    Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku" aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesautu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.
    Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia dating tadi.
    Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta penerangan lagi.
    "Muhhamad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.
    "Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.
    Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.
    BERKAT SELAWAT
    UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.
    "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
    Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
    Dalam satu cerita yang lain mengenai perkara selawat juga, bahawa seorang wanita telah bermimpikan anaknya yang baru mati. Dilihatnya anaknya sedang disiksa dengan amat berat sekali.
    maka wanita itu sangat sedih ketika meningatkan mimpi yang dilihatnya, dan dia terus menangis dan menangis memohon ALLAH agar diampunkan dosa anaknya itu.
    Sekali peristiwa sedang dia berada di kuburan anaknya itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang compang-camping keadaannya. Dia berdiri dihadapan kubur-kubur itu, lalu berselawat keatas Nabi saw, sebanyak-banyaknya kemudian dia menghadiahkan pahalanya kepada sekalian ahli kubur di situ, dan dia pun pergi.
    Pada malamnya, wanita itu bermimpi lagi akan anaknya, dan kali ini mimpinya agak berlainan sedikit. Iaitu dilihatnya anaknya sedang dalam cahaya dan bahagia mengecap segala kenikmatan ALLAH. Maka wanita itu bertanya kepada anaknya tentang perubahan nasib yang diterimanya sekarang, apa sebabnya?
    Lalu anak itu memberitahu bahawa semua itu ialah kerana berkat selawat orang salih yang baru datang ke kuburan itu, yang telah berselawat ke atas Nabi saw, lalu dihadiahkan pahala selawatnya itu kepada sekalian ahli kubur, dan nasibnya dari pahala itulah telah mendapat segala kebahagian yang di kecapi sekarang ini.
    Moral: Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah agar mendapat syafaatnya di dunia dan di akhirat, Insyaallah.
    SYAFAAT UTK MALAIKAT
    UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.
    "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
    Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
    Pada saat Rasulullah saw dimikrajkan, beliau melihat berbagai macam keanihan. Di antaranya baginda melihat satu malaikat yang dibakar oleh ALLAH swt.
    Nabi bertanya kepada Jibril as,
    "Mengapa ia dibakar?"
    Dijawab oleh Jibril as,
    "ALLAH mengutus dia ke sebuah negeri untuk menghancurkan penduduknya. Tetapi ia tidak jadi melakukannya kerana merasa hiba dan sedih terhadap seorang bayi yang masih menyusui di negeri itu. ALLAH lalu menghukumnya."
    "Tahukah kau wahai Jibril, apakah dia boleh bertaubat," tanya Rasul lagi.
    "Bukankah ALLAH menurunkanayat kepadamu, bahawa Dia maha pengampun bagi sesiapa saja yang bertaubat," demikian jawab Jibril as.
    Selesai mendengar jawapan Jibril as, Nabi lantas memohon taubat kepada ALLAH untuk malaikat itu.
    Dan ALLAH menjawab bahawa malaikat itu harus membawa selawat 10 kali kepada Rasulullah, barulah ia dilepas dari hukuman.
    Di langit, para malaikat gempar mempercakapkan bahawa ALLAH swt telah merahmati malaikat Karubiyyun berkat selawat kepada Rasul-Nya Muhammad saw.
    KELEBIHAN SELAWAT
    "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
    Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
    Kelahiran Rabiatul Adawiah
    Pada malam Rabiah dilahirkan, ayahnya tidak mempunyai setitik minyak pun untuk menerangi rumah. Ia juga tidak mempunyai kain selimut untuk menyelimut Rabiah. Ayah Rabiah mempunyai 3 orang puteri dan Rabiah merupakan puterinya yang keempat. Dalam keadaan dingin di waktu malam, ayanya telah bermimpi melihat Nabi saw. Nabi saw berkata,
    "Janganlah engkau bersedih hati kerana bayi perempuan yang baru dilahirkan itu adalah ratu kaum wanita dan akan menjadi penegah bagi 70 ribu orang diantara kaumku. Esok pergilah engkau mengadap Isa Az Zadan gabenor Basrah. Di atas sehelai kertas, tuliskan kata-kata berikut ini; setiap malam engkau mengirimkan selawat seratus kali kepadaku dan setiap malam jumaat empat ratus kali. Kelmarin adalah malam jumaat tetapi engkau lupa melakukannya. Sebagai penebus kelalaian mu itu berikanlah kepada org ini 400 dinar yang telah engkau perolehi secara halal."
    Ketika terjaga dari tidur, ayah Rabiah menangis. Ia pun bangkit dan menulis seperti yang telah dipesankan Nabi saw kepadanya dan mengirimkannya kepada gabenor melalui pengurus rumahtangga istana.
    "Berikanlah dua ribu dinar kepada orang-orang miskin, kata gabenor tersebut setelah selesai membaca surat itu. "Dan berikan 400 dinar kepada orang ini, katakan padanya bahawa aku harap engkau datang kepadaku supaya aku dapat melihat wajahmu. Namun demikian, tidak wajarlah engkau mengadapku sepatutnya akulah yang datang berjumpa denganmu."
    Dipetik dari buku berjudul "Wasiat Orang Soleh"

    BELANJAWAN BERHEMAH PENTING UNTUK PENJAWAT AWAM


    PETALING JAYA: Penyelarasan gaji yang lebih baik adalah antara yang sangat diharapkan oleh dua penjawat awam yang berkhidmat di Kementerian Kewangan.
    Ketua Pembantu Tadbir, Siti Rohaidah Salim, 44, berkata dia berharap agar kerajaan akan mengumumkan kenaikan gaji pada pembentangan Belanjawan 2012 bagi menampung kenaikan kos sara hidup.
    Walaupun dia dan suaminya yang bekerja Ketua Pembantu Tadbir di Kementerian Pelajaran mereka hanya mempunyai pendapatan isi rumah kira-kira RM5,500 sebulan.
    Ibu kepada lima cahaya mata yang berusia antara lima hingga 18 tahun ini berkata dia terpaksa menggunakan wang simpanan untuk menampung perbelanjaan harian keluarga mereka.
    “Lebih daripada separuh pendapatan isu rumah yang diperoleh terpaksa dibelanjakan untuk membeli barangan runcit seperti, beras, gula dan minyak masak,” kata Siti Rohaidah.
    Dia yang tinggal di kuarters kerajaan di Presint 16 Putrajaya berkata anak-anaknya hanya berjalan kaki ke sekolah kerana jaraknya dekat.
    “Kami terpaksa mengupah pembantu rumah dengan bayaran RM400 sebulan untuk menjaga anak-anak. Namun pada masa yang sama saya perlu bangun seawal pukul 5 pagi untuk memasak dan membawa bekal ke tempat kerja setiap hari. Ini adalah lebih baik dan saya dapat menyimpan wang pada masa yang sama,” katanya.
    Sementara itu, rakan sekerjanya, Mohd Salleh Osman, 43, berkata dia hanya mampu menampung perbelanjaan keluarga dengan wang sejumlah, RM800 selepas membayar pinjaman ansuran kereta dan pinjaman peribadi.
    Dia yang bekerja sebagai pembantu tadbir mengakui terpaksa mengurangkan aktiviti hiburan.
    “Kami tidak melanggan stesen televisyen satelit berbayar dan perkhidmatan Internet di rumah. Jika kami mahu melayari Internet kami akan pergi ke restoran yang menawarkan perkhidmatan WiFi secara percuma.
    Mohd Salleh dan isteri bersama anak perempuannya yang berusia 13 tahun tidak pergi melancong sebaliknya mereka hanya pulang ke kampung di Muar, Johor untuk menyambut Hari Raya.
    Dia berkata agak sukar untuk menyimpan namun dia bersyukur kerana tinggal di kuarters kerajaan dengan jarak untuk ke pejabatnya kurang daripada 30 minit.

    Wednesday, October 5, 2011

    RESEPI HARI INI

    Roti Lapis Berdaging


    Bahan:- (6 - 8 orang)

    3 biji kentang dipotong dadu
    500 gm daging cincang
    1 biji bawang besar - dikisar
    2 ulas bawang putih - kisar
    1 sudu besar serbuk kari
    3 sudu besar minyak untuk menumis
    12 - 14 keping roti putih
    500 ml susu segar
    3 biji telor
    garam secukup rasa
    parutan cheese
    marjerin untuk melenser loyang
    Cara Menyediakan:-

    1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga layu dan naik bau. Masukkan serbuk kari, kacau sebentar.
    2. Masukkan daging cincang dan kentang. Masak hingga daging agak kering dan masukkan garam. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan. S
    3. Sementara itu, satukan telor, susu dan secubit garam. Pukul hingga sebati.
    4. Celupkan kesemua roti tadi dalam adunan susu. Ramas-ramaskan kesemua roti hingga hancur dan bahagikan kepada 3 bahagian.
    5. Lenserkan margerin pada bekas tahan panas.
    6. Masukkan 1/3 bahagian roti tadi, ratakan. Kemudian masukkan 1/2 inti daging tadi, ratakan.
    7. Kemudian masukkan lagi bahagian roti hancur tadi. Ratakan dan masukkan baki inti daging tadi dan ratakan jugak.
    8. Akhir sekali tutup dengan baki akhir 1/3 roti. Taburkan parutan cheese.
    9. Bakar dengan api sederhana (*ummi set 160C) selama 30 - 45 minit/hingga lidi yang dicucuk tidak melekat.




     Chicken Bread Crumb Roll
     

    Bahan Untuk Inti:-
    • 300 gm daging cincang - sy guna isi ayam
    • 2 biji kentang (dipotong dadu)
    • 1 biji lobak merah (dipotong memanjang) - x letak
    • 1 sudu teh serbuk lada hitam
    • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
    • 5 biji cili padi (hiris halus) - sy guna sebuk kari
    • 4 batang crab stick (dipotong dadu) - sy tambah
    • 1 cawan cendawan butang dlm tin(dihiris) - sy tambah
    • sedikit daun bawang (dihiris halus)
    Bahan Untuk Kulit:-
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 cawan air
    • 1 biji telor
    • sedikit garam
    • serbuk roti (bread crumbs) secukupnya

     

    CUEPACS HARAP TUNTUTAN DILULUSKAN DALAM BELANJAWAN 2012

    Bernama
    4/10/2011


    KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berharap beberapa tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan akan diluluskan dalam pembentangan Belanjawan 2012 pada Jumaat ini.

    "Berita gembira kepada kakitangan kerajaan ini tidak mustahil dan kita telah menanti sekian lama. Kita faham kalau dahulu tidak dapat laksanakan (tuntuan) kerana faktor ekonomi semasa.

    "Tapi kini tiada apa yang menghalang tuntutan itu diluluskan memandangkan ekonomi bertambah baik dan tuntutan ini pun untuk menaikkan taraf perkhidmatan penjawat awam untuk keluar daripada beban kewangan selain meningkatkan mutu perkhidmatan," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

    Tuntutan tersebut adalah semakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM), menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam dan pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

    Omar berkata tuntutan ini hanya cadangan sahaja dan tertakluk kepada kemampuan kerajaan untuk meluluskannya.

    -- BERNAMA