Tuesday, August 31, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 53

Sempena sambutan kemerdekaan malaysia ke-53 ini pelbagai acara menarik dan berinformasi disediakan. Laman web khusus berkaitan kemerdekaan malaysia juga telah diwujudkan di www.malaysiamerdeka. gov.my untuk menerangkan segala informasi, sajarah dan latarbelakang mengenai hari kebangsaan atau hari kemerdekaan negara kita ini.



Melalui laman web khusus tersebut banyak maklumat yang boleh diperolehi, pada masa yang sama ruangan interaktif seperti ucapan salam merdeka, muat turun wall paper, maklumbalas, pertanyaan dan komen serta buku tamu turut disediakan di lama berkenaan. Pelawat juga boleh muat turun mp3 lagu dan lirik lagu 1malaysia.


Tema hari kemerdekaan 2010 ini adalah "1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI" . Satu tema yang cukup luas dan besar pengertiannya kepada semua rakyat negara ini. Tema hari kemerdekaan 2010 tersebut memberikan gambaran bahasa dengan penyatuan dan semangat cintakan negara pastinya mampu mengubah negara ke arah yang lebih baik. Salah satu dari tema hari kemerdekaan yang menarik.

Dan untuk pertama kalinya juga seluruh negara kita akan menyambut perayaan hari malaysia pada 16 September nanti yang akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

Sumber: Ideas, Think, Share



No comments:

Post a Comment