Setiap wudhuk
yang disertakan dengan doa-doa adalah wudhuk yang paling sempurna seperti
kehendak beberapa hadith Rasulullah SAW yang menjanjikan darjat serta kelebihan
disisi Allah SWT.
Diantaranya
ialah riwayat yang shahih yang bermaksud:
"Sesiapa yang berwudhuk serta memperelokkan wudhuknya maka gugurlah semua dosanya dari anggota wudhuk itu"
Memperelokkan
wudhuknya bererti menyempurnakan rukun-rukunnya dan memeliharakan sunnah-sunnah
yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu haruslah kita jangan
memperkecilkan perkara-perkara sunnah itu dengan berkata iannya hanyalah sunat
sahaja, kita rasakan!. Alangkah ruginya kita jika kita beranggapan sedemikian.
Jika kita
rasa terlalu sukar untuk beramal sedemikian, elok lakukan secara sedikit demi
sedikit untuk melatihkan membaca doa-doa tersebut. Pada minggu pertama,
latihkan membaca doa membasuh muka, Pada minggu kedua, latihkan membaca doa
membasuh tangan dan sehingga minggu seterusnya habiskan doa-doa yang akan
diterangkan nanti. InsyaAllah setiap minggu satu doa dibaca dan akhirnya
lengkaplah bacaan doa-doa ketika mengambil wudhuk. Perpatah melayu berkata "Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan".
Sunat-Sunat
Wuduk
Perkara-perkara
yang disunatkan ketika berwuduk:-
1. Membaca "Bismillah".
2. Membasuh kedua tangan hingga kepergelangannya.
3. Bersugi atau mengosok gigi.
4. Berkumur serta menghisap air ke dalam hidung, kemudian
mengeluarkannya.
5. Menyelati anak-anak jari kaki dan tangan serta janggut yang tebal
sehingga rata.
6. Menyapu air pada bahagian kepala.
7. Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri.
8. Mengulang tiga kali setiap basuhan pada tiap-tiap anggota wudhuk..
9. Mengadap kiblat dan membaca doa selepas wuduk.
DOA SELEPAS WUDUK
10. Doa-doa Ketika Mengangkat Wudhuk.
a. Bacala "Bismillah".
b. Doa lindung dari Syatan.
DOA LINDUNGI DARI SYAITAN
DOA-DOA
KETIKA MENGANGKAT WUDHUK
a.Ketika
Hendak Basuh Tangan:
b.Ketika
Hendak Berkumur:
c.Ketika
Menghisap Air Ke Dalam Lubang Hidung.
Ertinya: "Ya Allah ya TuhanKu! Adakanlah untukku
bau syurga dan Engkau redha padaku.
d. Ketika Mengeluarkan Air Dari Lubang Hidung.
e. Ketika
Basuh Muka.
f. Ketika
Basuh Tangan Kanan.
g. Ketiga
Basuh Tangan Kiri.
h. Ketika
Basuh Kepala.
i. Ketika
Basuh Telinga.
j. Ketika
Basuh Kaki Kanan.
k.
Ketika Basuh Kaki Kiri.
Mengenai
Membasuh Leher
Sesudah
menyapu kedua-dua telinga, ada orang yang suka pula menyapu lehernya dengan air
yang baru memandangkan Hadiths Nabi Muhammad SAW yang sabdanya:
"Menyapu leher adalah mennyelamatkan daripada rantai neraka pada hari kiamat".
Hal ini
diriwayatkan oleh Abu Mansur Ad-Dailami dari Umar (Hadith Dhaif). Demikian
seperti diterangkan dalam Kitab Ihya' Ulumiddin Imam Al-Ghazali r.a
Sesiapa yang
ingin melakukan, eloklah semasa menyapu leher itu membaca sedikit doa yang
biasa diamalkan:
Moga-moga
para pembaca dapat memulakan wudhuk yang sempurna ini. Dipermudahkan menghafal
dan mengingatkan terjemahan doa-doanya sekali.
No comments:
Post a Comment