Anda mungkin terkejut ini bukan di Malaysia, bukan di negara arab atau Indonesia tapi ianya di negara Rusia yang dulunya berfahaman komunis (larangan beragama pernah dikuat-kuasakan semasa blok rusia masih berkuasa). Tapi jangan hariran jika orang terdulu orang membacanya sekarang orang bergambar pula dengan Al-Quran sebesar ini.
Terletak di Masjid Qolşärif iaitu kawasan Kazan Kremlin. Ianya adalah masjid yang terbesar di Rusia dan juga terbesar di Eropah kecuali Istanbul. Al-Quran terbesar di dunia ini dibuat di Italy oleh syarikat ‘Reverra Ltd’ (2011). Mempunyai berat 800 kg, dan berukuran 2 meter x 1.5 meter x 25 cm. Ianya mempunyai 632 muka surat yang mana setiap satunya seberat 250 gram. Kulit luar di perbuat daripada daun emas, perat, malachiter, jasper, batu turqoise, topaz, emas dan lain-lain. Dalam bulan Mei mereka bercadang untuk memindah Al-Quran terbesar ini ke Kota Bolgar, Tartastan dimana tempat Volga Bulgaria menerima Islam dan menjadi agama rasmi pada 922 M.
No comments:
Post a Comment