Gambaran Saiz Baju Nabi
Adam
Sabda Rasullulah SAW:
“Allah menciptakan
adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin
berkurang tingginya seperti sekarang ini“
(HR.Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam
riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.
Gambaran tinggi Nabi
Adam berbanding manusia sekarang
Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah
ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi
Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter.
wallahu’alam.
Cuba tengok replika baju Nabi Adam a.s di
dalam gambar. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari
untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.
Replika ni dibuat
sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam
a.s.
Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian
terhadap bangsa mereka sendiri yang dulunya didakwa sebagai bangsa yang
mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di
dunia.
Namun , daripada kajian yang dilakukan itu,
bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka. Salah
satu puncanya adalah kerana memakan makanan (yang diawet).
No comments:
Post a Comment