Tuesday, December 6, 2011

GERHANA BULAN PENUH - 10 DISEMBER, 2011

 
Salam,

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan solat sunat gerhana 
ketika berlakunya gerhana. Ianya sunat ( Sunat Muakkad),
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

Solat sunat gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat kusuf atau solat khusuf merupakan 
solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

Definisi Kusuf dan Khusuf
Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam 
bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan 
secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah 
itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Aisyah r.a berkata: Tatkala terjadi gerhana matahari, Rasulullah saw mengerjakan solat kemudian 
baginda  berkata maksudnya: "  Sesesungguhnya  gerhana  matahari  dan bulan bukanlah terjadi 
disebabkan  hidup  atau matinya seseorang tetapi gerhana itu merupakan tanda-tanda kekuasaan 
Allah  yang  diperlihatkannya  kepada hambaNya.  Oleh  itu  jika kamu melihat terjadinya gerhana 
matahari dan bulan maka kerjakanlah solat. 
(H.R Imam yang tujuh kecuali Tarmizi)

Gerhana bulan penuh dengan pemandangan seakan-akan bola raksasa kuning tembaga terapung di angkasa selama lebih 40 minit dijangka berlaku pada malam 10 Disember ini.Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam satu kenyataan hari ini berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena itu dan melakukan solat sunat gerhana.

“Gerhana kali ini berlaku pada awal malam. Meriahkanlah fenomena ini dengan bacaan selawat dan tasbih serta solat sunat gerhana di masjid. Kejadian itu amat besar hikmatnya supaya manusia melihat dengan jelas tanda-tanda kekuasaan Allah dan memanfaatkannya dari segi rohani dan kajian saintifik,” jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut bahawa melalui paparan takwim pada petang Sabtu (10 Disember), bulan terbit di ufuk timur Kuala Terengganu pada pukul 6.44 petang, kira-kira 12 minit sebelum matahari terbenam.

Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam. Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit. 

“Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar,” jelas kenyataan itu lagi.  Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.
“Ia menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi,” jelas kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu, solat sunat gerhana bulan di negara ini boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam



Read more: http://kgmokkan.blogspot.com/2011/12/pada10-disember-2011-ini-kita-akan.html#ixzz1fWZI52zi

No comments:

Post a Comment