Assalamualaikum.....
Pagi ini saya terbaca satu artikel yang dipostkan oleh Blog Pakar How To (http://pakarhowto.com). Rasanya para-para suami mesti baca kisah yang dipaparkan di bawah ini. Disebalik
kisah benar ini ada mesej yang cukup penting terutamanya buat para suami semua. Mungkin banyak iktibar yang boleh kita ambil daripada
kisah benar ini.
Sekian, semoga ada manfaatnya.
Inilah kisahnya........
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya
mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz
supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya
selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali
ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan
lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya
merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan
setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya
yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya
terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya
tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras
rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan
agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk
pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh
keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudah pun mempunyai teman
wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai
antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak
sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan
isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah
kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak
dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk
menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak
tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah
wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan
isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya
balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia
menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya
panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya
pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat
ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan
geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak
pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan
membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya
sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa
sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya
sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia
ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh
berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan
linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang
berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan
berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan
lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan
bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati
saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar
dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang
tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya
kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang
paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk
bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah
isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia
tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun
geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan
pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di
tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam
keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia
datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat
penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya
tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak
akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan
dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa
pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang
menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila
dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu
lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya
saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami
orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya
untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa
besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya
…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa
saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya
beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus
kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang
merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah
hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi
dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf
di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang
dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan
abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati
saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan
menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad
kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup
dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan
menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai
mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar
halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat
terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana
beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu
bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat
melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin
hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan
saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya
menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga
saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia
mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri
saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa
dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung
semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya
ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada
isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat
menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya
terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri
saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat
baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama
isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada
meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan
hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak
sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia
harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah
lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang
pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar
cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja
dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin
tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini
panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya
merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat
utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan
bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana
anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan
yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
* Inilah lagu yang telah ditujukan isterinya itu. Dengarkan
melodinya, hayati senikatanya.
Tajuk lagu : NOW & FOREVER (by
Richard Marx)
Whenever I'm weary from the battles that rage in my head
You make sense of madness when my sanity hangs by a thread
I lose my way but still you seem to understand
Now and forever I will be your man.
Sometimes I just hold you
Too caught up in me to see
I'm holding a fortune that heaven has given to me
I'll try to show you each and every way I can
Now and forever I will be your man
Now I can rest my worries and always be sure
That I won't be alone anymore
If I'd only known you were there all the time
All this time
Until the day the ocean doesn't touch the sand
Now and forever I will be your man
Now and forever I will be your man