Tuesday, July 24, 2012

BISKUT OAT

Honey Oatmeal Biskut

Sumber: http://izahdaut.blogspot.com


Honey Oatmeal Biskut


Honey Oatmeal Biskut
Source: Kak Yani

Bahan-bahan ( 20 biji )

120g tepung gandum
120g oatmeal
70g gula halus
1 sudu kecil baking powder
*70g butter - dicairkan
*40g( 2sb) madu/ gold syrup
*30ml(2db) air
raisin, chocochips, gajus secukupnya(optional)



Cara:
Campurkan semua bahan-bahan yang bertanda(*).

Dalam mangkuk lain masukkan tepung, oatmeal, gula dan baking powder. Kacau biar sekata.

Masukkan bahan 1 tadi. Kacau balikkan. Kemudian masukkan raisin atau chocochips. Gaul sebati.

Bahagikan adunan kepada 20 biji. Buat bentuk bulat. Aturkan ke atas oven plate.Sebelum tu alas oven plate dengan oven paper.

Letakkan plastik wrap kat atas biskut. Tekan dengan belakang gelas.

Bakar dengan suhu 160C selama 20 minit.



BISKUT OAT


 BISKUT OAT

Bahan-bahan ( 50-60biji )

  • 200gm oat (kisar halus)
  • 100gm gula halus
  • 200gm tepung gandum
  • 200gm minyak sapi (di cairkan)
  • secubit garam
  • kuning telur (disapu di atas biskut)
  • kepingan oat sebagai hiasan(optional)

Cara-cara

  1. Gaul sebati semua bahan kering
  2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit hingga boleh di uli menjadi doh...awas, tidak perlu di habiskan kesemua minyak sapi sekiranya doh sudah lembut dan boleh di canai
  3. terap dan sapukan kuning telur di atas biskut tadi, taburkan kepingan oat jika suka...
  4. bakar dengan api 180c selama 20-25 min atau hingga masak

 Nestum & Oat Cookies


 Nestum & Oat Cookies

BAHAN A
250gm butter
100gm marjerin
250gm gula perang
BAHAN B
2 telur
2 sb coklat emulco
1 sb esen vanilla
BAHAN C
175gm oat
230gm nestum
400gm tepung gandum
1 st baking powder
Langkah-langkah membuat:
  • Putar bahan A hingga berkrim
    Masukkan bahan A dan putar sekejap
  • Masukkan pula bahan C dan gaul dengan rata.
  • Sudukan adunan ke dalam dulang pembakar.
  • Bakar dengan suhu 180 C selama 15 minit – 20 minit.


Nota:
  • Panaskan oven 15 minit sebelum membakar biskut.
  • Alas dulang pembakar dengan kertas surih untuk warna cookies sekata
  • Guna butter atau marjerin sepenuhnya pun tak ape..

No comments:

Post a Comment