Wednesday, November 9, 2011

PUDING TRIFLE




Resepi ini saya dapat dari:  http://pakarcinta.com/blog/

Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus kek swiss roll
  • 1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry
  • 1 tin fruit cocktail
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula
  • 3 cawan susu segar
Cara:
  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
  5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk.


Gambar-gambar di bawah ini pula saya dapat dari : http://myangels-love.blogspot.com

Memula, potong kek gulung. Tebal mana tak kisah. Kek ni memang dah sedap dah, kira kalo kek dah sedap, trifle kemungkinan besar akan sedap :) Susun dalam bekas. Saya buat dalam tupperware. Takde bekas molek-molek sangat :P Tutup mana-mana lubang dengan cebisan kek dan kasik mampat yek. Padatkan. Then, amik air buah dalam tin tu curah sikt atas kek tu supaya kek tu lembap. Bancuh dua sudu tepung kastad dengan dua cawan susu segar.
Masak sekejap atas api sampai agak-agak tak sakit perut bila makan. hihi. Tuang dalam bekas tadik. Lapisan kedua selepas kek ye puan-puan. Kastard saya terlebih kuning dan terlebih pekat. Tapi takpe, tak efect sangat pada rasa. Kata pertama kali kan. Maafkan jelah :P
Lepas tu pulak kan, mari masak agar-agarnya pulak. Saya pilih perisa strawberi, klise kan? Bila dah hancur serbuk tu kira okey dah la tu :)




Sementara tu tuang buah dalam tin pula. Ratakan comei-comei. Lagi banyak lagi best :)





Lapisan terakhir, tuang agar-agar jelly tadik atas buah tadik.




Thank you very much kepada yang punya resepi dan yang punya gambar-gambar ya.....banyak pahala you semua sebab ramai dah anak-anak buah dan kawan-kawan yang ambil resepi ni dan buat berpandukan gambar-gambar yang ada di blog ini. Insyaallah...Allah akan berikan ganjaran pahala yang berlipat ganda....Amin!

No comments:

Post a Comment