Friday, August 19, 2011

AMALAN HARI JUMAAT

Disampaikan kepada kami dari Abdullah bin Abi Aufa, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : "Perbanyakkanlah berselawat kepadaku pada hari Jumaat. Sesungguhnya disampaikan kepadaku dan aku mendengar"

Perawi itu berkata : dilipat gandakan pada hari Jumaat itu sedekah. Tidak adalah dari sesuatu yang diciptakan oleh Allah di antara langit dan bumi, yakni yang tidak bernyawa, melainkan dia itu bersujud kepada Allah Ta'ala pada petang khamis malam jumaat sehingga pagi hari jumaat. Apabila mereka sudah di pagi hari, maka tidaklah dari bernyawa, selain nyawanya itu dalam kerongkongnya kerana ketakutan, sampai terbenam matahari. Apabila matahari telah terbenam, niscaya merasa amanlah binatang -binatang dan setiap sesuatu yang takut dari padanya, selain manusia dan jin.

Telah sampai pada kami, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : "Yang paling dekat kepadaku di syurga, ialah yang terlebih banyak dari kamu berselawat kepadaku. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada malam yang terang benderang dan siang yang bercahaya memancar."

Yakni dan Allah Taala yang lebih tahu ialah hari Jumaat.

Dikhabarkan kepada kami oleh Ibrahim bin Muhammad yang mengatakan : disampaikan hadith kepada saya oleh Abdullah bin Abdurrahman bin Mu'ammar, bahawa Nabi S.A.W bersabda : " Perbanyakkanlah selawat padaku pada hari Jumaat."

Disampaikan kepada kami, bahawa barang siapa membaca surah al-kahfi nescaya ia terpelihara dari fitnah dajjal.

Saya menyukai banyaknya selawat kepada Nabi S.A.W dalam segala hal.

Pada hari Jumaat dan malamnya saya lebih menyukai lagi. Saya memandang sunnah membaca al-kahfi pada malam jumaat dan siangnya, kerana telah datang hadith padanya.

Sumber : Kitab AL-UMM (Kitab Induk) Al-Imam Asy-Syafi'i r.a, jilid 2, ms49-50

Hadith riwayat Imam Ahmad, Dari Al-Bara’, ada seorang lelaki yang bernama Usaid Ibnu al-Hudhair sedang membaca surah Al-Kahfi didalam rumahnya yang ada binatang (pendapat ulama’ mengatakan kuda). Kuda tersebut keluar dari rumah lalu mendongakkan kepala keatas. Usaid kehairanan lantas dia juga keluar  dan memandang keatas dan tiba-tiba terlihat gumpalan awan yang meliputi diri dan rumahnya. Lelaki tersebut menceritakan peristiwa tadi kepada Rasulullah Saw dan baginda bersabda :
“ Bacalah fulan (al-kahfi) sebab yang kau alami tadi adalah ketenangan yang turun beriringan dengan Al-Quran atau turunnya kerana Al-Quran (dibaca) “ (Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim – Rujuk Fathul Bari)

Imam Ahmad juga telah meriwayatkan dari Abu Darda’, bahawa Nabi Saw bersabda :
“ Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al-Kahfi, maka ia akan terlindung dari Dajjal ” (Diriwayatkan juga oleh Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasa’ dan Tirimizi)

Dalam lafaz Imam Tirmizi berbunyi “  Barangsiapa yang menghafal tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi, Maka ia terlindung dari Dajjal “ (Tirmizi mengatakan Hasan sahih)

Al-Hakim merekodkan didalam kitab Al-Mustadrak satu hadith dari Abu Said, bahawa Rasulullah Saw bersabda :
“ Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia mendapat pancaran cahaya diantara dua jumaat yang dilaluinya " (Al-Hakim mengatakan, sanadnya sahih)

(Hadith ini juga diriwayatkan oleh Al Hafiz Abu Bakar Al-Baihaqi didalam sunannya)

Berdasarkan ketiga-tiga hadith diatas, menunjukkan betapa besarnya ganjaran yang diperolehi oleh sesiapa yang mengamal surah Al-kahfi, terutama pada hari jumaat sebagaimana yang telah dikhususkan oleh Rasulullah Saw.

No comments:

Post a Comment