IBLIS
LAKNATULLAH membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian
termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya
sekadar pakaian atau gaya hiasan (seperti tanggapan wanita sosial masakini/hamba sosial masakini)…..
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya
telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para
wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian hasta
(siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang". Begitu bisikan syaiton.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaiton berbisik, "Hah,tak apa-apa kan.?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaiton untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini
buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen
yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi
jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan
hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana
sebahagian sahaja yang terbuka".
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaiton
berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang
lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak
ketat biar lebih indah dan cantik dipandang".
Maka
tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan
pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza,
agar nampak lebih feminin," begitu syaiton menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian
seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih
baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih
selesa".
Lalu
dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari
bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan
mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaiton melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya
adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang
terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak
sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan
sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung".
6. Terdedah
Si
wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian.
Syaiton datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah
lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut
yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu
suka supaya kelihatan lebih menawan".
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaiton
kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka
cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt
separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya
kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari
fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaiton telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun
bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang
zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah?
Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah
senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak
ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaiton menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga
pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang
atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang
ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, SYAITON LAKNATULLAH
hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan
memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu
palsu dan racun yang mematikan! Na u’zubillah...
No comments:
Post a Comment