Thursday, January 19, 2012

DOSA GUGUR APABILA SUAMI ISTERI BERSALAM



RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan  suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat
suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "


 
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya  dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta  meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Se hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman  dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari 


Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat  anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi  penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang  isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan  mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
==================================================
"Sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

 __

No comments:

Post a Comment