Friday, September 9, 2011

ROTI ARAB



 Assalamualaikum,

Salam pagi Jumaat.....penghulu segala hari.
Alhamdulillah...Allah pinjamkan lagi usia saya sehari di dunia ini dan semoga hari ini lebih baik dari hari-hari semalam. Amin!


Pagi ini sementara menanti masuk waktu pejabat, saya melayari internet sekejap dan melihat beberapa resepi. Terjumpa resepi ROTI ARAB...memang kegemaran saya sewaktu di Penang dulu. Bila dah balik ke Sabah...susah nak jumpa roti ni. Tiga bulan lalu saya terjumpa roti ini di Giant Supermaret. Alhamdulillah.....dapat juga merasa roti ni sekali lagi.
Insyaallah....sekiranya ada waktu terluang...saya akan mencuba resepi ini.
Thank to Hani Liza (http://hanieliza.fotopages.com).... saya terjumpa resepi ini dan mohon untuk dikongsikan.

 
ROTI ARAB

Bahan

500 gm tepung hi-protin ]
1 paket yeast..mauripan ] gaul rata
50 gm gula kastor/halus ]
Secubit garam

250 ml air suam
6 s/b shortening/lemak sayur..(warna putih)

Cara
1 . Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata selama 30 minit.
2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab.
3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 atau 45 minit)
4. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angin keluar.
5. Bahagikan supaya menjadi ketulan keci.
6. Leperkan dan biarkan adunan naik semula [dalam 15 minit].
7. Masukkan adunan yg telah naik dalam kuali tak lekat [non-stick pan]...jangan gunakan minyak.
8. Panaskan dgn api yg paling kecil. Tutupkan kuali.
9. Masakkan dua-dua belah adunan sehingga agak kekungan/garing.
10. Angkat dan hidangkan dengan kari atau sambal sardin.

No comments:

Post a Comment