Tuesday, September 20, 2011

1MDB TAJA 111 IMAM & PENGERUSI JKKKK TUNAIKAN HAJI

1MDB Taja 111 Imam & Pengerusi JKKK Tunaikan Haji 
 
PUTRAJAYA: Sebagai menghargai peranan dan sumbangan para imam dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), kerajaan hari ini menyampaikan surat tawaran kepada 111 imam dan pengerusi JKKK untuk menunaikan haji tahun ini.
Surat tawaran menunaikan Rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada 57 imam dan 54 pengerusi JKKK seluruh negara itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis di Seri Perdana di sini, Isnin.
Dalam ucapannya, Najib berkata, langkah mengadakan program yang julung kali itu adalah kerana kerajaan sedar betapa besarnya peranan dan sumbangan para imam dan pengerusi JKKK yang juga merupakan ketua kampung kepada masyarakat.
"Saya berazam, sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, saya akan melakukan yang sebaik-baiknya mengikut kemampuan kerajaan untuk terus membela kumpulan ini memartabatkan kedudukan serta kebajikan imam-imam dan ketua kampung.
"Program ini merupakan satu lagi cara atau kaedah bagi kerajaan untuk menghargai peranan imam dan ketua kampung di mana melalui program ini kita membiayai sepenuhnya kos mengerjakan haji bagi 111 imam dan ketua kampung,” katanya.
Perdana Menteri berkata, bakal-bakal haji yang terpilih itu merupakan mereka yang belum pernah menunaikan ibadah tersebut dan tarikh pemergian mereka ke Tanah Suci akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.
Program menaja para imam, ketua kampung dan orang ramai yang layak dipertimbangkan untuk menunaikan fardu haji itu akan menjadi program tahunan 1MDB, katanya. –BERNAMA

No comments:

Post a Comment