Sunday, September 4, 2011

AL-FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL MOHAMAD





Rakyat Malaysia hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor, 41, yang maut akibat terkena tembakan peluru sesat di Mogadishu, Somalia, semalam. Kejadian tembak curi itu tidak seharusnya berlaku kerana ia disasarkan ke atas misi bantuan kemanusiaan yang bertujuan membantu rakyat negara itu.

Kejadian tersebut tidak akan mematahkan semangat sukarelawan Malaysia dan juga seluruh dunia untuk terus membantu, memberikan sumbangan dan khidmat dalam membantu mereka yang ditimpa bencana walau di mana sahaja.

Pemergian Allahyarham tentunya akan dirasai oleh kaum keluarga dan rakan-rakan dan mereka yang pernah bekerjasama dengan arwah.

Alahyarham juga seorang yang peramah dan sentiasa bersemangat menjalankan tugas.

Liputan yang dibuat oleh Allahyarham dan semua rakan media yang turut serta ke Somalia akan membuatkan seluruh rakyat Malaysia lebih prihatin dan sedia memberikan bantuan kepada mereka yang kini menderita akibat bencana kemarau dan kebuluran.

Dalam kejadian yang menimpa Allahyarham, tidak perlu kita menjadikan perkara tersebut untuk menyalahkan pelbagai pihak.

Sebaliknya lebih baik rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada Kelab Putra 1Malaysia dan wartawan kerana telah menjalankan misi yang bermakna kepada rakyat Somalia.

Bersemadilah wahai Alahyarham Noramfaizul, semoga Allah mencucuri Rahmat dan menempat di sisi orang-orang yang beriman.

No comments:

Post a Comment