Hari ni ita nak sharekan satu lagi resepi biskut.. aduyaiiii... biskut lagi.. lagi-lagi biskut.. padanlah ramping macam biskut.. (hehe perasan sekejap!) rupanya dok makan biskut aje hari... huhuhu tau tak pe...
Tak de maknanya... ye! biskut ni ita buat tuk anak ita bawak balik ke asrama hari tu.. Ita buat sampai 4 adunan sekali.. tau ajelah kan dah lah lama nak masak biskut ni.. mau2 dekat 3 jam jugak menunggu.. tapi entahlah kenapa ita mmg dah macam gian pulak makan biskut ni sama naik pulak dengan suami ita.. sama2 sukakan biskut ni... Yang kat rumah pon dah habis... dan nampaknya hari ni ita kena buat lagi biskut ni..
Kali ni ita gunakan resepi lain pulak tau! dan resepi yang ni lagi lah sedap! Sebab ape sedap??? sebab dia menggunakan serbuk almond dan tepung red ros, tu yg asyik masyuk aje bila makan.. aduh!! memang ita sukakan biskut ni...
Resepi kali ni hasil sekodeng ita kat blog kak Zu
Semanis Gula. Kak Zu atau lebih di kenali dengan nama Zuraini Alias adelah antara insan2 terawal yang ita kenali di ruangan Kongsi Resepi di FB. Ita sukakan hasil air tangan kak zu yang berseni. Seorang yg rajin memasak terutamanya membuat kek. Kek kak zu sentiasa memikat ita dari dulu kini dan selamanya. Bukan itu sahaja kak Zu juga mempunyai minat yg sama dgn ita iaitu mendeco2 rumah.. tu yg buatkan ita selalu intai FB kak Zu.. kak zu tak marah kan??? hehe
Jutaan terima kasih yang tak terhingga dari ita untuk kak Zu di atas perkongsian resepi yg ita dan suami sangat minati ni.. Tah dah berapa kali dah ita buat biskut farmbrozen dari kak zu ni.. asal habis aje balang mesti suami ita suruh isi lagi.. memang tak puas2 ita makan.. aduyaiii.. rasa2 naik lah berat badan ita lepas raya ni...
Ita minta izin ye kak Zu untuk sharekan resepi ni di blog ita pula. Semoga rakan2 yang lain dapat juga mencuba dan merasa air tangan dari kak Zu
FRAMBROZEN KENARI
Lapisan Cookies Bawah
240 gm tepung gandum atau tepung redrose
100 gm gula castor
100 gm serbuk badam/ground almond
200 gm butter
1 biji kuning telor
70 gm susu tepung
Toping Tengah
Jam Blackcurrant secukupnya
Ita guna blueberry filling
Pukul butter dgn gula hingga kembang atau putih
Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh
Lapik loyang bercutter ukuran 12 x 12 x 2 inc dengan baking paper
Tuangkan adunan ke dalam loyang, canai doh dan tekan padat2.
Masukkan cutternya dan tekan hingga dasar.
Cucuk doh dengan garfu.
Bakar selama 15-20 minit dgn suhu 170'c atau hingga kekuningan
Keluarkan cutter dari loyang setelah masak
Bila sejuk sikit sapu dgn Strawberry atau blueberry filing
Lapisan Icing Atas
60 gm putih telur - 2 biji putih telur
120 gm gula castor - ita kurangkan 100 gm
2 sudu teh tepung jagung - ita letak 1 sudu aje
Hiasan
Kepingan badam atau gajus
Satukan semua bahan untuk toping dan putar dalam mesin pemutar dgn high speed hingga adunan likat.
Kemudian tuangkan bahan topping atas filling tadi dan ratakan
Pasangkan semula cutter dan tekan.
Tabur pula dgn badam keping
Bakar dalam oven di rak tengah dengan suhu 90C selama 1 1/2 jam.
Bila sentuh permukaan dia dah kering tutup oven dan biarkan kek dalam oven yg dah di tutup suiznya itu selama 1 1/2 jam lagi supaya toping benar2 kering.
Kemudian keluarkan cutter
Bila dah benar2 sejuk baru keluarkan biskut dari loyang
Peringatan - cookies ni sangat rapuh dan mudah patah.
Untuk resepi yang ita buat ita gandakan adunan kerana loyang yang ita gunakan kali ni agak besar. Ita juga sukakan biskut yang tebal lapisannya barulah puas dan terasa kesedapannya bila kita menjamah setiap kepingan.. Kerana itulah ita memerlukan masa yg agak lama tuk membakar biskut ita ni. Bagi kawan2 kat luar sana yang buat nipis tu masa membakar bolehlah di kurangkan.
Assalamualaikum...
Selamat pagi semua.. Dah sarapan?? ke ada yg berpuasa hari ni.. maklumlah ramai yg merebut peluang untuk berpuasa pada bulan Shawal ni.. Dan Allah telah menjanjikan pahala yg berlipat ganda bagi mereka yg berpuasa pada bulan Shawal.. 'renung-renungkan... dan selamat beramal...'
Ramai ke orang datang beraya ke rumah tahun ni.. dengar ade yg dah habis kuih dalam balang.. terpaksa pulak buat second round.. hihi tak pe lah tuk jamu kawan2 kalau habis berbaloi2 jangan pulak ade yg kuih tahun ni jumpa pulak pada tahun depan..hihi sebab nak buang sayang.. terpaksa simpan...
Hari ni ita nak sharekan satu lagi kuih raya yg ita buat.. Sebelum raya hari tu dah buat.. tau ajelahkan kuih ni fav anak dara ita sorang tu.. diangkutnya balang kuih ni sampai masuk dalam bilik dia.. tau-tau dah habis dah kuih ni tak sempat raya.. nasib baik tak di urung dek semut.. hihi tak taulah minat betul dia dengan kuih tart ni.. Anak dara ita sorang ni mmg pelik sikit kegemarannya.. lain dari yg lain..
Jadi.. terpaksalah ita buat lagi kuih raya ni.. banyak kuih dah di angkut anak2 balik asrama.. jadi balang kuih banyak dah kosong.. kena lah ita buat semula kuih ni.. buat sikit2 aje.. takut jugak kalau ade tetamu bertandang dah tak de kuih raya.. nak dijamu..
Resepi kuih tart ni ita ambil dari rumah kak Anim... Sebelum tu, ita rasa belum terlewat untuk ita mengucapkan salam takziah buat kak Anim dan keluarga yang baru sahaja kehilangan abang tersayang Dato' Ir Haji Mohammad Aidid bin Haji Zakaria, semoga roh arwah bersemadi bersama insan2 yang beriman dan semoga kak Anim dan keluarga sabar dan redo dengan ketentuan ilahi.. Al- Fateha.....
Jutaan terima kasih yang tak terhingga ita buat kak Anim yang sangup kongsikan resepi tart yang sedap lembut dan gebu ni. Walaupun sebenarnya resepi ni sepatutnya menjadi simpanan peribadi beliau kerana beliau jual kuih tart ni... tapi beliau bersedia juga untuk kongsikan bersama kita semua.. Terima kasih sekali lagi kak Anim.. Hanya Allah juga yg dapat membalas kebaikan dan keikhlasan akak... Ita minta izin tuk sharekan pula resepi kuih tart ni di sini pula ye kak.. semoga resepi yg dikongsikan ini memberikan ganjaran pahala buat akak...
Resepi di bawah ni ita copy dari kak Anim. Resepi asal kak Anim buat tart gulung dan ita ubah kepada tart bunga kerana adunan ni lembut dan sesuai untuk buat tart bunga ni. Ita juga buat ikut cara kak Anim ita tak letak air sejuk. Air sejuk itu di gunakan bila adunan terkeras. PERINGATAN masukkan tepung sedikit-sedikit dan uli hingga adunan lembut. Kalau nak buat tart bunga bila kita canai dan kita lipat dia tak patah maknanya sesuailah doh tu untuk buat tart bunga. Tapi kalau patah maknanya doh terlalu keras dan tambahkan sedikit lagi minyak sapi atau air sejuk supaya doh lembut dan mudah di bentuk.
TART NENAS
by:
Kak Anim
4 oz butter - 115 gram
4 oz minyak sapi - 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum -450 gram
sedikit garam
air sejuk
Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Guna acuan seperti gambar di bawah.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min
JAM NENAS
by: Kak Anim
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan
Ini adalah cara bagaimana ita buat tart bunga ni
Untuk tampok bunga yg warna hijau tu ambil sedikit doh dan letakkan sedikit pewarna hijau.
Assalamualaikum...
Selamat malam... dah tidur ke?? belum lagi kan.. ni mesti tengah sembang2 kat dapur.. ialah bila dah pulang ke kampung dan bertemu keluarga tercinta tentu banyak yang nak di borakkan... Lama tak jumpa kan.. tentulah rindu..
Ade juga yg masih godek2 kat dapur.. bakar bahulu ke? kacau dodol ke... atau ade yg tengah membakar kek.. tentu seronok bila pulang ke kampung.. sekali-sekala terlepas dari kesibukan kota.. lapang rasa fikiran..
Alhamdulillah anak2 ita pun dah pulang ke rumah. Rumah pun dah siap ita kemas cuma nak beli bunga segar.. Ita suka kalau ade jambangan bunga segar di atas meja pada hari raya. Rasa segar nyaman dan ceria. Mungkin esok ita akan beli sejambangan..
Esok juga dah mula sibuk.. Ingat tadi nak gi pasar beli barang2 keperluan tuk masak di pagi raya. Tapi jalan jam.. nak masuk kat Xmart tu pun tak boleh.. banyak betul kenderan dan manusia yg berpusu2 mencari keperluan di saat2 akhir. Parking keta usah cakaplah.. mmg tak jumpa.. akhirnya balik aje.. esok pergi balik tapi kena datang awal sikit...
Malam ni ita nak masukkan biskut cornflakes madu yg menjadi kegemaran anak2. Ini mmg fav anak2 ita. Biasa mak cu dia yg buatkan.. tapi tahun ni tak balik Kelantan jadi maknya ni kenalah buat. baru siap dah habis sebalang... aduyaiii...
Nampak gayanya ita terpaksa buat semula beberapa kukis yg telah ita buat hari tu.. tadi masa dok kira2 kukis nak masuk dalam balang sekali tengok banyak balang yg dah kosong.. aduyaiii... anak omak ni.. bila masa pulak dia menghabiskan.. laaaa... kena buat lagi lah nampaknya...
Resepi biskut cornflakes madu ni ita ambil dari dapur yatie. Selalu kalau ita buat guna resepi dari adik ipar ita tu.. tapi kali ni nak cuba resepi dari yatie pulak.. tak banyak beza cuma yatie guna gula perang.. tu yg buatkan ita nak cuba rasa resepi dari yatie.. alhamdulillah sedap! dan anak2 pun suka!
Terima kasih pada yatie kerana berkongsi resepi ni, ita minta izin tuk copy kat sini pulak lah ye!
CORNFLAKES MADU
by:
Yatie
Bahan A
125 gm butter
1/2 cwn brown sugar
1 cawan madu
Bahan B
1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
1 cwn kismis
1 cwn badam cincang panggang/gajus
Hiasan
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, tutup api dan masukkan bahan B, gaul rata.
Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Assalamualaikum...
Lewat ita bersiaran hari ni.. Minggu ni ade sibuk sikit memandangkan anak2 dah mula exam. Hari ni ita ambil kesempatan tuk buat ulangkaji dgn anak2. Dalili ni kalau kita tak adap dia belajar mmg dia tak belajar lah.. buku ke mana ape pun ke mana...
Masih ade yg sedang sibuk di dapur membakar biskut. Kalau membakar biskut tu jangan buat kerja lain pulak.. kang hangus pulak biskut tu..
Bercakap pasal biskut ni ade satu lagi biskut yg ita ingin kongsikan bersama. Biskut ni sangat sedap! kombinasi antara coklat dan oren memang serasi dan tak puas makan. Lebih2 lagi bila terhidu bau oren tu.. Dalili yg tengah belajar pun boleh kedapur tanya mak masak ape tuuu??? sedapnya bau...
Resepi ni ita ambil dari dapur kak Wan. Tak habis lagi ita selongkar dapur kak Wan. Memang sedap2 biskut yg kak Wan kongsikan.. tak menghampakan lah... Banyak lagi yg ita ingin cuba.. dan semuanya nampak menarik sampai rambang mata di buatnya...
Sebelum buat ita nak bagi tau dahulu bahawa kukis ni sangat rapuh.. dan sangat lembut.. Jadi hati2 jika nak celupkan kukis dalam coklat kerana dia mudah patah. Kalau nak cara yg lebih mudah boleh ikut cara kak Wan. Ita cuma tambahkan coklat oren pada kukis ni untuk menaikkan rasa dan menambahkan tarikan anak2.. hihi sebenarnya tambah tarikan mak anak... ya adoooo...
Jom kita intai2 resepi yang mudah lagi sedap dari kak Wan ni.. Cuba jangan tak cuba!
CHOCOLATE RICE BUBBLE COOKIES
By:
Kak Wan
Bahan A
260 gm mentega
1 biji kuning telur
100 gm gula perang
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B
300 gm tepung Red Rose
40 gm tepung kastard
60 gm tepung jagung
20 gm serbuk koko
1/4 baking powder
1/4 sudu kecil emplex
Bahan C
150 gm choct bubble - ita gantikan choc cip
30 gm choc rice
Hiasan
Coklat masakan
Coklat masakan oren - ita tambah
Croquant - ita tak letak
Cawan kertas
Pukul bahan A hingga berkrim.
Masukkan bahan B dan bahan C dan uli hingga menjadi doh yg lembut
Bulatkan doh anggaran 4 gm, susun dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 150 C selama 25 - 30 minit atau sehingga biskut masak.
Setelah masak biarkan sejuk, hiaskan dgn coklat masakan yg telah di cairkan dan croquant.
Cara ita, Ita bentukkan bujur sebesar 4 gm, susun atas loyang dan bakar.
Setelah benar2 sejuk, celup separuh dalam coklat masakan oren yg telah di cairkan.
Letak dalam cawan kertas.
Bila coklat oren telah mengeras ita hiaskan pula dgn coklat masakan.
Assalamualaikum...
Alhamdulillah kita masih lagi dapat bernafas di bumi Allah dan masih dapat meneruskan puasa dan amalan yg di tuntut.
Maaf semalam tak dapat nak masukkan N3 dah kepenatan.. mmg lepak sangat! emmm.. minggu ni mmg minggu mengemas rumah.. minggu depan lagi lah bertambah sibuk tu lah ita kena kemas awal2.. semalam dapat settlekan cermin tingkap.. baru perasan banyaknya tingkap kat rumah ni bila kita dok mengelap sorang2 aduyai... punyalah berabuk.. sebab jiran ita ni tgh buat renovation rumah tu yg berabuk sampai ke rumah ita.. tapi tak leh lah nak marah sebab kita kan hidup berjiran.. dulu masa ita buat dia yg kena tanggung akibatnya.. ni giliran ita lah pula... sabor je le.....
Masih ade lagi yang ingat kukis yg ita pernah dok tayang hari tu... hihi... bukan tak nak masukkan tapi banyak lagi kukis yg menanti..tu yg terpaksa tunggu giliran.. ni pun ade lagi ni.. tah sempat tak nak masukkan sebab bila dah mula mengemas rumah ni mood nak up date ni asyik tertunda aje.. ialah bila kita dah pegang mop dan penyapu serta bersinsing lengan tu yg malas nak mengadap komputer ni nanti semua terbengkalai...
Ramai yg dah mula mengukis.. macam2 kukis yg ditayang.. cantik dan menarik tergoda ita.. nanti nak buat jugak lah.. tengoklah kalau sempat.. ala ita buat bukannya banyak sangat... satu adunan aje.. pas tu nak bagi orang sana sikit... orang sini sikit... kita ambil yg koret2 aje le... buat syarat beraya.. hihi
Jom lah kita tengok kukis yg ita buat ni pulak.. lambat2 kang tak siap lagi kerja ita ni..
Kukis ni ita ambil dari sebuah buku masakan Keistimewaan Biskut oleh Rozita Abdul Kader. Sedap jugak biskut ni sebab ade pistachio dan coklat urai.. lain sikit lah dari biskut lain yg kebanyakkannya menggunakan badam. biskut ni pun senang aje buat dia sebab pakai terap2 aje.. biskut kalau terap2 ni senang kerja.. cepat dan ringkas....hihi
PISTACHIOS BITES
by : Rozita Abdul Kader
Sumber : Buku Keistimewaan Biskut
Bahan A
150 gm mentega
100 gm gula icing
1 biji telur
1/2 sudu teh pes pandan
1/4 sudu teh pewarna hijau epal
Bahan B
50 gm pistachios - bakar dan kisar halus
20 gm coklat urai
20 gm tepung jagung
20 gm susu tepung
280 gm tepung gandum
Hiasan
Coklat masakan hijau
serbuk roti
pistachio bakar dan cincang halus
Panaskan ketuhar pada suhu 150C
Sebatikan bahan A hingga rata
Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
canai dan terap dengan penerap biskut
Susun dalam dulang pembakar
Bakar selama 30 minit
Bila dah masak susun atas redai hingga sejuk
Cairkan coklat hijau secara double boiler
Celupkan biskut dalam coklat
gaulkan pula dgn serbuk roti dan pistacio cincang
Assalamualaikum...
Selamat tengahari semua...
Berehat sekejap.. penat jugak kan nak kemas rumah bulan2 posa ni.. Lepak rasanya.. Tapi siapa lagi lah yg boleh di harap tuk kemas rumah ni.. kadang2 dalam situasi yg macam ni baru lah terasa kan bagus kalau dok rumah kecik2 aje atau sewa bilik tak lah penat nak mengemas atas bawah..
alamakkkkkk!!!! salah tulis lah pulakk!!! aishhhh...... hentam saja lah labu..... kesilapan teknikal.. harap di maafkan ye!! ni yg maleh den nak tulis2 dam gambor ni... aduyaiii....
Pulak tu yg tukang menyepahnya.. walaupun sorang tapi kalau dia menyepah macan ade 10 orang dalam rumah ni.. tak padan kecik... aduyaiii... nak harap anak2 tah bila lah balik... Nasib baik dapat suami yg ringan tulang boleh lah bantu ita sikit2...
Ade yg kata awalnya kak ita dah kemas rumah.. Memang kena kemas awal2 sebab kak ita ni sesorang.. nanti kalu buat lambat bila lah pulak dapat mengemasnya.. Minggu depan Dalili pulak ade exam.. dah nak kena duduk buat ulangkaji dgn dia pulak.. Dalili tu kalau maknya tak dok belajar sekali dia lagi lah tak mau bukak buku... lama2 mak dia yg pandai.. hihi
Ita mmg selalu prepair awal sebab takut banyak kemungkinan yg akan belaku kemudian hari yg tak di jangkakan.. kalau kita bersedia awal tak lah kelang kabut sangat.. tapi tu lah... mmg lepak lah kan.. Ita tak boleh nak sembang lama banyak sangat kerja yg dah terbengkalai.. nanti kalau dok mengadap comp ni mmg semua kerja tak siap!
Hari ni nak sharekan lagi satu resepi cookies. Cookies ni mmg popular lah kan.. setiap kali Hari raya semua cari cookies ni.. Budak2 pun suka sebab ade cekelat. Ita ingat masa ita kecik2 dulu tak pernah jumpa kuih ni tapi dia menjadi popular masa ita remaja.. dalam belasan tahun.. masa tu dok tengok kakak ita dok sibuk buat kukis ni yg di ambil resepi dari majalah.. Masa tu ita mmg tak gemarkan biskut raya tu yg tak kisah pon..
Hari tu ade adik2 kat FB yg hantar msg minta buatkan cookies Almond London ni.. Jadi ita buatlah kukis ni sikit tu hari raya nanti... Sebelum tu ita nak tunjukkan juga bagaimana cara ita cairkan coklat masakan.. sebab ramai yg minta ita tunjukkan caranya.. Ini cara ita lah kan mungkin setiap orang ade cara mereka sendiri..
Coklat masakan kita potong kecil supaya cepat dia cair. Masukkan dalam mangkuk besar.
Panaskan air dalam periuk kecil hingga didih.
Tutup api dan letakkan mangkuk berisi coklat tadi di atasnya. Pastikan air dari periuk tidak kena pada dasar mangkuk tadi.
Kacau perlahan hingga coklat larut sepenuhnya.
Untuk melorek atas biskut dan mendapatkan garisan halus. Masukkan coklat tadi dalam piping bag. Masukkan sikit aje tau jangan banyak2 sebab coklat cepat mengeras. Coklat yg selebihnya biarkan dalam bekas tadi supaya dia sentiasa cair. Tak payah letak nozel kerana nanti dia tersumbat dan nozel besi juga membuatkan coklat cepat mengeras. Potong bucu piping dgn lubang yg kecil. Pastikan tiada ruang udara supaya proses melorek lancar dan tidak putus2. Sekarang dah boleh lah melorek..
ALMOND LONDON
Anggaran dalam 120 - 150 biji
250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
140 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
150 biji badam - dipangang
Untuk menyalut biskut
Cawan kertas secukupmnya
Coklat masakan secukupnya
Badam cincang - yg di panggang
Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna.
Ayak tepung dan emplex ketepikan
Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh seberat 6 gm. Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur.
Buat hingga adunan habis dan susun dalam loyang.
Panaskan oven 150C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau sehingga biskut masak sempurna.
Keluarkan biskut setelah masak dan susun atas redai sehingga ia sejuk.
Cairkan coklat secara double boiler. Ambil biskut tadi dan celup dalam coklat. Letakkan dalam cup kertas. Taburkan badam dan biarkan ia mengeras. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Boleh juga hiaskan ikut citarasa masing.
Assalamualaikum...
Selamat pagi semua... Salam Ramadhan dan selamat meneruskan ibadah puasa.
Semakin kita menghampiri bulan Shawal semakin pantas terasa masa beredar.. diam - tak diam hanya lagi tinggal 2 minggu saje lagi kita umat islam akan berpuasa.. Bila berakhir bulan Ramadhan pasti kita akan rindukan suasana berterawikh bersama teman2 di rumah Allah.. pasti juga akan rindukan suara kanak2 membaca doa makan yg berkumandang di corong radio setiap kali azan maghrib berkumandang.. pasti rindukan kala mengejutkan anak2 di hening subuh pagi.. pasti rindukan juadah yg kita nikmati setiapa kali bulan Ramadhan menjelang...
Walaupun juadah itu bisa kita buat tapi keseronokkan menikmatinya ketika berbuka puasa tak sama nikmatnya seperti hari2 yg lain...
Dalam kesempatan yg semakin bersisa ni.. marilah kita melipatgandakan lagi amalan kita.. entah kita akan bertemu lagi atau tidak pada Ramadhan yg akan datang...
Sekarang pasti ramai yg sedang menunggu kedatangan malam Lailatul Kadar atau kalau dulu masa kecil2 ita panggil malam tujuh lekor.. ita pun tak tau kenapa panggil malam tujuh lekor.. tapi ia ade lagu yg selalu ita nyanyikan nak2 bila ita nak menyalakan lampu pelita sekeliling rumah...
Malam Tujuh lekor
Pasang lampu terang
Mari kita hibur..
adik dengan abang
Malam Lailatul kadar adalah antara 10 malam terakhir Ramadhan.. Ita pun tak pasti bilakah malam Lailatul kadar tu.. ade yg kata pada 27 Ramadhan.. tapi mak ita selalu pesan supaya 10 terakhir Ramadhan banyakkan berdoa.. buat sembahyang hajat dan solat tahjud semoga amalan kita di terima pada tahun itu.. di murahkan pintu rezeki dan memberi kita kebahgiaan dan kesihatan yg baik...
Kalau kat kampung2 pasti sekarang org2 kampung sedang sibuk menyalakan pelita keliling rumah.. adoii.. sukanya ita saat suasa itu.. kanak2 pula dah mula bermain bunga api.. Ibu2 sudah mula kedapur menyediakan juadah tuk menyambut lebaran.. tampa mengenal erti letih dan penat walaupun seharian berpuasa..
Kaum bapa pula sibuk mempelajari taknik mengayam ketupat.. manalah tau kot2 dah terlupa.. ita lah yg selalu dok ambil daun kelapa tuk kakak2 yg sibuk practise mengayam.. mak pula dok mengajar.. tapi sampai lunyai daun tu ita kerjakan kesudahannya sampai sekarang ita tak tahu mengayam ketupat.. huhu sedihnya.. tak dapat nak tunjukkan kat anak2 cara mengayam ketupat.. akan tahukah anak2 akan datang cara mengayam ketupat setelah banyak ketupat segera di pasaran....
Masa ni juga ita teringat kala memberi ayam makan.. ita selalu cakap kat ayam2 tu.. " makan kenyang2 ye, biar gemuk.. ! tak yah posa.. nanti esok hari raya kita makan awak pulak..." hhehe
Cerita pasal ayam.. adalah satu kenangan bagi ita pada Hari Raya. Sehari sebelum Hari Raya bapa ita akan tandakan ayam2 yg akak di sembelih pada hari tu.. Pas tu bapa ita akan suruh kita 7 beradik tangkap ayam2 tu.. masyaalah.. bayangkan dalam keadaan berpuasa kita kena kejar ayam keliling rumah tuk masak rendang... tapi seronok tau! macam2 aksi yg dapat dilihat.. ade yg buat gaya superman... spiderman.. wonderwomen... ultraman.. dan lain2 aksi yg melucukan.. adoiii.. kenangan betul..
Pas tu kena pulak tolong pegang ayam2 yg akan kena sembelih tu.. ayam ni kalau dah kena sembelih dia mengelepar.. adoii.. masa ni lah kudrat tu kena lah yg tulang besi urat dawai ni..hihi
Pas tu kena pulak cabut bulu ayam.. aiii.. banyak kerja kalau nak masak dulu2.. aii.. ade jugak yg sorokkan bulu ayam yg panjang2 tu sebab nak buat sepak yem.. hihi
aiii.. panjangnya celoteh ita hari ni.. tak pe kita sambung esok pulak lah ye kenangan hari raya dulu2..... kita intai kukis yg ita buat ni pulak!
Kikus ni sedap! rasanya sedikit wangi kerana menggunakan tepung Red Rose.. buat pun tak susah senang aje.. yg susah sikit masa nak salut kukis ni dalam coklat masakan tu.. penat jugak lah berdiri.. sebab dapur ita tu tinggi sikit.. coklat ni pulak kena letak atas dapur, tapi api dah tutup lah ye, supaya masih ade lagi bahang panas dan coklat tu tak cepat mengeras.. tu yg sakit kaki tu sebab berdiri lama.
Kukis ni buat lah comel2 sikit sebab dia mengembang bila di bakar.. walaupun tak gunakan telur tapi mungkin sebab kandungan tepung red rose yg membuatkan kukis kembang sedikit. Kukis ni pun ita cadangkan supaya buat tebal sikit supaya cantik bila kita gigit.. atau patahkan dia.. sedaplah kukis ni boleh lah cuba! dan masukkan dalam list kuih tuk Hari Raya
Sekali lagi ucapan terima kasih untuk kak Wan.. banyak lagi kuih raya yg menarik kat dapur kak Wan.. jangan malu jangan segan tuk singah.. dan pilihlah yg mana satu berkenan di hati..
Kak Wan ita minta izin copy kat sini ye!...
SNOW ALMOND
By:
Kak Wan
Bahan A
260 gm butter
150 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
50 gm serbuk badam
Bahan B
300 gm tepung Red Rose
50 gm tepung kastard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung
Bahan Hiasan
Coklat masakan - cairkan cara double boiler
Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut
Pukul bahan A hingga berkrim
Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
Sejukkan biskut atas redai
Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Thank You LV, especially Kathy Lam and all LV staffs for the Hari Raya gift. Selamat Hari Raya to you guys...
Assalamualaikum...
Selamat pagi semua... selangkah lagi kita masuk ke minggu baru.. Masih lagi meneruskan ibadah puasa... dan masih lagi meneruskan amalan2 yg wajib dan yg sunat..
Macam mana cuti semalam seronok tak?? pastilah seronok kan dapat berbuka puasa bersama keluarga.. ade yg ambil kesempatan berbuka di luar, atau ade juga merebut peluang ni tuk mencari pakaian raya tuk anak2, atau masih ade yg dah mula berpeluh di dapur menguli tepung tuk mengkukis.. hihi walau apa pun yg anda lakukan tentunya timbul satu kepuasan dan keseronokkan bila kita lakukan untuk insan2 yg tersayang.. kan??
Ita semalam tak ke mana anak2 pon belum balik lagi. Kalau nak cari keperluan anak2 pun mmg kena tunggu mereka balik.. ialah anak2 sekarang mana lah nak mak dia belikan lagi, kalau boleh semua nak buat pilihan sendiri.. citarasa anak muda manalah sama dgn kita.. hihi
Semalam ita mengkukis lagi buat 3 kukis sekali.. hihi saje je.. dok melayan anak dara kita tu.. Hari ni ita masukkan kukis yg ni dulu ye! yg lagi 2 tu ita masuk kan kemudian.. boleh ye!
Kukis ni ita buat atas permintaan kenalan ita di FB yang minta ita buat kan Biskut Ice Cream yg simple2 untuk anak2. Tu yg ita dok cari resepi yang paling simple dan mudah untuk penyediaan Hari Raya. Ita ade dapat 2 resepi biskut ice cream ni tapi yg satu lagi tu menggunakan tepung ice cream. Ita takut payah pula adik2 atau kawan nak cuba nanti bila bahan2 sukar kita nak perolehi... dan akhirnya ita ambil keputusan tuk cuba resepi yg ni dan di kongsikan bersama.
Biskut Ice Cream ni rasanya seperti biskut raya yg lain.. tapi ia comel dan menarik kerana kukisnya yg berwarna warni dan pasti menarik mata si comel tuk segera buka balang kuih dan mengapai satu kukis ni ke mulut.. yum! yum ! yum!
Biskut macam ni mmg kena ade di selitkan sekurang2nya satu balang sebagai pemanis kata mak ita.. walaupun rasanya biasa aje tapi ia sebagai penyeri buat kuih2 lain yg terhidang bersama.. samalah seperti biskut Topi ingat lagi tak dulu2 biskut tu sangat popular ia menguna kan gula icing.
Satu lagi keistimewaan kukis ni kita boleh buat bersama anak2. Pasti anak- anak rasa teruja dan tak sabar nak menyambut hari raya. Dan pasti juga mulutnya becok memberitahu setiap tetamu yg datang bahawa kukis tu dia yg buat.. dan tersenyum melerit bila kita menjamah kukis yg di buat dan kata pulak.. " sedapnyaaaaa...." waaaaa.... seronok bukan kepalang..... mesti dia akan bangga kan... budak2 biasalah tu.. hihi tapi tu lah yg seronok kita tengok gelagat anak2 di Hari Raya..
Tengoklah Fancy Ice-cream Cookies yg di hasilkan oleh anak dara ita ni.. ni idea dan ilham dari Dalili.. macam2 di cubanya nak bagi cantik.. hihi katanya nak jamu kawan2 waaaa.... ramai kawan2 Dalili nak datang beraya ke rumah tahun ni.. ade yg dah siap pilih2 kuih suruh buat.. yg tak tahan tu dia balik sekolah aje terus cakap " mak kawan kita kata buat biskut tembikai tu banyak2 dia nak makan sebalang"..... aaa.... aaa... aaaahhh.... s..e..m..p..u..tttttt.... adeh!!! adeh!! sakit balik pinggang ku ini..
Terima kasih pada penyumbang resepi Ida, akak mita kebenaran tuk share kat sini pula lah ye!
FANCY ICE-CREAM COOKIES
By:
Ida
130gm butter
60gm gula icing
160gm tepung gandum
30gm tepung jagung
20gm tepung ubi
1/4 sudu teh baking powder
20gm serbuk badam
Sdkt vanilla essence
1 biji kuning telur utk sapu atas biskut
Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan
Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak
Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
Hias biskut ikut creativiti anda.
Kepada kenalan ita di FB harap2 berpuas hati dgn resepi ni dan dapatlah sediakan tuk anak2 pada hari Lebaran ni..
selamat mencuba ! dan Selamat Menyambut Hari Raya