Thursday, August 25, 2011

SELAMAT HARI WANITA



Hari ini yang bertarikh 25 Ogos adalah Hari Wanita Malaysia. Hari ini  25 Ogos, 2011 mencatat peristiwa besar dalam diari seorang wanita.Tanggal 25 ogos diisytihar sebagai "Hari Wanita" bagi semua yang bergelar wanita.  Terkadang kita selalu ambil tahu bila hari-hari penting terutama hari yang ada cuti umum sahaja. Jangan di lupa tarikh yang tidak ada tercatat dalam kelender iaitu Hari Wanita. Selamat Hari Wanita". Bukan harinya saja yang selamat tapi semua yang bergelar wanita itu didoakan 'SELAMAT'. Selamat dari mara bahaya dan malapetaka! Selamat Aqidahnya. Selamat Ibadahnya. Selamat Akhlaknya. Selamat Syariatnya. Selamat itu sejahtera..Sejahtera itu bahagia..Bahagia itu indah..Indah itu cantik..  Dan di kesempatan ini, saya  ingin mengucapkan "Selamat Hari Wanita" pada semua Wanita di Malaysia. 

Wanita banyak pengertiannya wanita sebagai Ibu,  wanita sebagai isteri, sebagai kakak, adik dan sebagai teman.

 Islam melihat peranan wanita setanding dengan kaum lelaki. Islam juga tidak pernah menghalang wanita untuk berbakti dan mencurahkan kebolehan sekiranya ia dapat memberikan kesejahteraan dan kemaslahatan keluarga, masyarakat dan negara.

Malahan Islam menganggap pekerjaan yang dilakukan oleh wanita atau lelaki merupakan suatu ibadah selagi dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tidak terkeluar dari landasan dan peraturan Islam.

Sirah Islam telah melahirkan ratusan tokoh wanita Islam unggul yang tidak kurang peranan dan kecemerlangannya di dalam mencorak peradaban tamadun Islam.

Kehebatan wanita telah diperakui dan dicatat bersama tokoh-tokoh Islam lain dalam lipatan sejarah. Nama mereka disebut dengan rasa bangga kerana pencapaian serta sumbangan yang sangat bererti dan bermakna bagi setiap Muslim.

Seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w. dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda” (Riwayat Bukhari).

Sejarah menggambarkan Asiah sebagai suatu simbol keimanan yang jitu kepada Allah yang menyelusuri bahtera kehidupan bersama-sama suaminya, Firaun yang memusuhi Allah.

Maryam digambarkan sebagai simbol wanita yang tinggi darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian dan kehormatan diri walau dihujani dengan fitnah yang maha hebat.

Khadijah pula adalah simbol kesetiaan kepada suami tercinta dalam menegakkan kebenaran agama. Sanggup berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Manakala Fatimah digambarkan sebagai simbol wanita solehah yang lengkap iaitu anak yang soleh dan taat kepada ayahandanya; Rasulullah s.a.w., isteri yang setia dan taat kepada suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan anak-anaknya.

Jelas sekali, masa dan waktu telah membuktikan segalanya mengenai kehebatan dan kecemerlangan wanita sejak zaman berzaman. Segala yang dikecapi bukanlah suatu yang mustahil kerana sejarah telah membuktikannya.

Mungkin ada benar pepatah Melayu mengatakan ‘Tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncangkan dunia’. Itulah senario sebenar wanita-wanita pada hari ini.

Kini wanita bukan lagi dianggap sebagai ‘penghuni tetap’ ceruk dapur semata-mata tetapi telah menjadi salah satu entiti penting dalam pembangunan ummah.

Kredibiliti mereka tidak lagi dipandang enteng kerana keupayaan wanita mampu membuatkan mereka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki yang lain.

Justeru, melihat kepada penglibatan dan peranan yang dimainkannya, bersempena sambutan Hari Wanita yang disambut negara pada setiap 25 Ogos, mereka wajar menerima ucapan pujian daripada anda!

Kepada wanita yang bergelar isteri, taatlah kamu kepada suami kerana syurga anda di bawah tanggungjawab mereka. Mungkin juga anda sangat hebat & dihormati di kalangan masyarakat, pastikan SUAMI kekal mendapat penghormatan nombor 1 dalam hidup anda.

" Woman is the only creature that can bring up individuals in her lap, who would be blessed enough to lead a society, even societies, to endurance and elevated human values."  [Imam Khomeini, May Allah bless his soul]

No comments:

Post a Comment