Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.
Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.
"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.
Alhamdulillah......raya ni, seperti juga raya-raya di tahun-tahun sudah, bonus atau bantuan khas kerajaan tetap ada walaupun RM500.00. Tahun ini lebih sikit....dapat setengah bulan gaji atau minimum RM500.00! Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada 15 Ogos, 2011 iaitu pertengahan bulan ini. Maknanya dapatlah saya membeli persiapan raya dan bahan-bahan biskut. Alhamdulillah....syukur atas segala nikamt kurniaanMU.
PM berkata bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Beliau juga berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Memang....benar-benar membantu.....dengan kenaikan harga barang-barang keperluan sejak kebelakangan ini.....tiap bulan saya mengira satu persatu barang-barang yang hanya perlu saja dibeli. RM50.00 jika dibawa ke supermarket....hanya boleh dapat tiga, empat barang saja......aduhaiiii!!!!
No comments:
Post a Comment