Anak kandung tinggal ibu lumpuh di hotel bajet
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.
Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.
Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.
Sumber | Hmetro 
Penjelasan anak tinggal ibu lumpuh di hotel bajet
KUALA
 LUMPUR: “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, 
sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya 
Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” 
kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di 
sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.
“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu.
“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.
“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.
Harian Metro berusaha mencarinya sejak pagi dengan mendapatkan nombor telefon Amir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengusaha hotel.
“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu.
“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.
“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.
Harian Metro berusaha mencarinya sejak pagi dengan mendapatkan nombor telefon Amir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengusaha hotel.
Sumber | Hmetro
Kasih ibu pada anak
Dalam pertemuan penuh sayu itu, kedua-dua mereka dilihat tidak berenggang dengan sesekali anaknya, Amir Mohd Omar, 27, menyeka air mata di pipi ibu berusia 66 tahun itu sambil menerangkan dia tidak meninggalkan ibunya sendirian, tetapi terpaksa berbuat demikian atas faktor kesihatan.
Menafikan anaknya sengaja berbuat demikian, Faridah berkali-kali menyatakan yang dia tahu anaknya mengalami masalah kesihatan dan dia sendiri bersetuju untuk dibawa ke sebuah hotel berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi memudahkan mereka berdua menerima rawatan.
“Dia ada beritahu saya yang dia nak ke hospital, jadi lebih elok saya ikut dia ke sana kerana takut tinggal berseorangan di rumah di Wangsa Maju kerana baru-baru ini ada kes pergaduhan di situ.
![]()  | 
| BINCANG...(dari kiri) Noormah bersama Faridah dan Amir, semalam | 
Pertemuan itu diadakan hasil inisiatif Harian Metro dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) diketuai pengarahnya, Noormah Abd Rauf.
Sebelum itu, Amir hadir ke pejabat JKM WPKL di sini untuk memberi penjelasan kepada Noormah berhubung tindakannya meninggalkan ibu itu bersendirian sehingga membawa kepada laporan polis yang dibuat penyelia hotel itu pada 8 Februari lalu. Selepas itu, dia di bawa ke Pusat Sehenti Bina Diri di Sungai Buloh untuk bertemu ibunya dan berbincang mengenai kewajaran untuk mengambil semula wanita berkenaan tinggal bersamanya dalam waktu terdekat.
Sebaik melihat kelibat anak tunggalnya itu, Faridah tidak henti-henti menangis dan terpaksa ditenangkan Noormah seketika sebelum perbincangan lanjut mengenai status terkini dirinya.
“Saya hendak tinggal dengan dia kerana dia anak saya. Kalau dapat nanti, saya ingin mengajar al-Quran seperti di kampung sebelum ini. “Saya baca artikel mengenai diri saya, tapi saya tahu anak saya buat yang terbaik untuk saya. Mungkin lebih baik di hotel berbanding di rumah kerana saya tinggal seorang, di hotel orang ramai,” katanya.
![]()  | 
| DARI HATI KE HATI...Amir terkaku mendengar luahan ibunya, Faridah yang ditemui kali pertama selepas mereka terpisah 10 hari | 
Katanya, ketika ini, fokusnya hanyalah untuk mencari pekerjaan baru selepas berhenti sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta di ibu negara petang kelmarin.
Sumber | Hmetro 
Anak Tinggalkan Ibu Di Hotel Bajet Kini Mendapat Tawaran Kerja, Kereta Dan Rumah

KUALA SELANGOR:
 “Saya akan mulakan hidup baru dengan emak di sini dan berharap dengan 
kerja baru ini, saya dapat membalas jasanya,” kata kata Amir Mohd Omar, 
27, pemuda yang terpaksa meninggalkan ibunya, Faridah Maulud, 66, di sebuah hotel bajet, di Jalan Raja Muda di sini, minggu lalu.
Amir
 berkata demikian selepas menerima pekerjaan ditawarkan seorang usahawan
 besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman, 43, di Kuala Selangor, semalam
 selain turut disediakan kereta dan sebuah rumah yang sudah dibayar sewa
 setahun untuk dia tinggal bersama ibunya.
Menurut
 Amir, dia amat menghargai kesudian Jamhuri untuk mengambilnya bekerja 
serta menyediakan tempat tinggal bersama ibunya dan kemudahan itu sama 
sekali tidak pernah terlintas di fikirannya.
“Semuanya
 bagaikan mimpi. Saya tidak tahu hendak kata apa. Yang pasti, tumpuan 
saya sekarang hanyalah untuk membawa mak tinggal bersama.
“Selain
 itu, saya juga akan bekerja dengan sebaik mungkin bagi membalas 
kepercayaan majikan yang memberi peluang kepada saya,” katanya ketika 
mengadakan pertemuan bersama Jamhuri di sini yang diatur Harian Metro, 
semalam.
Kisah Amir mendapat 
perhatian ramai selepas Harian Metro dalam laporannya 9 Mac lalu 
mendedahkan kisah ibunya yang lumpuh kebingungan apabila ditinggalkan 
bersendirian oleh Amir di sebuah hotel bajet selama empat hari hingga 
terpaksa dijaga kakitangan hotel berkenaan.

Berikutan
 laporan berita itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan 
Kuala Lumpur (JKMWPKL) membawa Faridah keluar dari hotel berkenaan dan 
menempatkannya di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh bagi membolehkan dia 
diberi penjagaan sewajarnya.
Persoalan
 mengenai tindakan Amir itu terjawab apabila Harian Metro berjaya 
menjejaknya dan dalam pertemuan dengan wartawan akhbar ini, Amir berkata
 dia bertindak sedemikian selepas hilang pertimbangan dan buntu 
berikutan masalah kesihatan dialaminya, selain tertekan dengan masalah 
kewangan berikutan pendapatannya sebagai pegawai pemasaran yang tidak 
seberapa.
Sehari kemudian, Harian 
Metro berjaya mempertemukan dua beranak itu di Pusat Sehenti JKM Sungai 
Buloh hasil kerjasama pengarah JKMWPKL, Noormah Abdul Rauf.
Sementara
 itu, Jamhuri berkata, dia terpanggil untuk mengambil Amir bekerja di 
kilangnya kerana mahu pemuda itu mengubah kehidupannya kepada yang lebih
 baik dan tidak mengabaikan ibunya.
Menurutnya,
 selepas membaca laporan Harian Metro minggu lalu dia menghubungi JKM 
untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Amir dan ibunya sebelum 
dihubungi wartawan bagi mengaturkan pertemuan.
“Saya berharap dengan peluang yang ada ini, Amir akan dapat mengubah tahap hidupnya selain menjaga ibu seperti dihajatinya,” katanya.
Harian Metro





No comments:
Post a Comment