Wednesday, February 23, 2011

GEMPA BUMI DI CHRISTCHURCH














 Christchurch Bergoncang
Gempa bumi Christchurch 2011 merupakan gempa bumi dengan keluatan 6.3 skala richter yang menggoncang wilayah Canterbury, Pulau Selatan, New Zealand pada 22 Februari 2011, jam 12.51 tengah hari (7.51 pagi waktu Malaysia). Pusat gempa terletak berhampiran Lyttleton, pada kedalaman 5 kilometer. Bandar utama yang rosak teruk ialah Christchurch yang terletak di tepi pantai. Bandar ini merupakan bandar kedua terbesar di New Zealand. Sebelum ini gempa bumi telah berlaku di sini pada 4 September 2010.

Perdana Menteri John Key menggelar 22 Februari sebagai "hari yang paling malang di New Zealand". Kerajaan New Zealand telah mengisytiharkan darurat buat kali pertama di New Zealand, dalam malapetaka paling dahsyat di negara itu dalam tempoh 80 tahun.[4] Datuk Bandar Christchurch menggambarkan bandar raya yang mempunyai hampir 400,000 penduduk ini sebagai zon perang. Pada 1931, 256 maut ketika gempa bumi di bandar Napier, North Island.
 
Gegaran kecil turut dirasai di Kolej Universiti MAHSA , Damansara, di tengah-tengah Kuala Lumpur.[5] Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail menyatakan gegaran berlaku pada 12.45 tengah hari.

No comments:

Post a Comment