Sunday, February 6, 2011

BERTUNANG DALAM ISLAM





Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ “Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]

Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda juga pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].

Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi :-

إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل
“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].

Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi.

KESIMPULAN:Bertunang adalah majlis pertunangan yang biasa diadakan oleh masyarakat Melayu; dimana berlakunya perhantaran cincin tunang dsb. Dari segi syara’, bertunang adalah “seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya”. Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara’, memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin.


والله اعلم

No comments:

Post a Comment