''TARIKAN WANITA'
4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka Di akhirat, wanita akan
menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini
bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki
memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan
As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab
yang dipikul..
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak
memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak
cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan
ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak
memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki
yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim
seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut
ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya
sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu
abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan
adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah
tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelaki
Apabila seorang
anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari
Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya,
maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya
tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya
begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak
harus memainkan peranan masing-masing. Firman Allah SWT:- “Hai
orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar,
yang keras, yang tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6) Harga seseorang muslim adalah
sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,
semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk
syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan
peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita...wallahua'lam
No comments:
Post a Comment