Monday, December 6, 2010

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH 1432


 

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432.

Assalamualaikum.

Masuk saja waktu Maghrib hari ini, maka masuklah kita ke tahun Hijrah yang baru, iaitu 1432H. 1 Muharram juga turut dikenali sebagai Awal Muharram, iaitu hari Nabi Muhammad SAW dan umat Islam berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah.

Jadi marilah kita sama-sama berhijrah untuk menguatkan ummah dengan melakukan amal-amal dan perkara fardhu seperti solat dan puasa. Dari perkara yang kecil, kita akan berubah untuk perkara yang besar. Begitulah cara yang sepatutnya.

Antara amalan yang disunatkan pada Muharram adalah:

Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


 info [Al Azim]

No comments:

Post a Comment