Friday, December 31, 2010

GOODBYE 2010 AND WELCOME 2011

SELAMAT TINGGAL 2010




Tinggal beberapa minit saja lagi tahun 2011 akan menjelma. Banyak kenangan yang ditinggalkan pada tahun 2010 ini. Ada yg manis dan ada yg pahit. Kedua-dua pengalaman hidup tersebut dijadikan sebagai panduan untuk mengharungi liku-liku hidup yg mendatang.

Azam di tahun  2010 yang belum tertunai atau masih sekerat jalan akan disambung atau diperbaiki pada tahun 2011. Azam baru 2011 telah dirangka bagi mencapai kearah matlamat hidup yang impi-impikan.

Dalam tahun 2010 juga aku menemui 3 orang lelaki yang membawa makna dalam hidup ku. Mereka adalah sahabat yang aku rasa benar-benar memahami diriku dan demikian juga aku....aku boleh memahami mereka satu persatu.....mereka berbeza tapi menghadapi situasi yang hampir-hampir sama......Hahahaha….peliknya…..tapi aku akan ceritakan mengenai mereka satu persatu di tahun 2011 nanti.

Semoga 2011 akan memberi suntikan semangat baru dan sentiasa mendapat keredhaanNya.Selamat tinggal 2010……. Dan selamat datang 2011.

SELAMAT TINGGAL 2010

HAPPY NEW YEAR

Siksaan Kubur dan Alam Kubur

SELAMAT TINGGAL 2010

SELAMAT TINGGAL 2010

SABAR DAN MENGELUH




Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan tiada seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menemui ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap turunnya musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi, "Tidak ada balasan bagi hamba~Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda : "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Sekian, moga ada manfaatnya.


 
Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Bukhari)
 
 
Thanx:EnAbd Razak blog Perjalanan Yang Singkat

ZIKIR




Assalamualaikum...

Kejujuran itu kekasih Allah. Berterus-terang itu merupakan sabun pencuci hati. Pengalaman itu bukti. Dan seorang pemandu jalan tak akan membohongi rombongannya. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih agung pahalanya, selain berzikir kepada Allah. "Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat-KU)” (QS. Al-Baqarah: 152)

Berzikir kepada Allah adalah syurga Allah di bumiNya. Maka siapa yang tak pernah memasukinya, ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan goncangan. Dan zikir merupakan jalan pintas paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagian hakiki. Untuk melihat faedah dan manfaat zikir, cuba perhatikan kembali beberapa pesan wahyu Ilahi. Dan cubalah mengamalkannya pada hari-hari kita, nescaya kita akan mendapatkan kesembuhan.

Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kegalauan, kecemasan dan kesedihan akan hilang. Bahkan dengan berzikir kepadaNya segunung tumpukan beban kehidupan dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya.

Tidak hairanlah bila orang-orang yang selalu mengingat Allah senantiasa bahagia dan tenteram hidupnya. Itulah yang memang seharusnya terjadi. Adapun yang sangat menghairankan adalah bagaimana orang-orang yang lalai dari berzikir kepada Allah itu justeru menyembah berhala-berhala dunia. Padahal, "(Berhala-berhala) itu mati tidak hidup dan berhala-berhala itu tidak mengetahui bilakah penyembah-penyembahnya akan dibangkitkan." (QS. An-Nahl: 21)

Wahai orang yang mengeluh kerana sukar untuk tidur, yang menangis kerana sakit, yang bersedih kerana sebuah tragedi, dan yang berduka kerana suatu musibah, sebutlah namaNya yang kudus! Betapapun, "Tuhan (yang menguasai) langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya, maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadat kepada-Nya. Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)?" (QS. Maryam: 65)

Semakin banyak kita mengingat Allah, fikiran kita akan semakin terbuka, hati kita semakin tenteram, jiwa kita semakin bahagia dan nurani kita semakin damai sentiasa. Itu kerana dalam mengingat Allah terkandung nilai-nilai ketakwaan kepadaNya, keyakinan penuh kepadaNya, bergantung diri hanya kepadaNya, kepasrahan kepadaNya, berbaik sangka kepadaNya, dan pengharapan kebahagiaan dariNya.

Dia senantiasa dekat ketika si hamba berdoa kepadaNya, senantiasa mendengar ketika diminta, dan senantiasa mengabulkan jika dimohon. Rendahkan dan tundukkan diri kita ke hadapanNya, lalu sebutlah secara berulang-ulang namaNya yang indah dan penuh berkah itu dengan lidah kita sebagai pemurnian dari ketauhidan, pujian, doa, permohonan dan permintaan ampunan kita kepadaNya.


Dengan begitu, nescaya berkat kekuatan dan pertolongan dariNya kita akan mendapatkan kebahagiaan, ketenteraman, ketenangan, cahaya penerang dan kegembiraan. ”Dan Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat.” (QS. Ali ’Imran: 148)

Sekian buat kali ini jumpa lagi...



Thanx: EnAbd Razak-blog PERJALANAN YANG SINGKAT

JUMAAT YANG INDAH



Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa untuk menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu hujan mula turun dan menjadi amat dingin. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia.”

Ayahnya terkejut dan berkata, “Bersedia untuk apa?”



“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”


“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat.”


“Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun.”


Ayahnya menambah, “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini.”


Dengan merintih anaknya merayu, “Benarkan saya pergi ayah?”


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”


“Terima kasih Ayah.” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampirinya. Apabila sampai sahaja di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan lima puluhan. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah.” Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu,” dalam nada yang lembut.


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum mengakhiri dia bertanya, "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu.”


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini.” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi.”


“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu.” “Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat.” “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.” Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.


“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi.”


“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan hidayah yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka.”


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.



Wallahu'alam...Terima kasih sahabat untuk article ini. 
 
Anugerah dari Cikgu Amy Sensei..terima kasih kitak!




Thanx:EnAbd Razak dari blog Perjalanan Yang Singkat


 



PENYEJUK JIWA


 
 
Jika engkau membenci atau mencintai seseorang dalam hatimu,
maka ukurlah amal perbuatannya dengan Al-Quran dan Sunnah.
Bilamana, amalnya dibenci di dalam keduanya,
 maka bencilah kepadanya,
namun jika diredhai oleh keduanya,
maka cintailah dia.....
supaya engkau tidak mencintai
atau membenci kerana hawa nafsumu.

Wednesday, December 29, 2010

Tuesday, December 21, 2010

SOMEONE WHO CARES



There will always be someone who cares for you,
even without you noticing.

SPOKEN SILENCE



Silence is an absence.
           Silence is profound.
                      Silence is a conversation.

Being had without sound
         Silence is an expression
                    One that cannot be heard
Silence cannot be spoken
            Although it is a word
                          Silence is a presence
Of great nothingness
     Silence can be something
                And yet cease to exist
Silence can fill a room
           And have no mass at all
                 Silence cannot be dropped, yet it can fall
Silence is a mystery
           That will forever go unsolved
                   Silence is how every sound can swiftly be dissolved
Silence is the sound of rest
           The only sound that can sound best
                  While other sounds can cause great pain
Silence is not the sound to blame
               For Silence is what silence is.

Thanx:Hamid

Thursday, December 16, 2010

10 MUHARRAM

KELEBIHAN 10 MUHARRAM

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura' yakni pada HARI KHAMIS 16 DISEMBER, 2010 . Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN PUASA ASYURA'

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda :

" Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?".

Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI


Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun...

Wallahu A'lam...

" Ballighu anni walau ayah ", maksudnya: sampaikanlah kepadaku walau satu ayat...(sayyidina Ali r.a). Sebarkan.

Tuesday, December 7, 2010

MUHARRAM

Islamic New Year

Islam has a lunar based calendar with 354 days. The New Year date also changes every year as the Islamic Calendar is 11 days shorter than the solar calendar. Maal Hijra or Islamic New Year is celebrated on the first day of Muharram (first Islamic month). The word Muharram also means respect. It is more of a cultural event than a New Year celebration. People welcome the New Year with peace and prayers.

Islamic New Year's Day
New Year celebrated by Muslims is not a gala affair rather it's a quite and sober celebration. People gather in mosques and dargahs to offer special prayers. Muslims celebrate this day to pay homage to Prophet Muhammad. The most important part is to tell the hijra (Muhammad's flight from Medina to Mecca). This story is also broadcast on radio. Maal Hijra or the Islamic New Year is spent on reflecting how one's leading his or her life and their own mortality.

The most recent trend of exchanging New Year cards and gifts have been witnessed in many Muslim communities. However, Shia Muslims do not take part in New Year activities. They commemorate the Battle of Karbala and observe it as a month of mourning. This commemoration ends on the tenth day of Muharram called Ashurah. Similarly, Sunni Muslims do not take part in the New Year traditions as on this day first Caliph Abu Bakr died.

Remembrance of Muharram
Remembrance of Muharram has become an important day for the Shias. People enact the scenes of the Battle of Karbala in mosques. At some places, people clad in black dresses. They recite sorrowful poems in the memory of the martyrdom of Imran Hussain. Many males beat their chests or walk barefoot over the burning coal to remember the sufferings of Hussain. Loud cries of congregation can be heard which reflects their inability to save Hussain from the torture and brutalities.

Later, food and other things of survival are distributed to the poor. The first nine days of Muharram are spent in making an exact copy of martyr's tomb with bamboo and paper. On the tenth day, Ashura, processions are carried out through the streets with the beautifully embellished tombs (also called taziyas). A horse leads the procession relating to Hussain's horse, Dul Dul.

Monday, December 6, 2010

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH 1432


 

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432.

Assalamualaikum.

Masuk saja waktu Maghrib hari ini, maka masuklah kita ke tahun Hijrah yang baru, iaitu 1432H. 1 Muharram juga turut dikenali sebagai Awal Muharram, iaitu hari Nabi Muhammad SAW dan umat Islam berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah.

Jadi marilah kita sama-sama berhijrah untuk menguatkan ummah dengan melakukan amal-amal dan perkara fardhu seperti solat dan puasa. Dari perkara yang kecil, kita akan berubah untuk perkara yang besar. Begitulah cara yang sepatutnya.

Antara amalan yang disunatkan pada Muharram adalah:

Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


 info [Al Azim]