Wednesday, August 8, 2012

ACAR RAMPAI

Gambar hiasan adalah ihsan dari: http://cutemamadelicacies.blogspot.com


As' salamualaikum. Alhamdulillah....hari ini sudah masuk hari yang ke 18 kita berpuasa. Mudah-mudahan kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan badan yang sihat dan semuanya dipermudahkan. Amin.

Hari ini awal pagi lagi rakan sekerja saya Muhammad Zaidi sms saya pasal resepi acar rampai. Sebenarnya saya bukanlah pandai memasak acar rampai ni. Biasanya saya cuma makan saja sebab yang membuatnya ialah kakak saya. Jadi.....pagi-pagi lagi saya dah ganggu kakak saya semasa dia sedang menyidai kain. Haaaa.....inilah dia resepi yang saya dapat dari beliau.

ACAR RAMPAI

Bahan-Bahannya:

1.         3 biji timun
2.         1 biji lobak merah                      
3.         1 biji bawang besar                   
4.         4 biji lada besar
5.         1 ½ inci halia (jika suka)
            ( Cuci dan pastikan bahan-bahan diatas betul-betul dikeringkan)

6.         Serbuk kari 2 sudu besar
7.         Cuka ½ gelas
8.         Gula ½ gelas
9.         garam secukup rasa
10.       Minyak masak (untuk menumis)
11.       Segenggam kacang tanah yang telah digoreng kemudian diblend)
12.       1 sudu besar bijan

Cara-Caranya:

1*        Timun dipotong sepanjang 1 ½ ”. Ambil isi dan buang empulurnya dan potong memanjang.
            Lobak dipotong sepanjang 1 ½” dan kemudian potong memanjang
            Bawang besar belah enam.
            Lada besar belah 2 atau 4 (jika lada bersaiz besar)
            Halia potong memanjang.

2.         Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan lada besar hingga sedikit layu. Kemudian masukkan cuka dan serbuk kari dan gaul sebentar dan pastikan jangan sampai kering.

3.         Masukkan timun, lobak dan halia dan gaul lagi hinga sebati.

4.         Masukkan gula dan garam dan gaul. Biarkan sehingga sayuran yang ditumis tadi mengeluarkan sedikit air. Kemudian masukkan kacang tanah dan gaulkan sebentar kemudian tutupkan api.

Nota: * Bahan-bahan ini perlu dikeringkan sekurang-kurangnya  1 hari atau sehingga betul-betul kering. Kalau cuaca panas, keringkan sebentar di bawah matahari terik (untuk kuantiti yang banyak) Ini untuk mengelakkan bahan-bahan ini betul-betul kering. Bahan-bahan yang basah (tidak kering dengan sempurna) akan menyebabkan acar yang sudah masak mengeluarkan air dan bahan-bahan jadi lembik dan tidak ranggup. Semasa memasak pastikan tiada air dimasukkan dalam tumisan.

Hehehehehe....kira-kiranya acar rampai ni pantang kena air semasa dimasak. Kalau semasa menumis dirasakan tumisan sedikit kering, tambah sedikit cuka lagi.

SELAMAT MENCUBA!


                          Potong timun, lobak merah dan bawang memanjang seperti dalam gambar




No comments:

Post a Comment