Thursday, December 19, 2013

Solat Sunat Dhuha



Sumber: http://lanunsepet.blogspot.com/2011/06/cara-solat-sunat-dhuha-yang-ringkas.html


Salam..

Lanun nak kongsikan kaifiat 1 solat yang mudah tapi cukup baik dan cantik untuk kita amalkan. Ia merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkan nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.

Jadi Lanun akan straight foward pada perkongsian kita kali nih, Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat. Jangan target tinggi tau, buat yang 2 rakaat tapi istiqamah, sebab itu yang lebih baik. Allah lebih suka amalan yang sedikit tetapi istiqamah dari yang dahsyat tapi kadang kadang n jarang jarang.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
++ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha : KLIK SINI
++ Nak mudah hafal doa? guna cara berlagu UNIC Doa Dhuha

Semua ini Lanun compile dari sumber berikut :
Permai 1.tripod.com, Nursyirah.wordpress.com, Mohamadazhan.com

Nota PENTING Lanunsepet :
Lanun terbuka untuk teguran, dan pembetulan. Apa kurang itu adalah dari kelemahan Lanun sendiri. Yang paling afdhal dan baik adalah dilakukan dengan tertib dan khusyuk dan bukan nak mudah dan cepat habis solat saja. Tujuan Lanun menggunakan perkataan "MUDAH" n "RINGKAS" adalah untuk mengajak semua supaya sedar bahawa Solat Jenazah adalah mudah dan semua boleh buat. Bukan memandai mandai memudahkan sesuatu hukum. Sekian :-) Tegurlah Lanun.

No comments:

Post a Comment