MAJLIS BERBUKA PUASA DI PEJABAT
Isnin - Persiapan untuk majlis berbuka puasa kat pejabat awal2 dah di siapkan. Ini adalah kali pertama aku berbuka puasa kat pejabat ni setelah hampir 4 tahun aku ditukarkan ke sini. Teringat waktu aku masih di pejabat-pejabat yang lama. Majlis berbuka puasa di pejabat menjadi satu kemestian. Di awal Ramadhan lagi dah dibincangkan majlis ini bila nak diadakan. Memang seronok bila berbuka puasa ngan kawan-kawan tapi yang tak seronoknya tu tak adalah pula sembahyang berjemaah baik waktu Maghrib atau pun Isya. Selesai je makan ada yang langsung angkat kaki, pulang.
Juadah berbuka puasa pula memang banyak....tak larat nak habiskan. Biasalah....bila membeli masa perut kosong, rasanya semua nak diborong masa di Bazar Ramadhan. Bila dah berbuka dengan sebiji buah tamar dan minum air sirap segelas.....alahai perut terasa penuh tapi nafsu melihat makanan yang lazat-lazat terhidang tak dapat dikawal. Ambil sedikit mee hoon goreng dengan kari ayam dan tambah lagi dengan acar rampai. Masa tengah makan aku terpandang pula sate kat pinggan kawan yang duduk di sebelah. Hemmmmm.....aku minta sate dia secucuk dan makan lagi......sampai tak larat! Teringat aku bila berbuka kat rumah....bila dah time macam ni aku dah berhenti dan naik ke atas untuk sembahyang Maghrib.
No comments:
Post a Comment