10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
(Oleh Jasni Bin Yusoff pada 21 Ramadhan 1429H)
Di dalam risalah tentang I’tikaf pada bulan Ramadhan, ada disebut tentang kesungguhan Rasulullah S.A.W
beribadat dan beri’tikaf di masjit pada 10 hari terakhir di dalam bulan Ramadhan. Sedangkan keadaan
sebegini tidak pernah dilakukan baginda pada bulan yang lain. Di antara tujuannya ialah untuk mendapat
peluang beribadah di malam Al’Qadr yang berlaku pada 10 malam terakhir Ramadhan.
Di dalam sahih Bukhari dan Sahih Muslim dari Aisyah r.a.:
Maksudnya: Adalah Nabi S.A.W apabila masuknya sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan
Baginda menghidupkan waktu malam dengan beribadat, membangunkan ahli keluarganya (untuk
turut beribadat) dan menguatkan ikatan kainnya.
Riwayat Bukhari (1920) Muslim (1174)
Maksud kuatkan ikatan kain ialah bersedia dengan sepenuh kesungguhan. Atau ianya membawa
maksud mengasingkan diri dari isteri. Manakala maksud menghidupkan malam hari ialah menjadi
sebahagian besar malam dengan beraneka bentuk ibadat seperti solat, tilawah Qur’an dan zikir Aisyah r.a.
ada memberitahu bahawa Rasulullah S.aW hanya membaca Qur’an semuanya sekali, menghidupkan malam
hari dengan ibadat dan berpuasa penuh sebulan pada bulan Ramadhan sahaja. Sunan Nasa’i (1641).
“Membangunkan ahli keluarga” membawa maksud Rasulullah S.A.W mengerakkan isteri-isterinya
untuk sama qiamullai. Di bulan yang lain selain Ramadhan, Rasulullah S.A.W juga mengerakkan isteriisterinya
cuma untuk separuh atau sedikit daripada waktu malam. Kalaulah begini contoh yang telah
ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita, makan alangkah ruginya mana-mana pasangan suami isteri
yang tidak ikut bersama menghidupkan malam hari dengan beribadah kepada Allah. Apatah lagi apabila kita
berada di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W ada bersabda melalui hadith
riwayat Abi Hurairah r.a.:
Maksudnya: Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam, dia sembahyang dan
mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan (tidak mahu bangun) dia merenjis air dimuka
isterinya.
Allah juga merahmati seorang isteri yang bangun di waktu malam, dia sembahyang dan
mengejutkan suaminya. Seandainya seuaminya enggan (tidak mahu bangun) dia merenjiskan air di
muka suaminya.
Riwayat Abu Daud ( )
Di dalam sahih Bukhari ada di sebut bahawa satu malam (pada bulan Ramadhan) Rasulullah S.A.W
terjaga dari tidur dan berkata: ‘Maha Suci Allah Apa yang telah turun malam ini dari fitnah (ujian)! Apa
yang telah turun dari segala khazanah! Siapakah yang akan mengejutkan orang-orang yang masih di dalam
bilik (isteri-isterinya yang masih tidur)! Wahai berapa ramai yang berpakaian di dunia sedangkan dia
bertelanjang di akhirat” Riwayat Bukhari (1074).
No comments:
Post a Comment