Saturday, January 21, 2012

CINTA SONGSANG SEMAKIN SONGSANG



Artikel di bawah telah saya tulis lebih setahun yang lalu.
Hampir ada sahaja di dalam inbox saya, email yang dihantar oleh pembaca, meminta bantuan daripada saya untuk menangani masalah CINTA SONGSANG, sama ada oleh tuan empunya diri, atau teman kenalannya. Tinggi rasa khuatir, namun rugi jika saya mengulang nasihat untuk masalah yang sama. Justeru saya hadirkan kembali artikel ini ke muka hadapan Saifulislam.Com untuk beberapa hari mendatang, bagi renungan dan manfaat kita bersama. Wallahu al-Musta’aan…

Dalam setahun kebelakangan ini, saya menerima permintaan daripada beberapa orang remaja yang memohon pertolongan. Ada yang bersemuka, ada juga secara maya. Permintaan ini datang dari suara insan yang jauh terbuang di dalam lubang yang dalam, memanggil saya untuk menolong mereka keluar, dari dunia gelap cinta seorang lelaki terhadap seorang lelaki, cinta songsang yang menyeksa si empunya diri.

hand_s.jpg

Ini bukan kisah golongan pondan, bukan golongan yang bergaul bebas dan hidup bergelumang dosa. Mereka adalah remaja yang baik, pada akhlak dan ibadah… namun dibelenggu dosa perasaan yang tersembunyi.

Bagi remaja yang telah kalah dengan perasaan itu, dan terjebak dengan perbuatan keji di sisi agama, saya tidak dapat berkata apa-apa… hanya kepada Allah jua saya pohonkan agar mereka ini bertemu cahaya di hujung jalan songsang yang mereka susuri itu. Namun yang ingin saya bincangkan di sini, adalah remaja yang baik, yang bersih, tetapi terperangkap dalam dunia yang cukup misteri ini… sebagai mangsa keadaan.
Mengapa saya katakan demikian? Hasil perkongsian cerita… boleh dikatakan setiap seorang dari lelaki pencinta lelaki ini, pernah menempuh pengalaman hidup yang hitam.

LATAR BELAKANG YANG MENJADI BEBAN HIDUP

Ada di antara mereka menjadi mangsa kecenderungan ibu bapa, yang menginginkan anak perempuan sehingga beliau dilayan seperti imaginasi si ibu dan bapa, lantas naluri yang dibentuk menjadi songsang, atas kesilapan ibu bapa. Mereka yang dari kumpulan ini, lazimnya turut berpewatakan lembut kesan persekitaran yang disentuh ke atas mereka.

Manakala sebahagian yang lain pula, pernah menjadi mangsa kepada perlakuan songsang pada usia awal remaja, dicemar oleh nafsu rakus mana-mana lelaki yang ada di sekeliling mereka… hingga akhirnya kanak-kanak ini membesar dengan membawa catatan hitam itu kepada sebuah dunia keremajaan dan kedewasaan yang mengelirukan.

Beberapa individu yang saya temui dari kumpulan kedua ini, mempunyai penampilan yang sempurna sebagai seorang lelaki, namun mereka menanggung kejanggalan naluri sebagai rahsia yang memakan diri.
Sukar untuk saya membantu, kerana kecelaruan ini bukan kecelaruan ilmu. Ia juga bukan kecelaruan emosi, tetapi kecelaruan identiti. Identiti adalah suatu rangkuman dimensi dalaman manusia yang terbentuk hasil dari pelbagai aspek kehidupan. Mengungkaikannya memerlukan kekuatan semangat dan kembali berbaik sangka kepada Allah terhadap potensi diri untuk pulih… dari satu peringkat ke satu peringkat.
keliru.jpg
Mungkin ada yang secara spontan menghukum golongan ini, namun saya sebagai seorang pendakwah tidak mampu untuk berbuat demikian. Membantu, sentiasa lebih utama untuk difikirkan. Siapalah saya untuk menilai dan menghukum, kerana penilaian saya juga akan dinilai oleh Maha Penilai di sana, dan Maha Menghukum atas keculasan saya tidak membantu sesama saudara.

Apatah lagi, mereka yang saya temui ini mempunyai syakhsiah yang baik. Mereka adalah remaja yang taat kepada Allah pada ibadah dan akhlak, tetapi mereka terseksa kerana menanggung ‘dosa perasaan’ lantaran kecenderungan diri yang ganjil itu. Malah saya hargai kepercayaan yang mereka berikan apabila tampil meminta pertolongan dari saya, walaupun tidak banyak yang dapat saya lakukan, selain sokongan nasihat dan keyakinan diri.

Menghadapi golongan ini, tidak boleh disamakan dengan pendekatan kita terhadap isu homoseksualiti. Nyatanya, kebanyakan artikel yang saya temui, mengecam homoseksualiti dengan sokongan keterangan al-Quran dan al-Hadith. Saya yakin, remaja yang datang bertemu dengan saya amat sedar akan hal ini. Kerana itulah mereka tidak berzina sejenis, mereka tidak bergaul bebas. Mereka datang meminta bantuan atas rasa bersalah yang tinggi terhadap naluri yang menyalahi iman itu. Maka mereka memerlukan nasihat, panduan dan sokongan. Bukan kecaman.

Kerana itu, saya lebih simpati, berbanding marah atau terkilan, kerana mereka tetap berada di dalam status mangsa, selagi mana perasaan itu tidak dimaterialisasikan pada maksiat fizikal zina, liwat dan yang seumpama dengannya.

Saya cuba menyelami masalah mereka, dan nyatanya mereka adalah golongan yang sangat kesunyian dan sepi. Mereka hidup dalam kesunyian, bukan kerana kosong dari kehidupan berkawan dan berakan taulan. Sunyi itu datang kerana mereka sering memikul diri lari jauh dari semua orang di sekitar mereka, bersama rahsia yang terlalu berat untuk jatuh ke pengetahuan manusia. Mereka ini adalah manusia yang bersembunyi di tengah ramai.

SEKADAR NASIHAT
Nasihat pertama saya kepada remaja seperti ini, adalah untuk terus bertahan dari mendekati liwat dan cabang-cabangnya. Sebagaimana lelaki mukmin perlu menjauhkan dirinya dari zina, maka lelaki dari kumpulan ini juga mesti menjauhkan diri mereka dari zina sejenis, kerana kedua-duanya adalah kekalahan seorang manusia kepada hawa nafsunya yang mengundang penyesalan tanpa hujung. Allah tidak menghukum kalian atas perasaan itu, tetapi hukuman dan kemurkaan bakal menimpa kalian yang merealisasikannya pada perbuatan.
Kuatkan iman, teguhkan pendirian.
Namun saya berpandangan, perjuangan mempertahankan diri dari zina sejenis ini, jauh lebih sukar, kerana golongan ini sentiasa tinggal bersama golongan yang menjadi kecenderungan nafsunya. Jika lelaki normal’ boleh menghindarkan dirinya dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, golongan ini pula harus teguh berganda…

CEBURKAN DIRI PADA AMAL ISLAM
Tempuhilah usia akhir belasan tahun, dan 20an itu sebagai usia mujahadah menentang gelodak hormon dan ketidak seimbangan emosi yang rumit. Berikan diri kepada aktiviti-aktiviti, khususnya kerja Islam, dan sambutlah kesukaran-kesukaran yang muncul sebagai cara Allah mengekalkan kita dalam kebaikan.

“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan” (Al-Bukhari dan Muslim)
Kesusahan hidup di jalan dakwah, akan menyulitkan nafsu bangun menjajah keputusan diri. Bukan saya bermaksud agar mereka ini perlu sengaja mencari kesusahan diri, tetapi jalan dakwah dan kesibukan akan menghindarkan setiap remaja lelaki yang normal dan ‘tidak normal’ ini dari dosa fahsya’ seperti zina dan yang seumpama dengannya. Sibukkan diri. Jangan iyakan perasaan itu.
rukudulmaa.JPG
Rukood al-maa’ yufsiduhu, firaagh asy-syaab yaqtuluhu
“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” – Pepatah Arab
Berikan peluang kepada diri untuk melepasi usia 20an itu, sehingga keredaan naluri muncul seiring dengan pertambahan usia.
“Ustaz, apakah saya ada peluang untuk menyintai wanita, berkahwin, mempunyai anak, seperti manusia yang lain?” soalan yang sering diajukan kepada saya.




demimasa.jpg

“Berilah peluang kepada masa untuk merawat kesakitan jiwa itu, dengan syarat kamu tetapkan diri pada menjauhkan diri dari maksiat. Tunggulah hingga reda gelodak nafsu itu pada usia remaja seperti ini, dan nanti, kita berbuallah tentang liku-liku mencari jalan pada sebuah perkahwinan, yang diinginkan tanpa keinginan itu…, itu sahaja batas upaya saya berkongsi pandangan.

Bagi ibu bapa, dan pihak penaja yang menghantar pelajar ke luar negara, ketahuilah bahawa kebebasan undang-undang dan persepsi persekitaran terhadap homoseksualiti ini telah dan sedang begitu rakus mengorbankan banyak anak muda kita. Sukar untuk saya ungkapkan dengan perkataan, kerana jika dicadangkan AGAMA sebagai benteng penyelesaian, ramai yang sinis kerana mabuk POLITIK hingga takut kepada SIASAH, lantas terlupa kepada fungsi besar AGAMA, bahtera penyelamat buat manusia.
Semoga Allah memelihara kita semua, dan adik-adik remaja ini dari fitnah dunia akhir zaman yang sungguh kejam terhadap mana-mana insan yang mahu hidup dengan bara Islam yang digenggam.
Tabahkan hati…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

SHEIKH MISHARY RASHED ALAFASY




Mula-mula saya mendengar bacaan al-quran yang di baca oleh  Sheikh Mishary Rashed Alafasy  ini ialah bacaan Surah Al-Mulk. yang aya temui di youtube. Sungguh merdu alunan suara beliau menbaca ayat-ayat al-quran terutama Suraj al-Lail dan mula saat itu saya kerap mencari di youtube dan dari mana-mana sumber/blog di internet. Alhamdulillah....banyak blog yang sudi berkongsi bacaan-bacaan 30 juz al-quran bacaan Sheikh Mishary ini.

Mengenai Sheikh Mishary Rashed Alfasy:

Sheikh Fahd bin Rashid Al-Afasy, yang dilahirkan di Kuwait pada tahun 1976, warganegara Kuwait dan qari yang terkenal di duniaBeliau adalah imam Masjid Al-Kabir (Grand Mosque (Kuwait)) di Kuwait City dan mengetuai solat Taraweeh pada bulan Ramadansetiap tahun. Beliau menuntut di Kolej al-Quran dan Pengajian Islam di Universiti Islam Madinah dan mahir khusus dalam sepuluh stail bacaan dan terjemahan Al-Quran. Selain itu, beliau telah disahkan oleh beberapa ulama besar Al-Quran. Beliau membuat penampilan kerap di televisyen dan bacaan sepenuh hati al-Quran yang dinikmati oleh umat Islam di seluruh dunia. Banyak bacaan beliau juga boleh didapati di YouTube atau Mukmin TV.Beliau telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan dan beliau juga dikenali dengan nama samaran Abu Norah.

Terdapat 2 saluran Ruang untuk Sheikh Mishary, yang pertama adalah TV Alafasy dan baru-baru ini Alafasy Q. sheikh Mishary juga seorang penyanyi nasheed, dia mempunyai dua album: Tala al Badr, danmeen.samples INTA boleh didapati di laman web officiale alafsy.

Alunan bacaan 30 juz al-quraan boleh anda dapati dengan mengklik pautan dibawah ini:

http://www.whiteymommy.com/2011/11/kongsi-bacaan-al-quran-30-juzuk-oleh.html?showComment=1327123984572#c6635043133142556962

http://surahalquran.blogspot.com/2010/12/bacaan-al-quran-30-juzuk-oleh-sheikh.html

Dengarlah alunan suara beliaumelalui video klip dibawah ini  membacakan surah al-Lail dengan begitu merdua sekali.

ADAKAH SUAMI MENANGGUNG DOSA ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA?



Soalan yang dikemukakan ialah :

Apabila seorang lelaki menjadi suami, dosa-dosa isteri, anak-anak perempuan belum kahwin, dan anak lelaki yang belum baligh.. si suami yang menanggung..betul ke uztaz? Adakah dosa-dosa perempuan sebelum dia berkahwin, suami dia yang tanggung selepas bernikah..? Setiap sentuhan diantara si suami dan si isteri mendapat pahala dan gugur nya dosa-dosa kecil apabila suami dan isteri berpegangan tangan?

Jawapan :

Suami merupakan ketua rumahtangga, dan suami bertanggungjawab untuk memberikan segala nafkah kepada isterinya. Di antara tanggungjawab yang penting ialah memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anaknya supaya tidak berlaku perkara-perkara yang dilarang oleh Islam di dalam rumahtangganya.
Segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam. Firman Allah yang bermaksud :


Katakanlah: “(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Jangan jadi suami yang dayus, kerana suami dayus adalah suami yang menghalalkan atau tidak berani menegur isterinya melakukan dosa. Suami dayus tidak layak masuk syurga, kerana beliau tidak mencegah isteri dan anak-anaknya melakukan kemungkaran, segala amalan suami tersebut ditolak oleh Allah dan dihumbankan ke dalam neraka Allah disebabkan ia adalah suami yang tidak menunaikan amanah dan tanggungjawabnya. Firman Allah yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka”.

Anak-anak yang belum baliqh, tidak ditetapkan lagi dosa dan pahalanya, kerana mereka tidak dikira orang yang mukallaf lagi, segala kejahatan dan dosa ditanggung oleh ayahnya sendiri, kerana ayahnya merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Apabila anak tersebut telah baliqh, maka segala dosa akan ditanggung oleh mereka sendiri, kerana segala peraturan syariat telah ditetapkan atas diri mereka di sebabkan telah baliqh.
Benar bagi suami isteri yang berpegangan tangan atau bersalaman antara satu sama lain, maka dosa kecil mereka akan keluar melalui celah-celah jari mereka. Islam mengajar umatnya yang telah berkahwin saling bersalaman dan berpegangan tangan kerana segala dosa-dosa kecil suami isteri hilang disebabkan perbuatan tersebut.

Sumber Ustaz Nor Amin

Friday, January 20, 2012

PEMBONGKARAN PERISTIWA DAHSYAT DI TAHUN 2012 MENURUT AL-QURAN

Apakah Anda masih dihantui oleh ramalan tentang 2012? Ramalan suku Maya bahAwa 21 Desember 2012 merupakan akhir dari waktu dunia yang di sebutkan sebagai hari kiamat, memang menakutkan manusia.

Pengarah Hollywood, Roland Emmerich, dengan berani menggambarkan apa yang kemungkinan terjadi pada tahun 2012 dalam movie dengan tajuk yang sama, iaitu ‘2012’. Hasilnya sangat luar biasa; cerita itu meletup dan masuk dalam list box office. Tapi tau tak korang kalau ada pengkaji yang meyakini dimana Al Qur’an jugak terdapat ‘penjelasan’ tentang apa yang berkemungkinan berlaku pada tahun 2012 iaitu tahun ini? Sekarang sudah 2012 dah kan...


Ikuti lagi penjelasan di bawah ini....



Ali Adam, kelulusan dari University of Technology, Iraq, dan guru Bahasa Inggeris, Bournemouth University, yang mendedahkan dalam buku bertajuk 'al-Quran pada tahun 2012'. Dengan menggunakan teknik matematik, Adam percaya bahawa kitab suci Islam pun menjelaskan apa yang akan berlaku pada tahun 2012, apabila tiba masanya, dan berapa kali ia akan berlaku.

Buat pengatahuan korang, selama ini para penyelidik telah mengetahui dimana Al Qur’an yang ditulis dalam bahasa Arab memiliki bentuk dan struktur huruf-huruf yang sangat teratur, sehingga kitab yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad Saw ini bukan hanya memiliki keselarasan dan keteraturan dalam makna-makna dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalam setiap ayatnya, tapi juga memiliki keselarasan dan keteraturan dalam jumlah kata dan pengulangan huruf-hurufnya.

Keluarbiasaan Kitabullah ini membuat para ahli numerologi tergoda untuk mengetahui ape sebenarnye di balik keselarasan dan keteraturan tersebut. Setelah melakukan penelitian, seorang dari mereka, yakni ‘Abd ad-Da’im al-Kahil, dalam buku berjudul “Misteri Nombor 7 dalam Mukjizat Matematik Al Qur’an” mengungkap, ayat-ayat, surah-surah, kata-kata, dan huruf-huruf dalam Al Qur’an diatur Allah SWT dengan sistem yang berunsurkan pada Nombor 7. Ini menjelaskan, dan bahkan selaras dengan kenyataan bahwa dalam seminggu ada 7 hari; bumi dan langit terdiri dari 7 lapis; umat Islam yang menunaikan ibadah haji melakukan 7 kali putaran sa’i , 7 putaran thawaf, dan 7 kali melempar jumrah; ada 7 golongan yang dinaungi Allah pada Hari Kiamat; ada 7 larangan Allah bagi manusia; ada 7 sifat perosak; dan sebagainya.

Selama melakukan penyelidikan, Adam membahagikan Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah dan 6.236 ayat, dalam dua bahagian, iaitu surah pembukaan dan surah Pautan. Surah Pembukaan adalah surah al-Fatihah yang oleh Allah SWT pun disebut sebagai Ummul Quran (induk Al-Quran), sedang Surah Pautan adalah surah-surah lain, seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, dan lain-lain. (nak describe camner eh... surah pesanan or surah mesej dari Allah ataupon surah-surah lain)

Surah al-Fatihah, menurut Adam, merupakan petunjuk untuk mengungkap pesan-pesan Allah SWT yang terkandung dalam 113 surah lainnya (Surah pautan). Petunjuk ini terkandung pada ayatnya yang berjumlah 7, kata-katanya yang berjumlah 29, dan huruf-hurufnya yang berjumlah 139 (korang lihat Surah Al Fatihah dan korang tengok). Jumlah ayat, kata dan huruf surah al-Fatihah ini merupakan nombor perdana.



“Jadi kata kunci atau kod untuk menyingkap pesan-pesan dalam Al Qur’an adalah bilangan no perdana,” kata Adam.



Ia lalu mengkaji surah-surah pautan, dan perhatiannya tertumpu pada surah ar-Rahman yang merupakan surah ke-55. Dalam surah ini terdapat ayat yang diulang hingga 31 kali yang bermaksud:



“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”



Ayat-ayat yang diulang tersebut berada pada ayat ke-13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 69, 71, 73, 75, dan 77 (silakan baca surah ar-Rahman). Jika semua angka-angka itu dijumlahkan, maka jumlahnyer adalah 1433 yang jika dikaji dengan teknik primalogi (bahagian dari teknik numerical), maka angka 1433 dapat dijumlahkan menjadi 1+4+3+3 = 11 (nombor perdana).

Adam mengaku, dirinya bingung untuk mentafsir makan nombor 1433 tersebut sebelum akhirnya menyedari bahawa kita sekarang hidup dalam 1432 H (2011 Masihi) dan tahun depan kita akan hidup di 1433 H (2012 Masihi). Keyakinan Adam makin kuat apabila 1433 merujuk pada tahun hijrah, kerana ketika ia memadankan antara jumlah perkataan dalam surah ar-Rahman dengan bilangan hari pada tahun 2012, keduanya sama, iaitu jumlah kata dalam surah ar-Rahman sebanyak 355 perkataan, dan jumlah hari pada 2012 sebanyak 355 hari, bukan 356 hari (cube korang kira kat kelendar 2012).


Tak hanya itu penemuan Adam. Karena ayat “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” diulang sehingga 31 kali, ia percaya pada 2012 akan ada 31 kejadian/peristiwa dahyat yang akan menggoncang kehidupan manusia di bumi, tapi bukan kiamat. Bahkan kerana dalam Al Qur’an ayat yang diulang tersebut terdiri dari empat kata, maka ia juga percaya bahwa setiap kejadian/peristiwa itu akan berlangsung selama empat hari. Subhanallah!

sumber: taotauajer.blogspot.com


http://surahalquran.blogspot.com/2010/12/bacaan-al-quran-30-juzuk-oleh-sheikh.html

Thursday, January 19, 2012

DOSA GUGUR APABILA SUAMI ISTERI BERSALAM



RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan  suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat
suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "


 
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya  dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta  meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Se hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman  dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari 


Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat  anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi  penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang  isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan  mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
==================================================
"Sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

 __

CHINESE NEW YEAR CARNIVAL 2012






 
TAWAU: A Chinese New Year Carnival will be held at the compound of Tawau Municipal Council (TMC) on January 17-20.
The four-day event will feature exhibition, sales, cultural and musical performances.
Organising deputy chairman Tai Yun Wu said the event is expected to be officially launched by Assistant Infrastructure Development Minister Datuk Pang Yuk Ming and closed by Assistant Finance Minister Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.
“We hope all the community here will come to enliven this carnival in line with the 1Malaysia concept,” he said.
He said several main roads near the venue will be closed on the night of January 20.
Meanwhile, the carnival organising chairman Len Fui Fung said the first ever event here is organised in collaboration with the TMC and Sri Tanjung’s People Development Leader Unit (UPKR).
He hoped it will help to foster the 1Malaysia spirit in the multiracial society.

Thursday, January 12, 2012

CARA MENCABUT TULANG IKAN BOLU




Bandeng, ikan satu ini pernah bikin frustrasi juga. Dimana ada bandeng, daku pasti gak mau makan tuh ikan. Alergi sama durinya. Temen sebelah ada yg sampai mengalami peristiwa memalukan, dioperasi gara-gara nelan duri bandeng.. hik.hik.. memalukan. Sejak dulu paling-paling terpaksa memakan kalau udah di presto. Tapi ya itu, rasa bandeng presto berubah drastis dibandingkan bandeng yg langsung digoreng. Menurutku bandeng presto kurang sedap deh.
Akhirnya ada masa jg aku harus menerapkan kesaktianku… hehehe. Ikutan jg ngembangin teknik memasak demi catering. Dari salah satu teknik ada teknik pengolahan bandeng dengan cara menarik durinya (eit.. hati-hati salah ejaan Menarikdurinya bukan meni durinya) . Wah, edan benar, rasa bandeng tanpa duri emang sedap coii.
Cara menghilangkan duri bandeng adalah demikian :
Alat dan Bahan
  1. Lap / serbet dua buah
  2. Penset (seperti alat pencabut bulu kening - yang hujungnya tajam)
  3. Pisau yg tajam
Teknik mencabut duri.
  • Hilangkan dulu sisik bandeng, karena kalau duri udah ilang, malah susah membersihkan sisiknya. Kecuali jika memang bangsa kucing, silahkan digoreng ama sisik.
  • Buat tirisan di punggung bandeng, tp jangan sampai ke dalam nanti malah ada beberapa duri yg terpotong. Cukup disayat punggung dengan arah Sayatan dari Ekor ke kepala.
  • Sayat dikit di ekornya agak ke dalam, mengikuti arah duri. Yang penting duri di ekor udah kelihatan dan bisa dijadikan pegangan.
  • Sekarang Pegang Ekor dan kepalanya. Tarik perlahan-lahan ke arah ekor. Ini Penting… KE ARAH EKOR dengan tarikan kuat dan perlahan-lahan. Kalau kurang kuat, kepala bisa agak ditekuk sehingga berbunyi “KREKKK”.
  • Setelah berbunyi, duri akan dengan sendirinya tercabut “hampir” seluruhnya.
  • Sayatan punggung tadi bisa diteruskan lebih ke dalam hingga bandeng terbelah.
  • Bersihkan kotoran bandeng
  • Gunakan penset untuk menghabisi duri-duri halus yg masih tersisa. Sebenarnya sih kalau digoreng duri-duri tersebut udah akan hancur sendiri, tp emang lebih memanjakan mulut kalau betul-betul bersih. Ada sekitar 16 pasang duri halus yg tersisa.

Kesalahan-Kesalahan Pengolahan Bandeng

  • Menyayat dari perut utk menghilangkan kotoran.  Teknik ini akan sering menyebabkan pecahnya empedu di perut ikan, sehingga daging yg tercemar empedu jadi pahit.
  • Memukul-mukul bandeng terlebih dahulu agar duri lunak. Jika teknik ini dipakai, duri bandeng tidak bisa ditarik lagi. Lagipula makin banyak duri yg patah, makin menyusahkan  penemuannya.. hehehe..
Saat pertama teknik ini kuterapin, dibutuhkan waktu 1/2 jam utk satu ekor bandeng. Namun karena tenaga dalam udah makin tinggi, hanya 10 menit utk waktu sekarang.
Selamat menikmati bandeng tanpa duri…
Nyammi…