Thursday, February 2, 2012
Billy Info: 1 Motor, 9 Orang Pembonceng
Billy Info: 1 Motor, 9 Orang Pembonceng: Gila ekstrim! Adakah ini dinamakan bodoh atau kreatif?
Billy Info: Chinglish : Salah Terjemahan Bahasa Inggeris di Ne...
Billy Info: Chinglish : Salah Terjemahan Bahasa Inggeris di Ne...: Jika anda berjalan-jalan di China, Jepun, Vietnam, malah di Malaysia sekalipun anda akan dapati kebanyakan papan tanda bahasa Inggeris d...
Billy Info: (GAMBAR) Mak Cik Ini Peminat Tegar Warna PINK
Billy Info: (GAMBAR) Mak Cik Ini Peminat Tegar Warna PINK: Kitten Kay Sera suka pink ! Ya, tentunya ramai lagi di luar sana yang sukakan warna merah jambu . Tetapi apa yang membuatkan Kitt...
AMALAN HINDARI PUKAU
Bismillah
Ar-Rahman Ar-Raheem
Qul-a'udhu bi Rabb il-falaq
Min sharri ma khalaq
Wa min sharri ghasiqin 'idha waqab
Wa min sharr-in-naffathati fi-l-'uqad
Wa min sharri hasidin idha hasad
Qul-a'udhu bi Rabb il-falaq
Min sharri ma khalaq
Wa min sharri ghasiqin 'idha waqab
Wa min sharr-in-naffathati fi-l-'uqad
Wa min sharri hasidin idha hasad
KEBELAKANGAN
ini kita sering mendengar mengenai pukau. Pukau boleh terjadi di mana
saja, bukan saja di rumah, bahkan sewaktu kita berjalan-jalan. Pukau
juga boleh dilakukan dengan banyak cara seperti sentuhan, renungan mata
dan banyak lagi yang kita tidak ketahui kecuali pengamal pukau
berkenaan.
Kita
juga sering dihadapkan dengan amalan melindungi diri daripada pukau
menurut petua nenek moyang seperti meletakkan penyapu terbalik di
belakang pintu rumah. Adakah pendapat itu benar dan apakah pandangan
daripada sudut Islam? Apakah amalan baik (doa) yang boleh melindungi
diri dan rumah daripada terkena pukau?
Pukau satu daripada amalan sihir. Perbuatan ini berdosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya haram.
Mereka
yang mengamalkannya dan memudarat pada manusia sebagaimana difatwakan
oleh ulama pada 11 Oktober 1993 sebagai berdosa besar dan wajib dihukum.
Nabi
Muhammad SAW mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan Allah
daripada terkena sihir. Sebagai manusia, Nabi tidak terkecuali dikenakan
dengan amalan jahat ini. Oleh itu dalam surah al-Falaq kita disaran
berlindung daripada kejahatan makhluk tuhan, kejahatan malam dan
kejahatan sihir (pukau) serta kejahatan daripada sifat dengki.
Perbanyakan
membaca surah ini dan berlindung dengan Allah dan mengamalkan doa
mathurat yang diajarkan Nabi supaya terelak daripada sihir dan pukau.
Apabila manusia berzikir, dia mengingati Allah dan apabila dia
mengingati Allah dia tidak lalai. Hanya manusia yang lalai dan alpa
mudah terkena amalan sihir.
Wednesday, February 1, 2012
25 PESANAN LIQMAN HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA
Pesanan #1: “Hai
anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar
jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa,
isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”
Pesanan #2: “Orang-orang yang sentiasa menyediakan
dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan
dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang
lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”
Pesanan #3: “Hai anakku, orang yg
merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH,
maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan
selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”
Pesanan #4: “Hai anakku, seandainya ibubapamu
marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya
ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”
Pesanan #5: “Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang
dan gelisah di waktu malam.”
Pesanan #6: “Dan selalulah berharap kepada ALLAH
tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah
kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan
terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.”
Pesanan #7: “Hai anakku, seorang pendusta akan
lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang
yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang
tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula
itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu
mengerti.”
Pesanan #8: “Hai anakku, engkau telah merasakan
betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi
akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau
mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.”
Pesanan #9: “Hai anakku, janganlah engkau
mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang
yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”
Pesanan #10: “Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta
itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit
sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”
Pesanan #11: “Hai anakku, bila engkau mempunyai
dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah
utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada
kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya
mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”
Pesanan #12: “Janganlah engkau makan sampai
kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang
itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing
sahaja.”
Pesanan #13: “Hai anakku, janganlah engkau
langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum
tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan
kesengsaraan.”
Pesanan #14: “Makanlah makananmu bersama-sama
dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para
alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”
Pesanan #15: “Hai anakku, bukanlah satu kebaikan
namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah
mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api,
maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu
menambahkannya.”
Pesanan #16: “Hai anakku, bilamana engkau mahu
mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura
membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha
menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan.
Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
Pesanan #17: “Selalulah baik tutur kata dan halus
budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai
orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah
memberikan barang yang berharga.”
Pesanan #18: “Hai anakku, bila engkau berteman,
tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan
sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu
darimu.”
Pesanan #19: “Jadikanlah dirimu dalam segala
tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau
mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang
akan mendatangkan cela pada dirimu.”
Pesanan #20: “Hai anakku, janganlah engkau condong
kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana
engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada
makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”
Pesanan #21: “Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu
jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana
engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara,
usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
Pesanan #22: “Hai anakku, janganlah engkau mudah
ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau
berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang
tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.”
Pesanan #23: “Barang siapa yang penyayang tentu
akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang
mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari
berkata kotor tentu akan menyesal.”
Pesanan #24: “Hai anakku, bergaul rapatlah dengan
orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana
sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati
ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang
subur lalu disirami air hujan.”
Pesanan #25: “Hai anakku, ambillah harta dunia
sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk
bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau
bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat
beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu
adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang
bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
Sumber : http://alpalupa.blogspot.com/
Kedai Buku Online : http://www.stormreaders.net/awatif
NIKAH UNTUK SELAMATKAN IMAN DAN TINGKATKAN IBADAH
selatanonline
Imam al-Ghazali dalam kitabnya, al-Ihya’ Ulumuddin, ada
menyenaraikan beberapa tujuan berkahwin yang antaranya menghilangkan tekanan
perasaan terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadat. Dengan
perkahwinan juga, seseorang itu dapat memelihara diri daripada godaan syaitan
yang akan membawa ke arah perkara yang haram.
Berdasarkan itu amat
wajar setiap manusia berkahwin bagi menyelamatkan iman. Apatah lagi pasangan
yang sedang bercinta, segeralah berkahwin kerana mereka berdua terdedah kepada
tekanan tersebut. Pada masa yang sana ibu bapa yang mempunyai anak baik lelaki
mahupun perempuan, perhatikan keinginan mereka. Jika mereka sudah ada rasa
keinginan untuk berkahwin, lihatlah dengan serius apakah dia sudah benar-benar
layak atau tidak.
Jika mereka layak
iaitu, ilmu agamanya sudah matang, ada kemampuan yang boleh menjamin kehidupan
mereka, maka segerakanlah perkahwinan mereka sebelum terjadinya perzinaan.
Sebaliknya jika tidak layak atau belum layak bimbinglah mereka ke jalan yang
betul dan pantaulah pergerakan agar tidak melakukan perkara yang haram.
Sebenarnya hubungan
lelaki dengan perempuan perlu ada batas, bukan dilepas bebas sesuka hati mereka.
Namun begitu pemantauan ibu bapa janganlah sampai anak kita itu rasa takut
ketika di hadapannya, tetapi akan liar dengan gejala sihat di belakang kita.
Inilah yang kita bimbangkan.
Segera berkahwin
Setiap manusia
perlukan pasangan hidup. Adam yang diciptakan dan ditempatkan di dalam syurga
setelah dimasukkan nafsu, telah melahirkan rasa jemu hidup seorang diri, lalu
meminta diadakan pasangan untuknya. Itulah realiti lelaki dan wanita di muka
bumi ini. Malah setelah lelaki berusia baligh rasa inginkan wanita sudah mula
berputik. Di sinilah perlunya bantuan ibu bapa dalam memahami kehendak
mereka.
Kalau mereka dilihat
sudah layak berkahwin, carilah calon yang sesuai dengan anak masing-masing.
Mungkin ramai yang dah lupa, dalam budaya masyarakat Melayu tahun sebelum 60-an
urusan mencari jodoh diserahkan kepada ibu bapa. Anak-anak ketika itu boleh
menerima cadangan dan rancangan ibu bapa mereka. Hal ini kerana peluang untuk
mereka mencari sendiri agak terhalang.
Kenapa tak percaya?
Sebenarnya dahulu, wanita banyak berada di rumah dan kalau mereka keluar rumah
pun dalam keadaan malu. Dalam keadaan itu tentulah sukar bagi lelaki untuk
berkenalan dengan wanita tersebut. Oleh sebab tidak tahu status sebenar wanita
tersebut maka ibu bapa perlu keluar merisik kalau-kalau anak perempuan itu masih
belum berpunya.
Keadaan ini mungkin
tidak jauh berbeza dengan masyarakat lain. Khadijah sendiri yang dikatakan
merisik Muhammad tetapi hakikatnya masih melalui pembantunya Maisarah. Bagitu
juga masyarakat India, terdapat wakil pihak wanita yang merisik pihak lelaki.
Memilih calon yang syari’i
Dalam Islam
perkahwinan mestilah mengikut proses yang dibenarkan syariat. Walaupun zaman
telah berubah, pendekatan merisik orang orang tua masih releven. Oleh sebab itu
tidak wajarlah lelaki atau perempuan mencari calon sendiri. Selepas pikat
seorang, pikat yang lain pula kononya tidak sesuai. Akhirnya semuanya tidak
jadi.
Islam menyediakan
panduan yang tidak rugi mereka yang mengikutnya. Dalam soal memilih calon Islam
meletakkan keutamaan kepada lelaki, namun tidak salah kalau perempuan yang
meminati seseorang lelaki menentukan calonnya. Walau apapun pilihan calon isteri
atau suami hendaklah yang menepati kehendak Allah dan Rasul.
Pemilihan ini
penting kerana hubungan yang serasi atau sekufu sahaja yang boleh menjadi rumah
tangga yang dibina itu sempurna sifat. Cuma persoalan sekarang bagaimana proses
mencari? Ya, kalau zaman dahulu ibu bapa yang mencari tetapi pada zaman ini,
semuanya sudah berubah, lelaki atau perempuan mencari sendiri pasangan mereka.
Peranan ibu bapa hanya pada pusingan terakhir. Jadi, hilanglah keberkatan.
Dalam hal ini
Rasulullah memberi panduan dalam memilih isteri. Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: “Dikahwini wanita itu (untukdijadikan isteri)
kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannyadan
agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat
beragama,nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Jelas di sini lelaki boleh membuat pilihan malah
itulah yang biasanya menjadi pilihan lelaki iaitu, wanita ada duit, wanita yang
berketurunan yang baik-baik, wanita yang ada rupa dan wanita yang beragama. Cuma
dalam hadis ini Rasulullah mencadangkan agar lelaki itu lebih memilih yang
bergama. Hal ini kerana dengan memilih isteri yang beragama banyak urusan rumah
tangga dapat dibantu oleh isteri tersebut.
Tetapi apa yang sering berlaku pada hari ini,
walaupun berkawan dan bercinta bertahun-tahun belum boleh buat keputusan.
Apabila dirasakan agak serasi barulah dia menghantar wakil merisik. Agaknya apa
yang hendak dirisikkan lagi sebab kenalan mereka sudah lebih daripada merisik.
Tegasnya soal agama tidak diberikan perhatian langsung. Kesannya apabila
berkahwin terbungkar segala rahsia yang selama ini tidak dedahkan.
Sifat suami dan isteri
Sebenarnya
perkahwinan yang mengikut panduan Islam akan menserlahkan keindahan sesebuah
kehidupan. Suami dan isteri sudah tahu hak dan tanggungjawab yang mesti
ditunaikan dalam rumah tangga. Masing-masing sudah tahu kekuatan dan kelemahan
pasangan untuk saling bekerjasama dalam membina rumah tangga bahagia.
Dalam hal ini isteri perlu tahu apakah hak suami
yang mesti dipatuhi oleh isteri. Sabda Rasulullah SAW:
حَقُّ الزَوْجِ
عَلَى الْمَرْأَةِ أن لا تَهْجُرْ فِرَاسَهُ وأن تَبِرَّ قِسْمَهُ وَأَن تُطِيعَ
أمْرَهُ وَأَن لا تَخْرُجَ الا بإذنه وان لا تُدخِلَ اليه من يَكْرَهُ.
Maksudnya: Hak suami yang mesti
dipatuhi isteri ialah; tidak meninggalkan tempat tidur suami, menerima seadanya
pemberian suami, mentaati perintah suami, meminta izin suami ketika hendak
keluar rumah, dan tidak membawa masuk orang lain yang dibenci suami ke dalam
rumah. (Riwayat al-Tabrani)
Pada masa yang sama suami perlu tahu apakah hak
isteri yang perlu diberi perhatian olehnya. Sabda Rasulullah SAW:
حَقُّ
الْمَرْأَةِ عَلَى زَوْجِ أن يُطْعِمَهَا اِذَا اَطْعَمَ وَيَكْسُوهَا إِذَا
اكْتَسَى وَلا يَضْرِبْ الوَجْهَ وَلا يُقَبِّحْ ولا يَهْجُرْ اِلاَّ فِى
البَيتِ.
Maksudnya: Hak isteri yang wajib
dijaga oleh suami ialah memberi makan kepada isteri apabila dia makan, memberi
pakaian kepadanya apabila dia memakai pakaian, jangan memukul muka isteri, tidak
menghina isteri, dan tidak meninggalnya bersendirian kecuali dalam rumah.
Jika suami isteri tahu peranan masing-masing tidak
akan berlaku pelanggaran peranan atau salah menyalah antara satu sama lain. Pada
masa yang sama ada rasa bersama dan bekerjasa dalam membina rumah tangga yang
harmoni.
Iman dan ibadah
Sebenarnya untuk
menjadi pasangan ini dapat menjaga semua kehendak Allah dan Rasul, perkahwinan
itu mesti diasaskan atas rasa keimanan yang mantap. Maknanya suami dan isteri
benar-benar takut kepada Allah dan mengharapkan reda-Nya. Suami yang beriman
akan mendorong dirinya untuk melakukan yang terbaik terhadap isterinya. Selain
kuat ibadah kepada Allah mereka tidak akan menganiayai isterinya sebaliknya
terus membimbing isteri ke arah kebaikan.
Suami yang beriman
akan mendorong isterinya untuk melakukan ibadah bersama apatah lagi solat fardu.
Dengan hubungan baik itulah syaitan rasa kecewa kerana peluang untuk menggoda
pasangan itu agak tipis. Ruang untuk mengajak mereka melakukan maksiat sudah
semakin sukar. Oleh sebab itu kalau mereka boleh istiqamah dengan cara ini hidup
mereka akan bahagia selama-lamanya.
Selain itu, isteri
yang boleh reda dengan didikan suami dan sanggup mengikut kehendak suami itulah
hakikat bahawa isteri tahu peranan dan tanggungjawabnya. Tetapi kedudukan isteri
ini harus selalu dikawal kerana syaitan sentiasa mencari peluang untuk
merosakkan rumah tangga yang bahagia.
Sebenarnya, pasangan
yang bahagia pada awal perkahwinan ada jaminan untuk bahagia hingga ke akhir
hayat nanti. Demikian jika hubungan suami dan isteri itu dapat dikukuhkan dan
dapat ditingkatkan iman dan taqwa. Walau bagaimanapun hasil pengalaman yang
lampau banyak menyedarkan saya bahawa kebahagiaan rumah tangga tidak terhasil
dengan lakonan.
Jadi, binalah
perkahwinan di atas asas iman dan taqwa agar nanti setiap perjalanan hidup dalam
bantuan Allah.
Oleh
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
--
Dicatat Oleh Blogger ke Fikrah Islamiah
--
Dicatat Oleh Blogger ke Fikrah Islamiah
Posted
by ahmadi
SEJUKKAN DENGAN WUDHUK
selatanonline
"Rasulullah SAW pernah menjelaskan orang yang
kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika
marah untuk mengelak daripada bencana lebih buruk. Dia boleh mengalihkan situasi
marah itu kepada satu keadaan yang lebih baik.
Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Islam mengajar umatnya bagaimana mengendalikan diri dalam keadaan marah supaya sifat marahnya itu tidak berlarutan. Antaranya jika seseorang yang sedang marah itu dalam keadaan berdiri, adalah lebih baik dia duduk.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia
dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga
marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam
Ahmad).Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Islam mengajar umatnya bagaimana mengendalikan diri dalam keadaan marah supaya sifat marahnya itu tidak berlarutan. Antaranya jika seseorang yang sedang marah itu dalam keadaan berdiri, adalah lebih baik dia duduk.
Selain itu, mereka yang sedang marah juga boleh memadamkan kemarahannya dengan berwuduk. Dua perkara kelebihan wuduk, pertamanya membersihkan diri daripada kekotoran hati dan keduanya secara fizikal menyejukkan hati yang melahirkan ketenangan.
Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” Mereka yang berjaya menahan amarahnya supaya tidak merebak akan mendapat ganjaran di sisi Allah di dalam syurga kelak, di mana mereka boleh memilih mana-mana bidadari yang mereka sukakan.
Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda yang bermaksud: “Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)
Di samping mampu menahan sifat marah, seseorang itu juga perlu bersedia memaafkan pihak yang membuatkan mereka marah. Memaafkan kesalahan orang lain digalakkan bagi mengekalkan silaturahim dan keharmonian. Malah, sifat pemaaf meletakkan seseorang itu di tempat yang tinggi.
Oleh Zulhafidz
Posted by ahmadi
Subscribe to:
Posts (Atom)
