Monday, August 13, 2012

MENCARI MALAM LAILATUL QADAR



Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
Sumber:  http://adlizakaria.blogspot.com

Wednesday, August 8, 2012

Unknown Artist - Beautiful Maria.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun

Unknown Artist - Beautiful Maria.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun

ACAR RAMPAI

Gambar hiasan adalah ihsan dari: http://cutemamadelicacies.blogspot.com


As' salamualaikum. Alhamdulillah....hari ini sudah masuk hari yang ke 18 kita berpuasa. Mudah-mudahan kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan badan yang sihat dan semuanya dipermudahkan. Amin.

Hari ini awal pagi lagi rakan sekerja saya Muhammad Zaidi sms saya pasal resepi acar rampai. Sebenarnya saya bukanlah pandai memasak acar rampai ni. Biasanya saya cuma makan saja sebab yang membuatnya ialah kakak saya. Jadi.....pagi-pagi lagi saya dah ganggu kakak saya semasa dia sedang menyidai kain. Haaaa.....inilah dia resepi yang saya dapat dari beliau.

ACAR RAMPAI

Bahan-Bahannya:

1.         3 biji timun
2.         1 biji lobak merah                      
3.         1 biji bawang besar                   
4.         4 biji lada besar
5.         1 ½ inci halia (jika suka)
            ( Cuci dan pastikan bahan-bahan diatas betul-betul dikeringkan)

6.         Serbuk kari 2 sudu besar
7.         Cuka ½ gelas
8.         Gula ½ gelas
9.         garam secukup rasa
10.       Minyak masak (untuk menumis)
11.       Segenggam kacang tanah yang telah digoreng kemudian diblend)
12.       1 sudu besar bijan

Cara-Caranya:

1*        Timun dipotong sepanjang 1 ½ ”. Ambil isi dan buang empulurnya dan potong memanjang.
            Lobak dipotong sepanjang 1 ½” dan kemudian potong memanjang
            Bawang besar belah enam.
            Lada besar belah 2 atau 4 (jika lada bersaiz besar)
            Halia potong memanjang.

2.         Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan lada besar hingga sedikit layu. Kemudian masukkan cuka dan serbuk kari dan gaul sebentar dan pastikan jangan sampai kering.

3.         Masukkan timun, lobak dan halia dan gaul lagi hinga sebati.

4.         Masukkan gula dan garam dan gaul. Biarkan sehingga sayuran yang ditumis tadi mengeluarkan sedikit air. Kemudian masukkan kacang tanah dan gaulkan sebentar kemudian tutupkan api.

Nota: * Bahan-bahan ini perlu dikeringkan sekurang-kurangnya  1 hari atau sehingga betul-betul kering. Kalau cuaca panas, keringkan sebentar di bawah matahari terik (untuk kuantiti yang banyak) Ini untuk mengelakkan bahan-bahan ini betul-betul kering. Bahan-bahan yang basah (tidak kering dengan sempurna) akan menyebabkan acar yang sudah masak mengeluarkan air dan bahan-bahan jadi lembik dan tidak ranggup. Semasa memasak pastikan tiada air dimasukkan dalam tumisan.

Hehehehehe....kira-kiranya acar rampai ni pantang kena air semasa dimasak. Kalau semasa menumis dirasakan tumisan sedikit kering, tambah sedikit cuka lagi.

SELAMAT MENCUBA!


                          Potong timun, lobak merah dan bawang memanjang seperti dalam gambar




Tuesday, August 7, 2012

CAPPUCINO SLICE & CHEESE CADBURY




BAHAN A

210gm Butter
100gm gula perang
1sudu the cappuccino emulco

BAHAN B  ( diayak bersama)

250gm tepung rose
90gm tepung jagung                             
50gm susu tepung                    
60gm sebuk kacang tanah


TOPPING COKLAT (dicairkan dengan kaedah double boiler)

230gm cokelat masakan          
10gm coco butter                    


HIASAN

Jumbo Heart dan Croquant

Loyang 10” X 10” X 2 dengan cutter

CARANYA:

1.         Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B, uli hingga menjadi doh
            yang lembut.


2.         Alas loyang 10” x 10” dengan kertas minyak, biarkan lebihan kertas 1” keluar
            dari loyang.



3.         Ambil doh seberat 600gm dan canaikan doh ke dalam acuan dan ratakan. Masukkan pemotong  (citter) dan tekan padat ke dasar loyang. Cucuk permukaan doh denagan garpu.
 
4.      Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140ºC selama 40 minit atau samapi kekuningan.


 5.        Setelah biskut sejuk, bukakan cutter dan tuang cokelat masakan yang telah dicairkan, ratakan.  Letakkan balik cutter ke tempat asalnya berpandukan pada jalurannya,

 

Nampak tak jaluran yang terbentuk dari cutter, letak kembali cutter ke tempat asalnya berpandu pada
jalurannya. (Jika nak buat corak marble, lakukan ketika cokelat masih cair, bila telah selesai baru letak-
kan cutter.




6.         Letakkan Jumbo Heart dan Croquant dan biar coklat membeku. Setalah cokelat membeku, bolahlah buka cutter.


Resepi dari Kak Wan: http://resipicitarasawan.blogspot.com


Resepi Biskut Cheese Cadbury


Biskut orang kayo ni, Biskut Cheese Cadbury. Buat untuk kawan sebab dia nak pindah balik ke Sarawak. Kalau bab cheese dan cadbury, orang Sarawak memang pakar. Resepi ni saya ada edit sikit cara-cara dia, sebab ikut asal guna suhu 40C macam terlalu rendah sangat. Pastu cadbury tak melekat kat biskut, senang tertanggal. Kawan suggest letak putih telur, voila! Terus melekat. Hehe.. Apapun layan~

P/S1: Biskut paling mewah dan paling senang nak habis sebab ada coklat mahal :P Hahaha..

P/S2: Sebelum orang tanya, tak cadbury tak cair time bakar :P


Sumber: Eryna Bizkit 
Rujuk: http://erynabizkitz.blogspot.com/2011/12/biskut-cheese-cadbury.html 
200 biji 

Bahan A 
180gm mentega
80gm shortening
90gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu makan esen vanila
70gm cream cheese

Bahan B 
400gm tepung gandum
80gm tepung jagung

Bahan C 
1 botol coklat Cadbury - 200 pcs
putih telur, untuk sapu


Cara membuatnya: 

1. Pukul Bahan A hingga sebati dan kembang.

2. Masukkan Bahan B. Gaul rata.

3. Rehatkan selama 15-30 minit di dalam peti sejuk untuk senang terap.

4. Potong/terap mengikut saiz dan ketebalan lebih kurang coklat Cadbury dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit dgn suhu 150-160C, api atas-bawah, rak tengah (note: 5 minit terakhir tu pusingkan tray untuk pembakaran sekata).

5. Sapu sedikit putih telur, letakkan cadbury. Bakar lagi 5 minit hingga bawah dan keliling biskut kelihatan perang, guna api atas-bawah, rak paling bawah.

6. Sejukkan atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara berlayerkan baking paper (untuk serap lebihan minyak).



Ni orang punya :P
Kalau makan silalah ingat dunia ya ;p