Sunday, April 1, 2012

ALFATIHAH BUAT RAJA ASHMAN SHAH



"Innallillah hi wa inna ilaihi roji'un"


 Malam tadi kita dikejutkan dengan berita kembalinya Almarhum YM Sh Raja Ashman ke Rahmatullah dalam keadaan restu dan barakah Allah SWT, Insya Allah. Pemergian Al-Marhum adalah suatu kehilangan besar kepada semua pencinta kerohanian dan kesufian khususnya Toriqoh Naqsyabandiyah Haqqani.


Apabila menyebut kerabat diraja, ramai pihak yang mengaitkan mereka dengan kehidupan sosial yang melampau, maksiat dan sebagainya tetapi tak ramai yang sedar bahawa ramai juga dikalangan mereka yang mempunyai nilai keperibadian yang tinggi, warak dan baik budi pekerti antara yang sering menjadi bualan adalah Raja Ashman Shah, iaitu anakanda Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah.  Walaupun dilimpahi kemewahan dan berkelulusan dari universiti terkemuka di dunia, Universiti Cambridge, namun Raja Ashman seorang insan yang cukup merendah diri dan gemar melibatkan diri dalam kegiatan dakwah.

Terkenal dengan imej rambut dan janggut yang panjang, Raja Ashman tidak pernah menjadikan status yang dimilikinya untuk bermegah dan mendabik dada, bahkan semua itu menjadikan beliau bertambah ‘rapat’ dengan Penciptanya sebab itu boleh dikatakan setiap malam Jumaat, banglonya di Bukit Damansara akan diserikan dengan alunan zikir beramai-ramai namun Allah lebih menyayanginya…tidak lama selepas selesai majlis berzikir di kediamannya itu malam tadi, Raja Ashman diserang asma dan meninggal dunia dalam usia 54 tahun.








Allahyarham meninggalkan isteri Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin serta seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.

 Pada yang tak tahu, Raja Ashman dikenali sebagai penaung tariqat Naqshabandi yang amat dihormati di seluruh dunia sebab itu aku tak hairan bilamana berita kemangkatan Raja Ashman menarik perhatian pengikut-pengikut tariqat Naqshabandi seluruh dunia sejurus selepas blog peribadi pemimpin tariqat tersebut, Sheikh Hashim Kabbani menyiarkan berita tersebut.

Menurut kenyataan di dalam blog berkenaan, Shaikh Hashim Kabbani merakamkan takziah atas pemergian Raja Ashman, dan meminta semua pengikut tariqat tersebut mengadakan bacaan tahlil, yassin dan solat jenazah ghaib buat Allahyarham.

Selamat jalan buat insan yang sungguh aku kagumi…Almarhum Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah

Al-Fatihah.


Biodata Allahyarham  Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (lahir 28 Disember 1958 ialah Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan yang ditabal pada 11 Mei 1987. Raja Ashman dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010.

 Keluarga
Raja Ashman Shah adalah anak ketiga Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia.
Raja Ashman Shah berkahwin dengan pelakon filem Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin. Mereka mendapat seorang anak lelaki dan dua anak perempuan iaitu Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah ,Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.

Pendidikan

Raja Ashman Shah mempunyai :
  • Diploma dalam Undang-undang Perniagaan daripada Universiti London, England;
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi daripada Universiti Nottingham, England
  • Ijazah Sarjana dalam Undang-undang daripada Universiti Cambridge; dan
  • Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London.
Dalam bidang agama , Raja Ashman Shah pernah belajar dengan Syeikh Muhammad Nazim Al Haqqani - tariqat Naqshabandiah Aliyah . Baginda dilihat biasa berserban besar .

Sejarah Hidup

Almarhum Raja Ashman Shah aktif dalam sektor korporat dan memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat antaranya selaku Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KKB Engineering Bhd dan Kian Joo Can Factory Bhd.
Almarhum Raja Ashman Shah pernah menjadi Pengarah Eksekutif Kanzen Berhad, Pengerusi Dwitasik Sdn Bhd dan Pengarah Sanyo Industries Malaysia.
Baginda yang juga penyokong setia pasukan hoki negara turut aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan terutama di bawah Yayasan Sultan Azlan Shah.
Baginda telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM) dari kerajaan negeri Perak pada 18 April 1988 yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Meninggal dunia

Pada 30 Mac 2012,Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah (54 tahun) mangkat di kediamannya no 25 Jalan Setia Kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur akibat serangan asma. Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor menjelaskan bahawa jenazah dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar. Sembahyang jenazah diadakan diadakan di Masjid Ubudiah dan dikebumikan di Makam Diraja Kuala Kangsar.

No comments:

Post a Comment