Semperna hari Jumaat yang mulia ini, aku ingin berbicara mengenai hari Jumaat dari pandangan aku. Mungkin sesetangah orang hari Jumaat adalah hari yang indah dan berkat. Mengikut Islam, hari Jumaat adalah permulaan hari dan banyak kelebihan pada hari Jumaat.
Dari perspektif biasa, siapa yang sukakan hari Jumaat?
- Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah sebab cuti umum
- Negeri lain, pekerja pasti suka sebab esok dah hari minggu. Cepat sungguh masa berlalu, rasa baru je Isnin dah Jumaat hari ini?
- Pasangan suami isteri - pasti berseri-seri kerana mungkin berjaya membunuh setan
- Sesiapa yang suka membeli belah di pasar masjid kerana banyak barangan yang di jual
- Peniaga boleh berniaga berdekatan masjid. Ramai pengunjung yang singgah sementara hendak ke masjid. Moga murah rezeki peniaga.
- Warga lelaki ke masjid kerana dapat makan pisang atau makanan lain. Jika di Masjid wilayah, kadang ada sediakan air, free sample produk pun ada.
- Kepada yang nak balik kampung untuk jumpa keluarga atau suami/isteri, mesti tak sabar waktu balik kerja. Biasanya dah bawa beg siap-siap ke pejabat.. uhuhuhu
Manakala dari perspektif Islam, Jumaat mempunyai kelebihanya seperti berikut:Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."
Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".
Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.
Doa Antara Dua KhutbahKebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.
Sedekah Pada Hari JumaatBersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.
Mati Pada Malam JumaatHadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".
Kelebihan Menunaikan Sembahyang JumaatNabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.
SelawatSabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.
Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.
Memotong KukuIbn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.
Sumber kelebihan hari Jumaat: hasrulmuin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment