Thursday, March 27, 2014

TRAGEDI MALANG PESAWAT MH370





PUISI BUAT MU MH370





Wajah-wajah mereka yang pergi bersama MH370




  Kronologi Penuh SAR (Search and Rescue) MH370

Dari 8 Mac -24 Mac 2014

Kronologi penuh SAR pesawat MH370 dari 8 - 24 Mac 2014 - Misteri kehilangan pesawat MH370 akhirnya sudah terjawab pada hari ke-17 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan penerbangan itu terhempas di selatan Lautan Hindi.

Berikut ialak kronologi penuh sepanjang operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014 sehingga pengesahan pesawat itu terhempas menerusi sidang media khas di PWTC oleh Perdana Menteri.

8 MAC

* Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada

12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

* Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi membabitkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

9 MAC

* Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya
dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat
MH370.

10 MAC

* Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui
di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak
bagi kapal kargo.

11 MAC

* Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.

* Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas
dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

12 MAC

* Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

* Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat.
Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

* Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki
pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

13 MAC

* Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang
kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.


14 MAC

* Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
* Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

15 MAC

* Perdana Menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

* Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan
dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi
kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

* Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan
ditamatkan.

16 MAC

* Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

17 MAC

* Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.



Nuffnang Ads
18 MAC

* Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

19 MAC

* Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

20 MAC

* Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.

* Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek
di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya
Perth.

* Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang
dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

21 MAC

* Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

* Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang
keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

* Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang
dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang
penumpang berkenaan bersih.

22 MAC

* Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

* Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran
22.5 meter x 13 meter.

* Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek
dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya
Perth.

23 MAC

* Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

* Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia
memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

24 MAC

* Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

* Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370
dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

* MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.



Read more: http://www.phat.my/2014/03/mh370-kronologi-penuh-sar-mh370-dari-8.html#ixzz2x8FSDGxI



Tuesday, February 11, 2014

RESEPI CHICKEN CHOP


Grilled Chicken Chop


Sumber:http://www.potretkasih.com/tag/resepi-chicken-chop-sedap/



Actually ni first time saya buat Chicken chop. Dah lama teringin nak buat tapi baru hari ni dapat mencuba. Dulu tu macam rasa susah je nak buat kerana ayam tu kena ‘debone’ dulu baru le marinate dengan sos perapnya. Tu yang malas sangat tu….. Bile dah try ni dan rasa tak susah nampaknya permintaan nak makan chicken chop tu bertambahlah!!! Sos perap yang saya guna tu saya wat macam yang biasa saya buat untuk perap lamb chop je…. tapi saya tambah jus halia dan kicap untuk mengurangkan rasa hanyirnya.
Walaupun first time buat tapi daging ayam saya tak liat dan  lembut je ayam tu… nak makan pun senang. Tipsnya jangan guna ayam tua nak buat chicken chop. Pilihlah ayam muda baru dagingnya lembut dan tak liat. Dari segi saiz ayam pilihlah ayam yang sederhana besar. Jangan sesekali pilih ayam bersaiz besar kerana ayam bersaiz besar ni rasanya kurang enak dan dagingnya agak  keras. Semasa marinate ayam ni kalau boleh peraplah semalaman dalam peti sejuk, kerana selain dapat menyedapkan ayam rempah perap dapat melembutkan ayam.



Bahan-Bahannya:

1 ekor ayam  ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)

Cara Penyediaan:

1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je  lebih mudah!
Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!
Selamat mencuba!!!




CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM SAUCE 


Sumber: http://citralara-si-inang.blogspot.com/2011/03/resepi-chicken-chop-with-mushroom-sauce.html





BAHAN2:
1 keping daging ayam bahagian peha (debone) klik sini utk proses debone [here]
100g tepung gandum
100g serbuk roti
1 biji telur
1 cubit garam
1 cubit lada sulah

LANGKAH2:
  1. Perapkan ayam dengan garam dan lada sulah.
  2. Kemudian lakukan standard breading procedure iaitu mulakan dengan salut ayam dengan tepung gandum, kemudian telur dan akhir sekali dengan sebuk roti.
  3. Sedia untuk digoreng sehingga masak (atau kekuningan).


MUSHROOM SAUCE

BAHAN2:
1 sudu demi glaze (segera)
1 cawan air
5 biji cendawan butang
1 ulas bawang putih
1 sudu minyak masak

LANGKAH2:
  1. Campurkan demi glaze dengan sedikit air, kacau sehingga sebati
  2. Didihkan air selebihnya dan masak sehingga pekat. (sekirnya terlalu pekat boleh tambah air)
  3. Tumis bawang putih (cincang halus) sehingga naik wangi.
  4. Masukkan cendawan butang yang telah dipotong nipis.
  5. Apabila sudah garing, masukkan demi glaze tadi dan masak sehingga mendidih.


jadi chicken chop sudah sedia untuk dimakan
semua bahan2 boleh didapati di supermarket

kalau tengok gambar banyak cara presentation chicken chop kan, so ikut kreativiti korang nak hidang dengan apa. boleh hidang dengan fries atau pun coleslow



SELAMAT MENCUBA

Resepi Chicken Chop Sos Cendawan

Sumber:  http://aznanie.blogspot.com/2011/08/resepi-chicken-chop-sos-cendawan.html

Hari ni nak try wat Chicken Chop bersos cendawan ... tak pernah wat sebelum ni .. harap-harap menjadi la .. hehe ... cari resepi kat internet .. banyak resultnya ... tapi ada satu resepi yang menawan kalbu ... resepi ni aku amik dari forum Wanitakini ... cara wat sos jek .. ayamnya aku just goreng bertepung ... menggunakan tepung ayam goreng jenama Bestari ... yang hot and spicy punya .. hehe ... sedap .. cam rasa ayam kfc ..


Chicken Chop Sos Cendawan
Bahan-bahan :
Ayam - bersihkan dan potong besar-besar dan dikelar
Tepung goreng ayam serbaguna Bestari (hot and spicy)
Telur - dipukul

Bahan sos :
Bawang besar - potong dadu
Bawang putih - dicincang
Serbuk lada sulah
Lada hitam - ditumbuk
Mushroom sup
Cendawan butang - dicincang halus
Stok ayam / kiub ayam
Bancuhan tepung jagung
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuat :
Ayam dicelup dalam telur
Pastu, golek-golek dalam tepung goreng ayam yang telah diletakkan dalam pinggan
Kemudian, goreng ayam dengan menggunakan minyak banyak
Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng menggunakan api kecik bagi mengelakkan ayam masak luaran sahaja.

Cara membuat sos :
Tumis bawang merah dan bawang putih sampai layu
Masukkan stok ayam
Kacau-kacaukan ia
Masukkan sup cendawan, cendawan cincang, lada hitam, serbuk lada sulah dan bancuhan tepung jagung
Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yang dikehendaki
Perasakan garam dan gula secukup rasa
Hidangkan bersama ayam goreng tadi 
 
Selamat Mencuba!!!