Wednesday, August 3, 2011

Ramadan Dua : Day 3

HUJAN ITU SATU RAHMAT



HUJAN ITU SATU RAHMAT yang membawa ketenangan. Satu rahmat yang menukar kehangatan kepada kesejukan. Satu rahmat yang tidak ternilai oleh sekalian makhluk yang mensyukuri anugerah dariNya.

Pagi ini ketika kenderaan yang aku naiki mula bergerak, hujan renyai-renyai turun....kemudian menjadi lebat. Aku teringat, salah satu waktu yang paling afdal untuk berdoa ialah ketika hujan turun. Cepat-cepat aku berdoa dalam hati aku. "YaAllah............................ Aminn". Hanya Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.

 Hujan, adalah satu anugerah. Ia membawa kepada kesejahteraan dan keharmonian ke atas muka bumi kita. Percaya atau tidak, ia membawa lebih kebaikan daripada keburukan. Tetapi perasankah kita akan kebaikan itu? Kalau perasan, syukur Alhamdulillah, dan kalau tidak, kita mesti renung kembali dan mula memerhati keajaiban tuhan ini.

Saya pasti, apabila hujan, pasti akan ada mereka yang mula mengantuk dan segera mencapai bantal untuk tidur diatas katil yang empuk. Dan akhirnya, itu dijadikan suatu alasan. Alasan untuk tidak datang ke kelas. Dan saya pasti akan hal ini, kerana ia juga pernah berlaku kepada saya. Suatu masa dahulu. Dan itu, saya tidak dapat nafikan.

Tapi, ada pula mereka yang memerhati hujan dengan pandangan yang negatif. Ada dikalangan kita yang bencikan hujan. Hujan membawa musibah bagi mereka. Contohnya, bagi mereka yang menunggang motosikal ataupun berjalan kaki tanpa berbekalkan payung, pasti kedatangan hujan adalah suatu perkara yang mereka tidak inginkan. Suatu perkara yang mereka ingin mereka hindari, andai sebolehnya. Walaupun begitu, hujan muncul juga. Kunjung tiba.

Sesetengahnya pula, berasa takut dan khuatir dengan kedatangan rahmat tuhan ini. Kerana kadangkala rahmat boleh menjadi suatu malapetaka bagi mereka. Ia mendatangkan banjir dan akhirnya memusnahkan harta dan juga nyawa. Akhirnya, mereka takut apabila munculnya hujan. Tetapi, golongan ini tidak pernah berfikir. Kenapa ianya terjadi? Kenapa banjir itu berlaku? Jawapannya. Itu semua salah kita sendiri. Yang begitu angkuh, hingga memakan diri.

Maka, mari kita lihat kenapa "Hujan Itu Rahmat";
1. Ia menyuburkan muka bumi
Bagi mereka yang bekerja sebagai petani atau pekebun atau mana-mana pekerjaan yang memerlukan tanah yang subur, hujan sangat membantu dalam pekerjaan mereka. Dan seperti yang kita tahu, sayur-sayuran dan buah-buahan sangat penting dalam mengorak langkah kepada hidup yang lebih sihat. Jadi, untuk hidup sihat, kita memerlukan sayur-sayuran dan buah-buahan. Untuk tanam sayur-sayuran dan buah-buahan, kita memerlukan tanah yang subur. Untuk mendapat tanah yang subur, kita memerlukan air, yakni hujan.

2.  Ia sumber air bersih
Seperti yang kita sedia maklum, hujan merupakan salah satu sumber air bersih. Dan sesetengah penduduk dunia sangat bergantung kepada hujan untuk sumber air, termasuklah di Malaysia. Ini berlaku apabila mereka tiada loji penapisan air di kawasan tersebut, ataupun perkhidmatan bekalan air bersih tidak sampai ke kawasan mereka. Oleh itu, hujan adalah sumber air utama bagi mereka, untuk minum, mandi ataupun untuk memasak. Air hujan juga berguna untuk pelaut ataupun nelayan yang sudah kehabisan air minuman. Mereka boleh bergantung kepada air hujan untuk minum, kerana air laut sudah semestinya sangat masin.

3. Ianya sebagai peringatan
Tidak dapat dinafikan, hujan juga membawa bencana, seperti banjir di Kedah dan Perlis pada penghujung tahun lepas. Tetapi, bencana yang datang, bukan hanya membuat duka semata-mata. Ianya membawa mesej seribu makna. Dan kita manusia biasa, dapatkan kita membuka mata dan membaca? Jika tidak, mari saya terangkan. Bila berlakunya banjir, ianya menunjukkan bahawa terdapatnya masalah di tempat tersebut. Mungkin kawasan tersebut rendah dan mudah banjir. Mungkin juga disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak teratur dan masalah sampah yang berleluasa. Maka, di sini, dapat kita lihat, berlakunya banjir, ianya bukan salahnya hujan, tetapi kita sendiri. Yang tidak pandai melaksanakan pembangunan. Yang tidak ambil endah tentang kelancaran sistem perparitan.

Jadi, Ingat!!! Jangan ambil mudah tentang hujan. Kerana kita tidak tahu dan tidak pasti akan kemunculan semula nikmat hujan. Dan apabila berlakunya kemarau yang panjang kelak, di saat itulah baru kita hendak menghargai hujan. Betapa pentingnya hujan pembawa rahmat. Betapa pentingnya nikmat tuhan yang dinamakan hujan.

Thanx:syaftome

Tuesday, August 2, 2011

RAMADHAN BAZAAR

Nasi Kuning, Gado-Gado, Murtabak Jawa, Ayam Steering, Murtabak Mini, Sayap Ayam Madu, Nasi Briyani, Nasi Ayam......


Are some tasty delicacies available throughout the month of Ramadan.

Though Ramadan does sound like it is a sombre month, it is also a celebration of many things.
Observed by Muslims throughout the world, Ramadan is when Muslims abstain from eating, drinking and indulging in excessive or ill-natured conduct, from dawn to dusk. It teaches one patience, perseverance and reflections of spirituality.

The Ramadan month, too, brings with it much flavours. In Malaysia, Ramadan is greeted with a riot of colourful and tasty foods.

Every state in Malaysia will have several designated places where stalls selling various delicacies and drinks for buka puasa (breaking of fast). These sites are commonly known as Bazaar Ramadan.
Spoilt for choice, visitors to the Bazaar will be surprised at the wide variety of foods on offer.
Usually, stalls open as early as 4 pm, when sellers start bringing in their wares. There are stalls selling fruits, drinks, foods and it will be a hive of activity with sellers arranging their foods, some grilling fish, with the smoke blowing gently in your eyes.

Try the specialty porridge, bubur lambuk (mix porridge), kueh jala emas (a form of sweet cake) found mainly in Kelantan, pulut panggang (grilled sticky rice with prawns in coconut mixture), ikan terubuk bakar (grilled fish), oh, and so much more!

The thirst-quenching ABC (air batu campur or syrupy ice shavings, with nuts, corn etc.), cincau (jellied drink), tasty soya bean drink, cooling sugar cane, are some of the selections of drinks sold at the bazaar.
Sometimes, especially on a hungry stomach (!) it is difficult to make choices of what to eat and drink for buka puasa. One wants to buy everything. It is such a great temptation with so much wonderful foods!
The best part about Bazaar Ramadan is everyone takes the time to see the sights and breathe in the delicious, tempting smells. There are a lot of choices, and most everyone living nearby a Bazaar Ramadan takes the opportunity to visit the place.
The prices are affordable, and everyone can visit the bazaar. Just get ready for the thronging crowd, long queues, (sometimes) shouting frenzy and a truly local atmosphere.
Bazaar Ramadan – great food, great ambience and so many great choices!

Here’s wishing Happy Ramadan, everyone!



Ramadan Dua : Day 2

Monday, August 1, 2011

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH (MENURUT HADIS)

 

Ganjaran pahala Orang Mukmin yang melakukan sholat tarawih di bulan Ramadhan pada:

MALAM 1 : Dosanya keluar (hilang) bagaikan ia baru lahir di kandungan ibunya

MALAM 2 : Dosanya diampuni, begitu pula dosa kedua ibubapanya juga diampuni bila keduanya memang orang mukmin

MALAM 3 : Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy seraya mengucapkan " Mulailah beramal kamu sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu".

MALAM 4 : Diberi pahala yang sama dan pahala orang membaca kitab taurat, injil, zabur dan Al-Quran.

MALAM 5 : Diberi pahala oleh Allah seperti pahala orang yang melakukan sholat di Masjidil Haram (Mekah) di Masjidil Madinah dan di asjidil Aqsa (Palestin)

MALAM 6 : Diberi pahala oleh Allah seperti pahala orang yang melakukan tawaf di Baitul Makmur dan batu-batu serta pasir-pasir sama-sama memohon ampun.

MALAM 7 : Seperti orang yang hidup di masa Nabi Musa dan membantu kepadanya hingga dapat mengalahkan fir'aun dan haman.

MALAM 8 : Diberi pahala oleh Allah dari segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s

MALAM 9 : Seperti pahala beribadat kepada Allah sebagaimana ibadah yg dilakukan oleh Nabi Muhamad SAW

MALAM 10 : Diberi kebaikan dunia dan akhirat

MALAM 11 : Keluar dari dunia seperti pada hari ketika dilahirkan dari kandungan ibu iaitu lahirnya bersih dari dosa

MALAM 12 : Datang pada hari kiamat dengan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama

MALAM 13 : Datang di hari kiamat dengan aman dari segala kejahatan

MALAM 14 : Disaksikan oleh para Malaikat kalau dia telah melaksanakan sholat tarawih. Maka di hari kiamat dia tidak akan dilaknat oleh Allah SWT

MALAM 15 : Dimintakan ampun oleh para Malaikat dan Malaikat yang memikul Arasy dan Kursy

MALAM 16 : Dituliskan bebas dari Neraka dan ditulis masuk ke Syurga

MALAM 17 : Diberi pahala seperti pahala para Nabi

MALAM 18 : Dipanggil para Malaikat : Wahai hamba Allah bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada kedua orang tuamu

MALAM 19 : Diangkat darjatnya ke dalam Syurga Firdaus

MALAM 20 : Diberi pahalanya para Syuhada' dan Salihin

MALAM 21 : Dibangunkan rumah dari Nur di dalam Syurga

MALAM 22 : Kelak di hari kiamatdia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan rintihan

MALAM 23 : Dibangunkan sebuah kota di Syurga

MALAM 24 : Diberikan pahala berupa 24 permohonan yang dikabulkan

MALAM 25 : Dihapuskan siksa kubur

MALAM 26 : Pahalanya diangkat selama 40 tahun

MALAM 27 : Dalam melintasi Ash Syirath di hari kiamat kelak bagaikan kilat menyambar iaitu tersangat cepatnya

MALAM 28 : Allah mengangkat baginya 1,000 darjat

MALAM 29 : Diberikan pahalanya 1,000 haji ang mabrur

MALAM 30 : Dipanggil dan dipersilakan oleh Allah " Wahai hambaKu, makanlah buah-buahan Syurga dan mandilah dengan air Salsabil serta minumlah dari telaga Al-Kaulsar. Akulah Tuhanmu dan engkaulah hambaKu. "

Wallahua'lam.

Ramadan Dua : Day 1