Monday, July 15, 2013

AYAM PERCIK MAMA







Bahan-bahan :

1 ekor ayam saiz sederhana (Potong kepada 4 bahagian)

1 biji kelapa diambil 1 liter santan -
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya untuk kuah
Minyak masak untuk menumis
2 sudu besar cili kisar

Bahan-bahan untuk dikisar

biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu makan ketumbar
2 batang serai
4 biji buah keras

Caranya:

1. Satukan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai, jintan manis, jintan putih,
    biji  ketumbar, buah keras dan cili kisar dalam blender kemudian kisar bahan2 hingga
    hancur.
2. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan air.
3. Masak dan kacau hingga kuah mendidih.
4. Masukkan sedikit garam, asam gelugur dan gula. Sesuaikan rasanya.
5. Masukkan ayam yang telah dipotong2 dan dibersihkan tadi kedalam kuah dan
    masaklah hingga ayam 3/4 masak.
6. Setelah ayam 3/4 masak keluarkan ayam tadi dan ketepikan.
7. Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat.
8. Susun ayam tadi di dalam dulang pembakar, siramkan dengan kuah tadi dan bakar dalam oven selama
    20 – 25 minit.
9. Balik2kan ayam tadi dan siram sekali lagi dengan kuah dan bakar selama
    20 – 25 minit lagi….
10. Angkat dan jika ada sisa kuah ayam bolehlah disiram ke atas ayam yang telah
      dan sedia untuk dihidangkan.