Monday, April 4, 2011

PERKARA YANG KITA PERLU BELAJAR DARI BENCANA ALAM DI JEPUN

Pada 11 Mac lalu, kawasan Tohoku Jepun digegarkan dengan gempa bumi berukuran magnitud 9, menyebabkan tsunami sehingga 30 meter, yang meragut nyawa lebih 10,000 dan hampir 20,000 lagi dilaporkan hilang semasa artikel ini dibuat. Aku sekarang menetap di wilayah Chugoku, jauh dari pusat gempa dan boleh kata tidak terjejas secara langsung dengan bencana alam ini. Ada juga beberapa rakan di sebelah utara yang terkena tempias gempa dan tsunami, selalu update status mereka di Facebook, Twitter etc., dan Alhamdulillah setakat ini tiada kehilangan nyawa untuk rakyat Malaysia yang dilaporkan.
Tidak ada negara dalam dunia ini yang sangat bersedia dalam segala perkara dalam menangani bencana alam selain Jepun. Gempa bumi, tsunami, gunung berapi, typhoon, ribut salji dan sebagainya adalah perkara lumrah disini. Semua bencana alam disini mampu meragut puluhan ribu nyawa. Disebabkan itulah Jepun ada manual pada segala-galanya. Walaupun dengan persiapan yang cukup rapi, menjadi lumrah manusia, masih ada kekurangan yang dikenalpasti.
Apa yang kita perlu belajar dari Jepun kali ini? Banyak. Sangat banyak. Dah lama di retweet, repost di pelbagai blog, semua jaliran jalan raya yang rosak sudah diperbaiki dalam masa 6 hari. Ya, percaya atau tidak, 6 HARI. Rakyat yang kehilangan rumah ditempatkan di puluhan refuge center. Semua bantuan berupa minuman, makanan segera, pakaian, alat gunaan harian, tilam, selimut dan lain-lain dikumpul dan dihantar ke tempat pelindungan sementara dengan trak tentera dan awam. Rumah sementara untuk puluhan ribuan keluarga sudah mula dibina dan paling awal dijangka boleh diduduki dalam masa kurang 3 bulan.
Semua ini sudah ada dalam manual langkah Jepun menghadapi bencana. Ia sepatutnya jadi lebih teratur dan terancang, tetapi malang diralatkan dengan ancaman pelepasan radioaktif di reaktor nuklear di Fukushima.
Satu lagi yang perlu diambil perhatian dan AMAT JARANG di laporkan di berita tempatan dan luar negara, sikap rakyat Jepun sendiri dalam menghadapi bencana. Dalam keadaan yang amat teruk yang sukar dibayangkan, mereka masih mempunyai moral, sikap dan disiplin yang cukup tinggi. Mereka tidak panik menghadapi situasi begini. Pelik tapi (kecuali untuk yang berada atau berhampiran kawasan bencana,) aku rasa keluarga di Malaysia lebih risau dari kami yang berada di sini.
Ratusan ribuan rumah, kilang, kedai, bangunan, kenderaan dll dibiarkan kosong, ditinggalkan tanpa penjaga, dan tidak dilaporkan sebarang kecurian atau pencerobohan pada harta benda ini. Pada masa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, ramai tuan rumah yang tidak sanggup meninggalkan rumah mereka tanpa penjaga kerana takut kecurian barang berharga. Aku juga teringat pernah sekali keluar berita van penghantar duit siling terbalik di lebuhraya, dan berpuluh-puluh orang berhenti untuk mengutip duit-duit yang berteraburan di jalan raya. Sebab itu kita kadang-kadang rasa malu dengan masyarakat sendiri.
Pasar raya yang menjual barang keperluan harian juga amat terhad dan tidak semua yang menjalankan perniagaan. Apa yang berlaku? Mangsa bencana masih mampu beratur berjam-jam untuk membeli barang, dan mereka patuh dengan peraturan yang ditetapkan pasar raya supaya membeli barang dengan jumlah yang terhad. Pernah tengok gambar, video rakyat Jepun berebut-rebut, terpekik, menyumpah, bergaduh-gaduh, tolak menolak semasa membeli barang seperti semasa bencana besar di negara lain?
Peniaga juga tidak mengambil kesempatan untuk untung berlebihan. Ada yang memberi semua barang dalam kedai mereka secara PERCUMA. Believe it or not. Korang boleh menangis kalau baca berita macam ni.
Kenapa mereka sangat tenang dan rilek dalam situasi begini? Sebab mereka tahu negara mereka sudah bersedia dan akan melakukan yang terbaik. Aku tak suka bercakap politik dan melebihkan mana-mana pihak kerajaan atau pembangkang, tapi alangkah lebih baik kalau semuanya berhenti dari hanya bercakap, slogan sana sini, saman-menyaman, ceramah, demo, cabar-mencabar, dll., sebaliknya tanya adakah negara kita sudah cukup bersedia Wallahualam manalah tahu kalau tiba masa giliran Malaysia yang kena? Kita juga kena adalah central planning untuk situasi sebegini. Tak tahulah kalau dah ada, cuma yang aku perasan nak selesaikan masalah banjir pun kelam kabut.
Aku nak share satu info dari satu blog Jepun, 痛いニュース, yang menunjukkan gambar rumah penempatan sementara untuk mangsa gempa dan tsunami kali ini, dan jangan terkejut kerana ia mungkin jauh lebih selesa dari rumah yang kita duduk sekarang.
Bencana di Jepun kali ini amat memberi pengajaran kepada aku untuk sentiasa bersedia menghadapi apa sahaja, dan semoga tuhan sentiasa memelihara kita dari segala malapetaka.

Thanx: Zairul.com