Wednesday, August 28, 2013

RAIKAN CINTA - EBBY & EZZA

MAJLIS PERKAHWINAN EBBY & EZZA - 29 & 30 MAC 2013






















JERUK KULIT CEMPEDAK (MANDAI)

                                                          MANDAI GORENG


                                                            JERUK MANDAI








Assalamualaikum,

Baru semalam saya makan mandai ni dan baru hari ni pula saya tahu ianya dipanggil mandai. Kami sekeluarga tahu ianya Jeruk Kulit Cempedak saja. Memang sedap ni kalau ditumis dengan udang basah dan cili besar dan makan dengan nasi panas. Huh.....lauk lain tolak tepi! Kami sekeluarga menggemarinya kecuali Liza menantu saya. Sedikit masa lagi pasti dia akan menyukainya....kata orang tak kenal maka tak cinta.

Saya ambil gambar ni dari blog KASIH atau dikenali sebagai Zanita Ramli. Dibawah ni link yang boleh diikuti: http://kasihilmar.com/2013/07/18/jeruk-kulit-cempedak-goreng/

Cara-cara buat mandai ni pun saya share dari blog beliau. Thanks Sis!

 Cara membuat mandai:
1) Setelah semua lapisan luar kulit buah cempedak dibuang, bahagian lembut dipotong kecil, dibasuh dan ditoskan, kemudian masukkan ke dalam balang kaca.
2) Masukkan 5 1/2 cawan air, 1 cawan gula molasses/1 cawan gula organik,  1 cawan cuka epal dan 3 tbsp garam himalayan ke dalam mangkuk besar, kacau sehingga larut dan tuang ke dalam balang kaca kulit cempedak.
3)Selepas 24 jam bolehlah di simpan dalam peti sejuk.

Mandai goreng.
1) 1 mangkuk mandai diperah buang sedikit air jeruknya dan tidak perlu dibasuh.
2) Masukkan1 tbsp serbuk kari ikan ke dalam mandai dan perap selama 5 minit. Kalau suka lebih masin bolehlah masukkan garam.
3) Panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga garing dan tosk

Resepi Mandai Tumis ni pula saya ambil dari kakak saya:

Mandai Tumis Udang Basah

Bahan-Bahannya:

1.  1 mangkuk jeruk kulit cempedak yang dibuang airnya.
2.  8 - 10 ekor udang basah (sederhana besar)  yang telah dibersihkan dan dibuang kulit.
3.  1 biji cili merah besar dihiris bulat
4.  1 sudu makan bawang merah dan bawang putih yang telah diblend
5.  Garam
6.  Serbuk perasa
7.  Minyak masak untuk menumis

Caranya:

1) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
2) Masukkan cili merah dan tumis sebentar
3) Masukkan udang basah, garam dan serbuk perasa dan tumis sebentar.
4) Masukkan jeruk kulit cempedak dan tumis hingga naik bau dan sedikit garing.
5) Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.




Friday, August 16, 2013